Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2006

Pandangan Islam Terhadap Isa

Soalan: Saya ingin anda menerangkan tentang ayat 27 dlm Surat Al-Hadeed. Adakah Isa (SAW) menulis sebahagian drp Injil? Adakah Isa buta huruf? Adakah Injil atau sebahagian dari nya disebarkan oleh Isa kepada sesiapa dari kalangan pengikutnya seperti al-Qur'an? Saya rasa yg pengikutnya menulis semua Bible selepas keberangkatan Isa ke syurga? Tetapi, apakah yg dimaksudkan dlm al- Qur’an oleh ayat ini “…dan berikan nya Injil” ? Jawapan oleh Panel Pengkaji Shari`ah islamonline.net Allah telah menurunkan banyak Kitab-kitab suci kpd Rasul-rasul Nya (AS) utk mengajar manusia kpd jalan kebenaran, dan memimpin mereka utk menyembah Dia dan menjauhi penyembahan berhala dan maksiat. Allah SWT menurunkan Suhuf kpd Ibrahim, Taurat kpd Musa, Zabur kpd Daud, Injil kpd Isa, dan al-Our'an kpd Muhammad (AS). Sebahagian dari Kitab-kitab Suci adalah diturunkan dlm bentuk penulisan seperti Taurat. Allah SWT berfirman, " Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) luh-luh (Tau

Adakah Islam bersifat Kapitalis atau Sosialis?

Soalan: Saya dari Indonesia, dan saya selalu terlibat dalam debat mengenai Islam, sama ada ia golongan-kiri atau golongan-kanan, terutamanya dgn rujukan kepada situasi politik dlm Negara saya. Dgn bertujuan utk menarik pengikut Muslim, kedua-dua parti Sosialis dan Nasionalis disini mendakwa diri mereka sebagai parti Islam. Saya ingin tahu akan hal ini: Adakah terdapat sebarang bukti dlm Islam yg ia bukan golongan-kiri atau golongan-kanan, yg Islam adalah bukan Barat atau Timur, yg Islam adalah bukan bersifat sosialis atau kapitalis, walaupun saya tahu terdapat ayat-ayat tertentu yg berkaitan dgn sosialism or liberalism dlm al-Qur’an. Jawapan oleh Shahul Hameed : Utk menjawab soalan anda, saya ingin menerangkan pendirian Islam berkenaan golongan-kiri atau golongan-kanan secara umum. Ia terpulang kpd anda untuk mengkaji polisi-polisi dan aktiviti-aktiviti parti-parti politik dlm Negara anda berpandukan prinsip-prinsip umum yg diterangkan disini dan membuat kesimpulan parti mana yg lebih

Apa itu Barzakh?

SOALAN: Apa itu " Al-Barzakh "? Saya telah mendengar yg Allah telah mencipta tempat khas utk orang mati. Adakah ruh mereka tinggal disana? Bagaimana dgn Nabi-nabi? Adakah ruh mereka tinggal di sana? Soalan kedua saya ialah: Adakah orang mati mengetahui apa yg berlaku dlm kehidupan ini dan apa yg berlaku kpd saudara-mara nya? JAWAPAN: Berkenaan dgn soalan pertama anda, Sheikh Hamed Al-Ali , pengarah di Warisan Islam di Fakulti Pendidikan, Kuwait dan Imam Masjid Dahiat As-Sabahiyya menjawab: “Secara harfiah Al-Barzakh bermakna tempoh masa atau penghalang antara dua benda. Allah SWT berfirman: “antara keduanya ada Barzakh (penghalang) yang tidak dilampaui masing-masing.” (Ar-Rahman: 20) Dgn lebih tepat, ia bermakna satu tempoh peralihan antara hidup ini dan kehidupan lain di akhirat; ia adalah satu tempoh masa antara kematian dan Hari Kebangkitan. Allah berfirman: “ Dan di hadapan mereka ada Barzakh (penghalang) sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100) Ini tidak

Keberangkatan Nabi Isa (AS)

SOALAN: Sila terangkan kpd kami berkenaan hukum Islam mengenai keberangkatan Nabi Isa (SAW) dan kedatangan kembali baginda kpd kehidupan? JAWAPAN: Berkenaan dgn soalan anda, al-marhum Sheikh Jadul-Haq `Ali Jadul-Haq , bekas Sheikh Al-Azhar, menjawab yg berikut: "Allah SWT telah memberitahu kita akhir hidup Nabi Isa (AS) dlm tiga surah-surah dlm al-Qur’an yg spt berikut: 1) Dlm surat Al `Imran, kita dapati: “Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)."Orang-or

Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), pengikutnya dan yg menyokong mereka

Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), pengikutnya dan yg menyokong mereka Soalan: Apakah hukum Islam mengenai agama baru Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah) ini dan pengikut-pengikutnya? Bila dan dimana agama ini berasal dan apakah hukum Islam megenai orang yang menyokongnya? Jawapan: Segala puji bagi Allaah yg Esa, dan selawat dan salam atas Rasul Nya, keatas keluarga baginda dan sahabat baginda. Seterusnya … Kerajaan Pakistan telah menetapkan mereka ini terkeluar dari agama Islaam; juga, Liga Muslim Dunia di Makkah telah mengeluarkan satu fatwa yang sama. Pada pertemuan Ulama Muslim (Liga Muslim Dunia) pada tahun 1394 HIJRIAH (1974 MASIHI), satu kenyataan bertulis telah dirangka utk menerangkan ajaran-ajaran sebenar kumpulan ini, bagaimana dan bila mereka bermula, dan sebagainya. Secara ringkas, kumpulan ini telah mengisytiharkan yg Mirza Ghulaam Ahmad, seorang India, adalah seorang nabi yg telah menerima wahyu Allaah dan tiada orang akan sempurna dlm Islaam nya, melainkan dia percaya kepada Mirza. D

Qaadiyaaniyyah @ Ahmadiyyah

Qaadiyaaniyyah @ Ahmadiyyah Nama kumpulan - Qaadiyaaniyyah, juga dikenali sebagai AhmadiyyahPengikut kpd kumpulan - Qaadiyaanee, jamak - Qaadiyaaniyyoon. Juga dikenali sebagai Ahmadee atau Mirza.ee Pada persepakatan ulama-ulama, Qaadiyaaniyyah adalah golongan kaafir yg menggunakan nama Islaam utk melindungi tujuannya dan matlamatnya yg sebenar yg jahat, dan aqidahnya yg salah, yg paling bahaya ialah mendakwahkan dan mempercayai kenabian pengasas nya; Disamping mengubah ayat Qur.aan al-Karim, dan menafikan jihaad dan melakukan takfeer (menuduh seseorang kaafir ) kpd Muslim dan menunjukkan kesetiaan kpd musuh Muslim. Pengasasnya ialah seorang lelaki yg bernama Mirza Ghulaam Ahmad al-Qaadiyaani yg telah dilahirkan pada kurun 19 (MASIHI) di bandar Qaadiyaan dlm wilayah Panjab di India pada 1839 MASIHI pada zaman pemerintahan British disana. Maka kumpulan ini mengambil namanya dari tempat lahir pengasasnya. Dia datang dari satu keluarga yg terkenal dgn kesesatan mereka dlm hal-ehwal ag