Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2006

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,

Bayi Tabung Uji Dari Pandangan Islam.

Soalan: Jiran saya mandul. Doktok menasihatkan dia mencuba kaedah bayi tabung uji. Adakah ini dibenarkan dlm Islam? Jawapan Dlm persidangan ketiga (diadakan di Amman, Jordan, Safar 8 – 13, 1407 H/October 11 – 16, 1986 CE) Majlis Fiqh Islam menyemak kajian yg di hantar kpd nya mengenai persenyawaan in-vitro dan berunding dgn pakar dlm hal berkenaan. Maka, pihak majlis mengharamkan lima cara persenyawaan in-vitro dan menetapkan dua cara lain sebagai halal. "Pihak majlis menetapkan seperti berikut: Pertamanya, lima cara persenyawaan in-vitro berikut adalah haram sepenuhnya kerana ia mengakibatkan kecelaruan keturunan: 1. Persenyawaan yg dibuat dgn memasukkan sperma dari seorang lelaki kpd ovum dari seorang perempuan selain isterinya dan kemudian di masukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus isterinya. 2. Persenyawaan yg dibuat dgn mensenyawakan ovum seorang perempuan dgn sperma dari seorang lelaki selain suaminya dan kemudian dimasukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus nya.

Bolehkah non-Muslim Masuk Ke Masjid?

Soalan: Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam? Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini. Sheikh `Atiyyah Saqr , bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut: Allah SWT berfirman, (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir men

Membakar Mayat Si Mati

Soalan: Adakah haram membakar mayat Muslim? Bagaimana dgn hadith sahih yg menceritakan kisah seorang lelaki yg meminta anak-anaknya supaya membakar mayatnya menjadi abu selepas kematian? Jawapan oleh Professor Houcine Chouat, PhD, President American International University Kita memuji Allah dan bersyukur kpd Nya untuk nikmat yg tidak dapat dihitung dan berterusan & terutamaya Dia memimpin kita kepada Islam, agama anak Adam yg mempunyai martabat tinggi dan mulia, semasa hidup atau kematiannya, maka mayat manusia mesti dihormati dan dimuliakan, seperti kebiasaannya semasa hidup. Allah SWT berfirman, " Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam"[Al Israa'17:70] Adalah diriwayatkan yg Rasulullah (SAW) melarang keras daripada mencederakan mayat dgn duduk atas kuburnya atau menyiksa mayat nya. Aishah (RA) meriwayatkan yg Rasulullah (SAW) bersabda, "Mematahkan tulang seseorang yang telah meninggal dunia seperti dengan mematahkan semasa dia hidup” (Ahmad dan Ab

Perempuan Dalam Haid Membaca al-Qur'an

Soalan: Saya selalu membaca al-Quran setiap hari walaupun saya berada dalam haid, tanpa menyentuh Mushaf, pada fahaman saya ini adalah pendapat Ibn Taimiyah. Tetapi baru-baru ini seorang kawan saya menunjukkan satu hadith yg diriwayatkan oleh Imam Tirmithi dalam kitab sunan beliau dan dikhabarkan oleh Ibn Umar, yg menyatakan yg perempuan dlm haid tidak sepatutnya membaca al-Quran walaupun dia tidak menyentuh Mushaf. Tolong tunjukkan kami secara terperinci pendapat tepat mengenai masalah ini. Jawapan oleh Hassen A. Laidi (Penerbit dan Editor Majalah Al-Jumuah) Hal ini adalah diperselisihkan dikalangan ulama dgn majoriti Fuqaha dari empat mazhab utama melarang perempuan dlm haid dari membaca al-Quran, dengan atau tanpa menyentuh mushaf sehingga haid itu tamat dan dia mandi wajib. Malangnya larangan ini terkenal di kalangan muslim tetapi tiada asas dari riwayat yang sahih. Secara umum, larangan ini berdasarkan dua alasan utama yg kami akan sebutkan dan bantah: Dgn anggapan melalui kaedah

Fatwa: Mengucapkan Selamat Kpd Non-Muslims pada Hari Perayaan Mereka.

Soalan: Sila terangkan hukum mengucapkan selamat kpd non-Muslim pada hari perayaan mereka. Tolong huraikan isu ini dgn terperinci, spt mengucapkan selamat kpd mereka utk pelbagai perayaan mereka termasuk perayaan nasional dan juga bertukar hadiah. Jawapan oleh Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (European Council for Fatwa and Research) http://www.e-cfr.org/eng/ Pertamanya, kami menegaskan yg Muslims adalah diarahkan utk berurusan secara adil dan baik dgn jiran atau kawan non-Muslim mereka. Maka, tiada salah dlm bertukar-tukar hadiah dgn mereka. Muslims adalah dibenarkan utk mengucapkan selamat kpd non-Muslims pada hari perayaan mereka dan ini menjadi satu kewajipan jika non-Muslims itu mengucapkan selamat mereka pada hari perayaan Islam. Allah SWT berfirman: (Apabila kamu diberi ucapan dengan sesuatu ucapan, maka balaslah ucapan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah ucapan itu dengan yang serupa …) (An-Nisa’ 4: 86) Bagaimanapun , Muslims adalah tidak dibenarkan utk merayak

Tajuk Fatwa: Adakah Mungkin Untuk Menghubungi Ruh Si Mati?

Soalan: Wahai Ulama, Assalamualaikum. Untuk 17 tahun perkahwinan saya, satu soalan belum terjawab untuk saya. Saya berharap untuk memperolehi jawapan dari anda. Soalan saya ialah: seorang bapa saudara dari sebelah bapa isteri saya mendakwa yg dia boleh menghubungi ruh syahid yang telah terbunuh beratus tahun dahulu dan dia boleh menyelesaikan sebarang masalah dengan ruh si mati itu Dia mendakwa semuanya itu dilakukan mengikut al_Quran & Sunnah. Sila berikan penjelasan anda ? Nama Mufti: Sheikh Ahmad Kutty Jawapan: Waalaikum mussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Dengan Nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. segala puji dan syukur kpd Allah, dan selawat & salam kpd Rasul Nya. Wahai Saudara se Islam, terima kasih atas soalan anda, yg menunjukkan anda mempunyai keimanan dan kepercayaan. Allah menyuruh org Islam untuk merujuk kpd orang yang berpengetahuan supaya memahami ajaran Islam dlm semua aspek kehidupan. Pertamanya, ianya adalah perbuatan syirik (menyekutukan yg lain dgn