Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2006

Perbezaan antara Muslim dan Ahmadiyyah (Qadiyaniyah)

Perbezaan antara Muslim dan Ahmadiyyah (Qadiyaniyah) * Soalan: Apakah perbezaan diantara Muslims dan Ahmadiyyah (Qaadiyaaniyyah)? Jawapan: Perbezaan di antara dua itu ialah: Muslim adalah mereka yang hanya menyembah Allaah dan mengikuti nabi Nya Muhammad (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) dan mempercayai yg baginda adalah penutup segala rasul, dan tiada lagi rasul akan datang selepas baginda. Bagi Ahmadiyyah adalah pengikut Mirza Ghulaam Ahmad, maka mereka adalah kuffaar dan bukan Muslim, kerana mereka mendakwa yg Mirza Ghulaam Ahmad adalah seorang rasul selepas Muhammad (sal-Allaahu `alayhe wa sallam), dan sesiapa yg mempercayai aqidah ini maka dia adalah seorang kaafir mengikut pada semua ulama Muslims, spt Allaah (Subhaanahu wa Ta'aala) berfirman: { Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu., tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi }, [Surah al-Ahzaab, Ayat 40]. Dan kerana apa yg telah disahkan benar oleh Rasulullah (sal-Allaahu `alay

Hukum mengenai meletakkan satu keping kulit haiwan atas perut bayi

Hukum mengenai meletakkan satu keping kulit haiwan atas perut bayi Soalan: Adakah dibenarkan utk meletakkan satu keping kulit haiwan atau seumpamanya atas perut bayi lelaki atau perempuan yg sedang menyusu dada atau anak besar? Kita di selatan Arab Saudi meletakkan satu keping kulit haiwan itu atas bayi perempuan, kecil atau besar. Kami berharap anda dapat memberikan panduan dlm hal ini. Jawapan: Jika kulit haiwan diletakkan atas anak sebagai satu jenis tangkal utk melindungi anak itu dari bahaya atau memberikan kebaikan, maka itu dilarang, dan ianya boleh mungkin menjadi satu bentuk syirik. Jika ianya diletakkan utk sebab munasabah, seperti utk mengekalkan pusat dari kembung atau utk menguatkan belakang, maka tiada larangan dlm hal itu. Dan bagi Allaah bergantung segala kejayaan dan semoga Allaah mengutus selawat dan salam kpd Nabi kita (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) dan keluarnya dan sahabatnya. Jawatankuasa Tetap utk Kajian Islam dan Fataawa Fataawa al-Mar.ah Terjemahan dari: Rulin

Adakah Merayakan Maulidur Rasul itu Bid’ah?

Adakah Merayakan Maulidur Rasul itu Bid’ah? Soalan: Bolehkan anda memberikan kami kriteria yg membantu dlm menilai sama ada satu amalan baru adalah satu bid`ah atau tidak? Terdapat banyak kontroversi mengenai menyambut maulidur Rasul (kelahiran nabi), dan sebahagian Muslim berkata yg menunjukan kegembiraan dan kesukaan adalah satu bid`ah. Jawapan oleh Syeikh Ahmad Kutty Pertamanya, kita ingin menekankan yg Muslims diseluruh dunia sepatutnya merebut keadaan kelahiran Nabi Muhammad (SAW) utk memperkenalkan hidup baginda utk semua manusia. Pengajaran boleh diambil dari hidup Nabi, dan dia adalah satu contoh tauladan yg semua manusia boleh mencontohi. Dlm hal ini, kita ingin menekankan yg tidak bid`ah utk menyambut maulidur Rasul (Kelahiran Nabi) spt yg sesetengah dakwa. Menjawab soalan itu, Sheikh Ahmad Kutty , pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada , menyatakan yg berikut: Bid`ah dlm bahasa Arab menunjukkan kpd satu amalan yg berlaku apabila sese

Menentukan Jantina Fetus

Menentukan Jantina Fetus Soalan: Pada masa sekarang, ianya sangat mudah utk mengetahui jantina fetus melalui kaedah amniocentesis (mengambil satu jumlah kecil cecair amniotic dan menganalisa sel-sel fetus di dalam nya). Ramai wanita menggunakan kaedah amniocentesis utk mengetahui jantina bayi mereka, dan sesetengahnhya bahkan menggugurkan bayi mereka jika jantina itu tidak mereka mahukan. Saya faham yg Islam melarang pengguguran melainkan nyawa ibu dlm bahaya. Seorang pakar perubatan boleh campur tangan utk memilih jantina anak sebelum mengandung berdasarkan pengesanan perbezaan antara sperma lelaki dan perempuan. Adakah ianya dibenarkan dlm kes ini utk memilih jantina anak seseorang? Jawapan: Ingatlah yg anak-anak—lelaki atau perempuan—adalah anugerah Allah. Jadi, seseorang Muslim sepatutnya menerima anugerah Allah dengan gembira dan syukur. Menentukan jantina fetus sebelum mengandung tidak menyalahi moral agama, tidak menganggu iman, kerana ianya tidak lain drp menggunakan kemudahan-

Hukum mengenai meletakkan satu pisau atas seorang anak utk melindunginya

Hukum mengenai meletakkan satu pisau atas seorang anak utk melindunginya Soalan: Saya telah melihat sesetengah orang meletakkan satu pisau atas anak-anak kecil mereka dan berkata, " Ini adalah supaya jinn tidak boleh datang kpd nya ." Adakah amalan ini dibenarkan? Jawapan: Ini adalah perbuatan terlarang dan tiada sumber sahih mengenainya. Ianya tidak dibenarkan utk berbuat demikian. Apa yg dibenarkan dlm hukum adalah utk memohon dari mereka dgn kalimat Allaah yg sempurna dari kejahatan dan serangga beracun, seperti yg telah disahkan oleh Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam). Dia selalu memohon perlindungan dgn ayat-ayat itu utk cucu-cucu baginda al-Hasan dan al-Husayn Ibn 'Ali. Adalah dibenarkan utk berdoa utk mereka dgn memohon Allaah utk melindungi mereka dari setiap kejahatan. Tetapi utk meletakan pisau atau sesuatu yg sama dari besi, kayu atau bahan-bahan lain, dgn kepercayaan ianya akan melindungi mereka dari jinn, itu adalah amalan jahat yg tidak dibenarkan. Sama

Pendirian Islam Terhadap Kemiskinan Dan Kekayaan

Pendirian Islam Terhadap Kemiskinan Dan Kekayaan Nama Mufti: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Soalan: Apakah pendapat al-Quran dan hadits terhadap isu kemiskinan dan kekayaan? Jawapan: "Islam tidak menolak hakikat yg terdapat perbezaan jelas yg wujud di antara manusia dlm harta-benda dan kekayaan, itulah hakikat kehidupan, yg membentuk peringkat-peringkat, sebahagian manusia berada di atas manakala sebahagian di bawah. Jadi, tidaklah menghairankan utk menyaksikan perbezaan dlm pendapatan dan kekayaan manusia kerana perbezaan tersebut juga wujud dlm nikmat-nikmat lain, spt kepandaian, kecantikan, kekuatan fizikal dan dlm perkara-perkara lain yg disifatkan menggambarkan setiap individu . Dlm hal ini, Allah SWT berfirman: " Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezki."( An-Nahl: 71) Sudah menjadi kenyataan bahawa sebahagian manusia di berikan kelebihan ke atas yg lain dlm hal kebendaan, sebagaimana Allah SWT berfirman: " Kami telah menentukan

Perhubungan antara Islam dan politik.

Perhubungan antara Islam dan politik. Nama Mufti: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Soalan: Apakah itu islam politik? Jawapan: Kami ingin merakam penghargaan mendalam kerana kami diberi peluang utk menjawab soalan itu yg kelihatan amat penting ketika serangan musuh-musuh Islam hari ini terhadap agama kita yg sempurna. Sememangnya Islam ini di serang bertalu-talu dgn tujuan utk memesongkan gambarannya yg sebenar. Bagaimana pun, Musuh-musuh itu tidak mendapat apa-apa dan serangan mereka serta konspirasi mereka tidak akan kemana kerana Allah SWT mempertahankan agama ini dan memperkukuhkan ajaran Nya. Allah SWT telah berfirman:” Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. ” (As-Saff: 8) Berkenaan soalan mengenai pandangan Islam terhadap politik, kami ingin memetik fatwa lengkap yg di keluarkan oleh ulama terkenal Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berhubungan isu itu; ia berbunyi: “Pada awal-awa

PERSAMAAN ANTARA NABI MUHAMMAD DAN NABI ISA

PERSAMAAN ANTARA NABI MUHAMMAD DAN NABI ISA SOALAN: Pada pemahaman saya Nabi Isa tidak pernah membunuh sesiapa. Adakah sama halnya dgn Nabi Muhammad? Bagi saya, Nabi Muhammad menumpukan kehidupan kepada Allah, bukannya perang. JAWAPAN: Berhubungan dgn soalan anda, adalah fakta jelas yang semua Rasul dan Nabi Allah (RA) dihantar sebagai pembawa cahaya kepada manusia; mereka semua datang dgn tujuan menegakkan kebenaran, mengekalkan keadilan, dan membawa manusia lebih dekat kpd Tuhan nya.Dalam menyempurnakan tugas ini, Nabi Muhammad (SAW), sebagaimana Rasulullah yg lain, mesti melalui pelbagai kesusahan, kepayahan, dan penderitaan untuk menjadikan manusia faham dan percaya kepada risalah yg dibawa kpd mereka. Tetapi tiada Rasul-rasul ini memulakan serangan atau keganasan terhadap umat mereka. Sebaliknya, mereka merasai semua jenis penyiksaan dan penindasan semasa misi mereka. Jadi sifat utama semua Rasul ini adalah menunjukkan ehsan dan berdoa untuk petunjuk bagi umat mereka. Menjawab soa

ADAKAH NABI MUHAMMAD DICIPTAKAN DRP CAHAYA?

ADAKAH NABI MUHAMMAD DICIPTAKAN DRP CAHAYA? SOALAN: Saya ada satu soalan yg saya ingin penjelasan dari anda: Adakah Nabi Muhammad diciptakan dari cahaya? JAWAPAN: Kita ingin memberitahu anda yg Muslim tidak sepatutnya berlebihan dalam memuji Nabi (SAW). Baginda (SAW) memerintahkan Muslim menjadi sederhana dan tidak berlebihan memuji baginda, mengingatkan mereka walaupun baginda dihormati dgn kenabian tidaklah menjadikan baginda terkeluar dari batas-batas manusia .Disini, kami ingin memetik fatwa berikut yg dikeluarkan oleh Sheikh M. S. Al-Munajjid , pensyarah dan pengarang Islam Saudi yang terkenal: Mempercayai yang Nabi (SAW) tidak seperti manusia lain, dan dia adalah Cahaya dari Allah sendiri adalah fahaman yg salah, kerana ianya bercanggah dengan al-Qur’an, yg mana Allah menyatakan bahawa Nabi (SAW) adalah manusia dan menerangkan apa yg membuatkan baginda berbeza dgn manusia lain. Allah Taala berfirman: (Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu,

MENERBITKAN MAJALAH YANG TIDAK SOPAN

MENERBITKAN MAJALAH YANG TIDAK SOPAN SOALAN : Adakah dibenarkan untuk menerbitkan majalah-majalah yang menunjukkan perempuan-perempuan dalam cara yang tidak bermoral, juga majalah-majalah yang menerbitkan berita-berita mengenai pelakon-pelakon lelaki dan perempuan? Adakah dibenarkan untuk bekerja dgn majalah-majalah seperti itu utk mengedarkan nya? Adakah kita dibenarkan untuk membeli nya? JAWAPAN: Adalah jelas yang menjual suratkhabar dan majalah adalah secara asasnya adalah dihalalkan, tetapi ia menjadi haram jika ia memdorong kepada kejatuhan psikologi, moral, pemikiran atau sosial, seperti majalah yang menyebarkan kejahatan dan maksiat dan menyeru kepada merendahkan semua nilai-nilai agama dan moral dalam masyarakat. Dalam hal ini, Allahyarham, Sheikh Ibn Baz , bekas Mufti Arab Saudi, menyatakan: "Adalah haram untuk menerbitkan majalah dan suratkhabar yang menunjukkan gambar-gambar perempuan atau memganjurkan zina, homoseksualiti, perbuatan jahat, atau minum arak, juga majalah

PEMBEDAHAN LASER UNTUK MEMBETULKAN PENGLIHATAN MATA

PEMBEDAHAN LASER UNTUK MEMBETULKAN PENGLIHATAN MATA SOALAN: Apa pandangan Islam mengenai melaksanakan pembedahan laser untuk membetulkan penglihatan mata? JAWAPAN: Satu dari matlamat utama Syariah adalah untuk membuang penderitan dari hidup muslim dan untuk menambahkan keselesaan dan kemudahan mereka. Atas sebab ini maka tiada salah menjalani pembedahan mata untuk membetulkan penglihatan mata. Menjawab soalan, pensyarah dan pengarang Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Secara umumnya, Syariah tidak menghalang Muslim dari berbuat sesuatu yang akan memberi manfaat kpd mereka dan menguatkan deria fizikal mereka selagi mereka menggunaka cara yang dibenarkan. Melaksanakan pembedahan laser utk membetulkan penglihatan yg lemah adalah dibenarkan. Tiada salah dengan nya jika ia dilakukan oleh seorang pakar dan jika dianggap pembedahan akan berjaya dan tidak akan menyebabkan binasa atau bahaya yg akan menyebabkan keadaan bertambah teruk dr sebelumnya. Sebab

Pernahkah Nabi Muhammad Bergurau?

Pernahkah Nabi Muhammad Bergurau? Soalan: Pernahkah Nabi (SAW) bergurau? Adakah sebarang bukti tentang hal itu? Jawapan: Sheikh Zoubir Bouchikhi, Imam masjid Persatuan Islam Greater Houston: Nabi (SAW) pernah bergurau tetapi baginda ikhlas dalam hal itu. Satu hari baginda memberitahu seorang perempuan tua yg tiada lelaki tua atau perempuan tua akan masuk Syurga, dan dia terkejut, kemudian baginda menerangkan kpd nya yg baginda bermaksud apabila kita masuk syurga kita masuk sebagai orang muda. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, : Walaupun dengan tanggungjawab baginda yg besar, Nabi (SAW) mempunyai masa utk bergurau; bagaimana pun, baginda tidak pernah berbohong semasa bergurau. Pada beberapa peristiwa Nabi (SAW) berkongsi kegembiraan dengan Sahabat baginda; baginda bergurau dengan mereka dan bergembira. Tetapi sebagaimana baginda berkongsi kegembiraan, baginda berkongsi kesedihan. Nabi (SAW) meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dgn isteri-isteri baginda, dan tidak dipengaruhi oleh beban

Penentuan Keturunan Sebelah Bapa Melalui DNA

Penentuan Keturunan Sebelah Bapa Melalui DNA Soalan: Apa pandangan Islam mengenai membuktikan keturunan sebelah bapa melalui DNA? Jawapan: DNA adalah asid deoxyribonucleic yang membawa maklumat genetik dalam sel dan boleh membina dirinya sendiri dan sintesis dari RNA atau asid ribonucleic. Ianya bertanggung-jawab untuk menentukan sifat-sifat keturunan seseorang. Pada sessi ke 16, Akademi Fiqah Islam menyatakan resolusi nya, yang menyebut adalah tidak dibenarkan untuk seseorang suami untuk bergantung kepada analisa DNA untuk menafikan keturunannya sebagai bapa atas seorang anak yang dilahirkan isterinya dlm perkahwinan. Dalam Syariah, satu-satunya cara seorang lelaki boleh menafikan keturunannya sebagai bapa atas seorang anak yang dilahirkan isterinya ialah melalui lian dengan syarat-syarat hukum nya. Maka, DNA tidak boleh dipakai sebagai kaedah untuk mengesahkan keturunan sebagai bapa atas anak-anak yang keturunannya telah ditetapkan hukum (kalau mereka dilahirkan dalam perkahwinan). B

Menunaikan Solat Sunat Sebelum Maghrib

Menunaikan Solat Sunat Sebelum Maghrib Soalan: Dalam satu masjid di sini, saya lihat orang sembahyang sunat dua rakaat selepas Azan Maghrib sebelum solat fardu. Adalah amalan ini betul? Jawapan oleh Dr. Muzammil H. Siddiqi: Ya, ia dibenarkan, untuk sembahyang sunat dua rakaat atau tahiyatulmasjid selepas azan dan sebelum solat fardu semasa waktu Maghrib. Adalah diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang para Sahabat semasa zaman Nabi (SAW) selalu sembahyang dua rakaat selepas azan Maghrib . Mengikut Imam Malik, ianya adalah makruh untuk solat pada masa ini kerana ianya mungkin menangguhkan solat Maghrib. Tetapi Imam Ash-Shafi`i dan Imam Ahmad ibn Hanbal menganggap dua rakaat ini sebagai mustahabb (digalakkan). Mengikut mazhab Hanafi, anda dibenarkan untuk sembahyang dua rakaat selagi anda tidak ketinggalan takbir pertama (takbiratul ihram) jamaah Maghrib. Terjemahan dari: Offering Optional Prayer Before Maghrib http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1141277487127&pagename=Isla

Menolak Sunnah Nabi

Menolak Sunnah Nabi Soalan: Baru baru ini, saya mendengar sekumpulan manusia menolak Sunnah atau Hadith sebagai salah satu asas hukum Islam. Apa pandangan Islam kepada kumpulan ini? Adakah mereka di anggap Muslim? Jawapan oleh Majlis Agama Islam Singapura: Hadith atau Sunnah adalah perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan, kebenaran-kebenaran dan sifat-sifat Nabi Muhammad (SAW). Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur'an yang mengarahkan kita untuk mentaati Allah dan Rasul Nya, Nabi Muhammad. Mentaati Nabi itu bermakna mengikuti semua yg baginda telah arahkan dan meninggalkan dari semua yg telah baginda larang. Terdapat banyak ayat-ayat dlm al- Qur'an yg menyampaikan kpd kita tugas-tugas Nabi untuk menjelaskan apa yg tidak jelas kpd kita dlm al-Qur'an. Contoh-contoh ayat-ayat itu adalah: (Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia

Makan Makanan Yang Disediakan Oleh Hindu

Makan Makanan Yang Disediakan Oleh Hindu SOALAN: Adakah salah untuk makan makanan yang disediakan oleh Hindu? Jawapan oleh Sheikh Ahmad Kutty Adalah dibenarkan kpd kita untuk makan makanan yang disediakan oleh Hindu selagi makanan itu betul-betul vegetarian. Jika mereka tidak begitu maka kita hanya boleh makan makanan yg disediakan selari dgn ajaran Islam tentang halal dan haram. Dlm kata lain, kita tidak boleh makan makan hidangan yg mengandungi daging melainkan kita yakin tanpa ragu yg mereka memperolehi daging itu dari sumber-sumber halal. Adalah diketahui umum yang makan ikan tiada sekatan, dalam kata lain kita boleh makan nya tanpa sebarang masalah. Agama kita mudah dan bersifat tabii, dan mengajarkan kita untuk berurusan dgn semua orang dgn adil dan saksama; halal adalah halal dan haram adalah haram tanpa mengira sama ada ia disediakan Muslim atau non-Muslim. Hukum Allah tidak mengira manusia. Adalah jelas diketahui yang Nabi (SAW) dan sahabatnya selalu makan makanan yang telah d

ISLAM BERMULA SEBAGAI SESUATU YANG ASING

ISLAM BERMULA SEBAGAI SESUATU YANG ASING SOALAN: Apa yang dimaksudkan dengan hadith ini: “Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya .”?. JAWAPAN : Hadith ini telah diriwayatkan oleh Muslim (145) dari Abu Hurairah yang berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: “ Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya, jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu .” Al-Sindi berkata dalam Haashiyat Ibn Maajah: “ Asing ” merujuk kepada bilangan kecil pengikutnya. Makna dasar ghareeb (seorang asing ) ialah berada jauh dari tanah air seseorang. “ akan kembali menjadi asing ” merujuk kepada bilangan kecil yang akan taat kepada ajarannya walaupun pengikutnya ramai. “jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu” bermakna mereka yang mengikuti perintahnya. “ Tooba (khabar gembira )” telah ditafsir sebagai Syurga atau sebuah pokok besar dalam Syurga. Ini menunjukkan yang menyokong Islam dan men

Hak Nabi Ke atas Umatnya

Hak Nabi Ke atas Umatnya SOALAN: Adakah Nabi (SAW) mempunyai sebarang hak ke atas kita sebagai muslim? JAWAPAN: Ulama terkemuka dan pendakwah terkenal Sheikh `Abdel Khaliq Hasan Ash-Shareef menyebut beberapa hak-hak Nabi (SAW) ini: *Untuk di percayai. Allah berfirman: (maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk. (Al-A`raf 7:158). (Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya ) (An-Nisaa’ 4:136). (Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Qur'an) yang telah Kami turunkan) (At-Taghabun 64:8). Jadi untuk beriman kepada Rasulullah adalah syarat iman dan salah satu satu drp rukunnya. Beriman kepada Baginda bermakna beriman kepada ajarannya dan bertindak mengikutnya. *Untuk dicontohi Allah berfirman: (Sesungguhnya telah ada pada (diri

KENAPA KITA MENGIKUTI SUNNAH?

KENAPA KITA MENGIKUTI SUNNAH? Soalan: Bolehkan sesuatu dijadikan fardu atau haram hanya berdasarkan kepada hadith, sedangkan tiada penekanan atau disebutkan tentangnya dalam al-Qur'an? Contohnya, adalah fardu untuk sembahyang dua rakaat untuk Subuh, empat untuk Zohor, dan lain-lain berdasarkan kepada bukti-bukti daripada hadith, walaupun tiada disebutkan dlm al- Qur'an. Jawapan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradawi "Sebenarnya, sesetengah orang mendakwa yang al-Qur’an sudah lengkap, jadi tidak diperlukan Sunnah. Mereka mendakwa dakwaan mereka dengan memetik ayat al- Qur’an, " Dan kami turunkan mu al-Kitab yang menerangkan tiap-tiap sesuatu … " (An-Nahl: 89) Bagaimanapun, dakwaan ini adalah sesungguhnya salah dan ditolak oleh al-Qur’an sendiri. Allah Taala berfirman: " Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ." (An-Nahl: 44) Tambahan pula, Allah m

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.