Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2006

FATWA BERKAITAN BEKERJA DENGAN BANK KONVENSIONAL

Bekerja Dengan Bank Soalan: Apakah hukum dalam Islam berkaitan dengan bekerja dengan bank? Jawapan: Pertamanya, kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti berkerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh di capai dan tidak mustahil. Menjawab persoalan tersebut , Ulama terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi , menyatakan yang berikut: "Sistem ekonomi Islam berdasarkan permusuhan terhadap riba. Islam mengisytiharkan riba sebagai satu dosa besar yang membawa bencana dan keruntuhan sosial. Riba mengakibatkan mala-petaka dalam kehidupan ini dan hukuman keras di akhirat, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur’an: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah: 276) Cukuplah dengan membaca apa yang telah Allah firmankan dalam al-Qur’an: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa rib

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Islam dan Pembangunan

Soalan: Sesetengah orang menuduh Islam menjadi agama yang ketinggalan yang tidak sesuai dengan zaman moden. Ini adalah akibat suara yang menyeru kepada penerimaan prinsip- prinsip lama dan memboikot prinsip- prinsip moden. Bagaimana boleh kita membantah tuduhan itu? Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr Islam ialah agama yang menyeru kepada semua pengikutnya untuk menerima idea-idea & teknologi yang boleh menambah baik kehidupan, selagi ia dalam had-had yang ditetapkan dalam Islam. Pembangunan, iaitu, perubahan kepada bentuk yang lebih baik, ialah satu kecenderungan dalaman kearah kesempurnaan material dan moral. Menjawab soalan, Sheikh `Atiyya Saqr , bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menyatakan yang berikut: Pertamanya, adalah salah untuk menghukum satu ajaran mengikut perangai sesetengah mereka yang mendakwa mengamalkannya, sedangkan amalannya mungkin salah tetapi ajaran itu boleh jadi benar. Musuh Islam boleh menghukum Islam dengan amalan manusia terutamanya pada masa ini. R

Kenapa Perkara Haram Tidak Lagi Diharamkan Di Syurga?

Soalan: Majoriti orang Kristian berpendapat yang kepercayaan kita terhadap Syurga hanya adalah untuk melibatkan diri kita dalam keseronokan, untuk mempunyai seramai mungkin gundik dan untuk minum alkohol, yang Islam larang atas dunia. Sila beritahu saya bagaimana saya boleh menolak dakwaan mereka. Jazakum Allahu Khayran. Jawapan oleh Sheikh Muhammad S. Al-Munajjid Allah telah menyediakan untuk hamba Nya yang beriman dalam Syurga, nikmat yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, tiada siapa pernah terfikir, sehingga tahap orang yang mendapat paling sedikit nikmat dalam Syurga akan ingat yang dia mendapat paling banyak nikmat antara mereka. Abu Sa`eed al-Khudri, (RA), berkata yang Rasulullah (SAW) bersabda: "Serendah-rendah martabat manusia dalam Syurga akan ada seorang lelaki yang mukanya Allah palingkan dari Neraka ke arah Syurga, dan menunjukan dia satu pokok yang memberikan bayangan. Dia akan berkata, ‘Wahai Tuhan, bawalah aku dekat kepada pokok itu supaya