Skip to main content

Membakar Mayat Si Mati

Soalan:

Adakah haram membakar mayat Muslim? Bagaimana dgn hadith sahih yg menceritakan kisah seorang lelaki yg meminta anak-anaknya supaya membakar mayatnya menjadi abu selepas kematian?

Jawapan oleh Professor Houcine Chouat, PhD, President American International University

Kita memuji Allah dan bersyukur kpd Nya untuk nikmat yg tidak dapat dihitung dan berterusan & terutamaya Dia memimpin kita kepada Islam, agama anak Adam yg mempunyai martabat tinggi dan mulia, semasa hidup atau kematiannya, maka mayat manusia mesti dihormati dan dimuliakan, seperti kebiasaannya semasa hidup. Allah SWT berfirman, "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam"[Al Israa'17:70]

Adalah diriwayatkan yg Rasulullah (SAW) melarang keras daripada mencederakan mayat dgn duduk atas kuburnya atau menyiksa mayat nya. Aishah (RA) meriwayatkan yg Rasulullah (SAW) bersabda, "Mematahkan tulang seseorang yang telah meninggal dunia seperti dengan mematahkan semasa dia hidup” (Ahmad dan Abu Dawud) Begitu juga Rasulullah (SAW) melarang drp menyiksa atau mencederakan mayat dlm banyak hadith sahih.

Maka, dalil yg disebutkan tadi membuat ketetapan yg jelas yg mayat si mati mesti dilayan dgn cermat dan hormat. Dan jika menyiksa atau mencederakan mayat dgn sekurang-kurangnya duduk atas kuburnya adalah haram, maka membakar mayat terlebih lagi dilarang dan haram

Shari' ah Islam menyediakan ajaran sempurna bagaimana untuk berurusan dgn si mati dari waktu ihtidhar (proses kematian) kepada masa Takfeen dan Dafn ( kapan dan pengkemumian ) tanpa sebarang kekurangan. Amalan itu adalah yg Nabi Muhammad, (SAW), tinggalkan kpd Ummah baginda , dan itu adalah yg sebenar-benarnya para Sahabat juga semua Muslims ikuti secara taat sepanjang zaman . Maka, membuat sebaliknya adalah bercanggah dgn ajaran dan arahan al-Qur'an dan Sunnah.

Membakar mayat si mati di anggap jenayah hina dan dosa besar. Apa yg menjadikan perbuatan itu jelas haram kerana itu adalah amalan non-Muslim yg amalannya bukan contoh utk kita – satu contoh yg kita tidak boleh meniru seperti yang dijelaskan dlm banyak hadith. Tambahan pula, adalah mesti dijelaskan yg amalan pengkebumian adalah antara amalan ibadat yg digalakkan yg mesti ditaati. Kebanyakan mereka yg membakar mayat berbuat demikian kerana halangan kewangan, dan Islam menjadikan wajib utk mengkebumi si mati, jika keluarga tidak mampu membayar kos, masyarakat Muslim mesti menyediakan nya. Maka, tiada perlu utk membakar mayat. Kitab-kitab Fiqh semua Mazhab penuh dgn perbincangan akan hal ini dan hukum berkaitan dgn nya. Semua Mazhab bersepakat akan larangan membakar mayat.


Berkenaan dgn hadith sahih yg anda sebutkan, mengenai seorang lelaki yg meminta anak-anak nya membakar mayat nya selepas kematian, ulama telah mentafsirkan hadith itu utk menyokong dalil-dalil lain dari al- Qur' an dan as-Sunnah yg membakar mayat adalah haram kerana hadith itu tidak menunjukkan sebarang arahan yg perbuatan membakar mayat halal dalam Shari'ah kita. Hadith ini menunjukkan Allah Maha Kuat dan Berkuasa utk membina semula badan lelaki itu selepas ia menjadi abu yg bertaburan - jika anak-anak itu membuat apa yg ayah itu mahu. Perkara utama hadith itu ialah Allah boleh menghidupkan semula sesiapa sahaja – tidak kira bagaimana ia reput, sama ada dibakar atau hancur dgn cara lain -
kembali kpd kehidupan pada Hari Kebangkitan dan semua orang akan di pertanggung-jawabkan. Dan Pujian kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Hadith ini selanjutnya menunjukkan amalan hati adalah amat penting, dan antara amalan itu ialah takut Allah dan azab Nya juga takut berdiri didepan Nya pada Hari Perhitungan – ini adalah sebab utama kenapa lelaki itu meminta anak-anaknya membakar dia selepas dia mati. Bagaimanapun, adalah Sunnah utk takut kepada Allah (bermakna berhati-hati apa yg seseorang lakukan) semasa segar dan sihat dan berharap kpd Nya semasa terbaring atas katil semasa kematian dgn bersedia utk berpisah dari dunia ini dan berpindah ke dunia lain.

Wallahualam

Terjemahan dari: Permissibility of Cremation of the Deceased
Majalah Al-Jumuah volume 17 issue 05 Jumada al-awwal 1426 H

Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com


Khidmat Terjemahan http://pandaibahasa.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...