Skip to main content

Dua Peringkat Untuk Membela Muslim Yang Ditindas

Soalan:

Saya ingin tahu apa yg Muslim mesti lakukan dlm berdepan dgn tindakan menindas yg dilakukan oleh kuasa penjajah kpd saudara Muslim kita ?

Jawapan:

Adalah tugas setiap Muslim utk membantu saudara Muslim nya dgn semua bentuk sokongan mengikut kemampuannya. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “ Muslim ialah saudara kpd saudara Muslim seagamanya. Jadi , dia tidak sepatutnya menindasnya atau menyerahkan nya (kpd musuhnya) atau meninggalkannya (pada masa kesusahan).”

Adalah mesti ditegaskan yg Muslims terdiri dari satu persaudaraan dan satu badan; bila satu organ badan sakit, semua organ lain rasa sakit. Maksudnya, semua Muslim merasai kesakitan dari saudara yg lain dan cuba yg terbaik utk menolong mengubati penderitaan saudara Muslim mereka di setiap penjuru tanah-air Muslim yg luas.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis dgn maksud ini:

“Kita semua Muslims seperti anda lihat,
Tanpa mengira tempat kita berada.
Saudara di India,di Magribi dan dimana-mana!
Bagi aku anda adalah jantung dan hatiku.
Dakilah bukit dan launglah dgn yakin,
“Aku adalah Muslim” dan inilah semua.”



Jadi, Muslim yang mahu membela saudara Muslims mereka yg ditindas dimana-mana mesti pertamanya cuba yg terbaik utk mengubah diri mereka sendiri dan berdiri teguh atas Jalan yg Lurus. Perkara pertama mereka lakukan ialah mesti menghampirkan diri kpd Allah SWT dan mentaati setiap hukum agama Nya dan mengelakkan perangkap Syaitan yg direjam. Jangan biarkan Syaitan mengatasi atau menyesatkan anda. Ini langkah pertama yg jelas ke arah memberi sokongan kpd saudara Muslim anda.

Keduanya, biar semua Muslims cuba utk berdakwah dipersekitaran anda dan menyeru yg lain kpd pemahaman Islam yg lebih baik dan betul. Dgn berbuat demikian, Muslim mesti menunjukkan contoh terbaik dgn mentaati ajaran Islam, contoh perbuatan adalah lebih baik dari nasihat. Cuba utk membimbing yg lain menggunakan perkataan dan perbuatan baik tanpa kesalahan.


Selepas itu datang tugas berdoa untuk semua saudara Muslim yang menderita di mana-mana dan memohon Allah utk memberikan mereka jalan keluar dan kemenangan hebat. Ini satu cara lain meringankan penderitaan Muslim itu. Jika seseorang mampu memberi sumbangan kewangan, maka jangan ragu-ragu untuk menolong mereka. Jika tidak, maka doa sudah mencukupi. Kemudian tunaikanlah solat tahajjud dan memohon Allah utk membantu membuang tangisan yg tertindas, penderitaan yg dizalimi dan kesusahan orang miskin.

Dlm menjawab pertanyaan, Sheikh Muhammad Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Canada, dan Bekas Professor di King Saud University, Saudi Arabia, menyatakan yg berikut:

Pertamanya, kita mesti mengingati hadith Rasulullah (SAW) yg bersabda, “Bela selalu saudara kamu, sama ada dia ditindas atau menindas” Para sahabat bertanya bagaimana boleh Muslims membela saudara Muslim nya apabila dia menindas. Maka Rasulullah (SAW) menjawab, “Dgn mencegahnya (si penindas) dari melakukan penindasan, itulah cara kamu membela saudara Muslim penindas itu.”

Sebenarnya, menolong si penindas adalah pilihan, sedangkan adalah diwajibkan kpd semua Muslim utk membantu org yg ditindas. Kita juga mesti faham yg terdapat dua peringkat pertolongan. Satu peringkat melalui Negara, yg lain melalui individu.


Allah SWT mengingatkan kita mengenai tanggung-jawab peringkat Negara dlm surah 4, ayat 75, yg Dia berfirman:


(Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau) (An-Nisaa’ 4: 75)



Dan dlm ayat lain surah 8, ayat 72, yg Allah berfirman:



(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.) (Al-Anfal 8: 72)



Seperti yg kita tahu, Muslim di mana-mana tinggal di bawah keadaan buruk kerena mereka tidak mendapat pertolongan dari Ummah Muslim.

Pada peringkat individu, kita ada dua pilihan: mengutuk penindasan itu dgn semua cara yg mampu, dan menggunakan semua sumber yg ada utk membantu Muslim yg ditindas secara kewangan dan sokongan moral.

Tetapi saya mesti tegaskan satu hal penting di sini adalah dlm membela saudara Muslims yg ditindas, kita mesti gunakan cara yg halal dan aman utk menunjukkan sokongan kita kpd org itu, seperti bahagian akhir ayat kedua menerangkan kepentingan perjanjian.

Dlm sebarang keadaan,perkara paling ringan yg anda boleh lakukan jika anda tidak mampu memberikan sebarang pertolongan ialah dgn berdoa utk saudara anda yg tertindas supaya Allah boleh meringankan keadaan mereka.



Terjemahan dari:
Two Levels of Backing Oppressed Muslims

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503545868&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...