Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2007

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man

Doa untuk Mencari Suami Yang Baik

Soalan: Adakah mana-mana doa untuk mencari suami yang baik? Jawapan: Pertamanya, kami dengan sepenuh hati memohon Allah untuk memudahkan perkahwinan bagi anda secepat mungkin. Mengikut Shariah, tiada salah untuk anda berdoa kepada Allah supaya memudahkan anda untuk berkahwin. Salah satu doa daripada al-Qur'an ialah: (Dan di antara mereka ada yang berkata: "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab neraka.") (Al-Baqarah 2:201). Pentafsir al-Quran menafsirkan yang kebaikan di dunia ini ialah pasangan yang baik. Anda boleh berdoa kepada Allah untuk memberikan anda pasangan yang baik. Jika ada mana-mana individu tertentu yang anda mahu kahwini, maka anda boleh berdoa kepada Allah untuk memberikan anda apa-apa yang baik atau memudahkan hal itu bagi anda jika hal itu benar-benar memberikan kebaikan, sebabnya anda tidak mengetahui hal yang benar-benar baik bagi anda. Rasulullah (SAW) memberitahu kita y

Hukum Bersukan Dalam Islam

Soalan: Saya ingin mengetahui setakat mana kaitan Islam dengan sukan? Apakah adab dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang Muslim semasa bersukan? Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr : Pertamanya, kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.” Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnya dengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut: “Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pe

Bercita-cita Untuk Melihat Rasulullah Dalam Mimpi.

Soalan: Saya mendengar jika seseorang Muslim bercita-cita untuk melihat Nabi Muhammad (SAW) dalam mimpinya, dia boleh melihat Baginda. Adakah sebarang kaedah khusus untuk mencapai matlamat ini? Maksud saya, adakah sebarang doa atau sebarang bacaan daripada ayat al- Qur'an atau hadith dengan bertujuan untuk melihat Rasulullah (SAW) semasa sedang tidur? Jawapan: Ramai Muslim bercita-cita untuk melihat Nabi kesayangan mereka dalam mimpi. Ini berpunca daripada cinta agung mereka kepada Nabi besar ini. Bagaimanapun, tiada cara khusus untuk mencapai cita-cita ini, tetapi seseorang yang taat dalam mengikuti jejak-langkah Nabi mungkin lebih berjaya mendapat peluang ini. Menjawab soalan tersebut, Sheikh Muhammad Iqbal Nadvi , Pengarah dan Imam di Al-Falah Islamic Center, Oakville, Ontario, Canada, menyebut: Anda boleh bercita-cita untuk mendapat keberkatan ini, tetapi tiada cara khusus untuk melihat Rasulullah (SAW) dalam mimpi. Hanya satu nasihat yang saya boleh berikan: