Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2006

Dua Peringkat Untuk Membela Muslim Yang Ditindas

Soalan: Saya ingin tahu apa yg Muslim mesti lakukan dlm berdepan dgn tindakan menindas yg dilakukan oleh kuasa penjajah kpd saudara Muslim kita ? Jawapan: Adalah tugas setiap Muslim utk membantu saudara Muslim nya dgn semua bentuk sokongan mengikut kemampuannya. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “ Muslim ialah saudara kpd saudara Muslim seagamanya. Jadi , dia tidak sepatutnya menindasnya atau menyerahkan nya (kpd musuhnya) atau meninggalkannya (pada masa kesusahan).” Adalah mesti ditegaskan yg Muslims terdiri dari satu persaudaraan dan satu badan; bila satu organ badan sakit, semua organ lain rasa sakit. Maksudnya, semua Muslim merasai kesakitan dari saudara yg lain dan cuba yg terbaik utk menolong mengubati penderitaan saudara Muslim mereka di setiap penjuru tanah-air Muslim yg luas. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis dgn maksud ini: “Kita semua Muslims seperti anda lihat, Tanpa mengira tempat kita berada. Saudara di India,di Magribi dan dimana-mana! Bagi aku anda adalah jantung dan

Memasuki Tempat Ibadat Agama Lain

Soalan: Bolehkah Muslim masuk ke tempat ibadat agama lain, seperti kuil atau gereja, dan mengikuti amalan mereka dgn tujuan memberi penghormatan, seperti mana kita harapkan non-Muslim menghormati amalan kita apabila mereka datang ke masjid? Jawapan: Sebagai Muslim, kita menghormati orang lain dan kebebasan mereka utk beribadat, tetapi kita tidak bertolak-ansur dlm hal iman kita hanya utk menunjukan rasa hormat. Jadi bila Muslim melawat tempat ibadat agama lain kerana sebab yg boleh diterima, mereka mesti menghormati tetapi tidak melakukan sebarangan yg dilarang oleh Islam. Menjawab pertanyaan, Dr. Muzammil H. Siddiqi , president Majlis Fiqh Amerika Utara , menyatakan yg berikut: Setiap agama ada tempat ibadat mereka sendiri dan ia mesti dibiarkan kpd penganut agama itu. Org luar tidak sepatutnya pergi kesana melainkan ada sebab, seperti program antara-agama atau majlis khas, seperti perkahwinan atau pengkebumian saudara atau rakan. Bila anda melawat tempat ibadat penganut agama lai

Memahami Politik dlm Islam - Fiqh al Siyasah

Artikel ini dipetik dari laman Islamonline.com. Ironinya, artikel ini adalah ringkasan dari pemikiran Dr Yusuf al-Qaradhawi tentang fiqh al-dawlah. Memahami Politik dlm Islam - Fiqh al Siyasah Ubahsuai dan disusun semula dari kitab Fiqh al-Dawlah tulisan Professor Yusuf al Qaradawi. 1. Apa matlamat politik dlm Islam? Mengikut kepada Al-Mawardi dlm kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, ia adalah hirasatud din wa siasatud dunya – utk menegakkan agama dan menguruskan dunia. Politik bukan munkar – bukan kejahatan - politik sejati adalah suci dan mulia kerana ia menguruskan hal-ehwal semua makhluk, membawa manusia lebih dekat kpd kebaikan dan lebih jauh dari fasad - kejahatan. Mengikut kepada Ibn al-Qayyim, politik adalah keadilan sebenar Allah SWT dan Rasul Nya (SAW). Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ahli politik juga nabi yg menyebarkan risalah, murabbi - guru, Qadi – Ketua Hakim, Ketua Negara dan Imam kpd ummah. Khulafa' al Rasyidun – pemimpin yg benar yg menggantikan baginda adalah