Skip to main content

KENAPA KITA MENGIKUTI SUNNAH?

KENAPA KITA MENGIKUTI SUNNAH?

Soalan:

Bolehkan sesuatu dijadikan fardu atau haram hanya berdasarkan kepada hadith, sedangkan tiada penekanan atau disebutkan tentangnya dalam al-Qur'an? Contohnya, adalah fardu untuk sembahyang dua rakaat untuk Subuh, empat untuk Zohor, dan lain-lain berdasarkan kepada bukti-bukti daripada hadith, walaupun tiada disebutkan dlm al- Qur'an.



Jawapan oleh Syeikh
Yusuf Al-Qaradawi

"Sebenarnya, sesetengah orang mendakwa yang al-Qur’an sudah lengkap, jadi tidak diperlukan Sunnah. Mereka mendakwa dakwaan mereka dengan memetik ayat al- Qur’an, "Dan kami turunkan mu al-Kitab yang menerangkan tiap-tiap sesuatu …" (An-Nahl: 89)


Bagaimanapun, dakwaan ini adalah sesungguhnya salah dan ditolak oleh al-Qur’an sendiri. Allah Taala berfirman: "Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan." (An-Nahl: 44)

Tambahan pula, Allah mengisytiharkan yang mentaati Nabi adalah wajib, seperti sebahagian dari ketaatan kpd Nya (lihat: 3: 31; 4: 80; 33: 36; 47: 33; dll.)* Maka, tidak lah wajar bagi seseorang Muslim yang memahami Hukum Islam membuat dakwaan seperti itu.

Secara umum, al-Qur’an meletakkan peraturan-peraturan umum tanpa huraian. Contohnya , tiada disebut dalam al-Qur’an yang ada lima solat wajib yang mesti dilaksanakan setiap hari. Tiada disebutkan bilangan rakaat setiap kali solat, juga peratusan yg mesti dibayar dalam Zakat; huraian dalam ibadat Haji, dan hukum-hukum dan urusan-urusan lain.Kesemua huraian-huraian ini terdapat secara terperinci dalam Sunnah."

Terjemahan dari:
Why Do We Follow the Sunnah?

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543912&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE

Terjemahan zulyusoff

*Terjemahan al_Quran:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,.. (al-Imran 3:31)


Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa’. 4:80)

Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab 33:36)

Hai Orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul,…(Muhammad 47:33)





Comments

Popular posts from this blog

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...