Skip to main content

Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), pengikutnya dan yg menyokong mereka

Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), pengikutnya dan yg menyokong mereka

Soalan:

Apakah hukum Islam mengenai agama baru Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah) ini dan pengikut-pengikutnya? Bila dan dimana agama ini berasal dan apakah hukum Islam megenai orang yang menyokongnya?

Jawapan:


Segala puji bagi Allaah yg Esa, dan selawat dan salam atas Rasul Nya, keatas keluarga baginda dan sahabat baginda. Seterusnya …
Kerajaan Pakistan telah menetapkan mereka ini terkeluar dari agama Islaam; juga, Liga Muslim Dunia di Makkah telah mengeluarkan satu
fatwa yang sama. Pada pertemuan Ulama Muslim (Liga Muslim Dunia) pada tahun 1394 HIJRIAH (1974 MASIHI), satu kenyataan bertulis telah dirangka utk menerangkan ajaran-ajaran sebenar kumpulan ini, bagaimana dan bila mereka bermula, dan sebagainya.

Secara ringkas, kumpulan ini telah mengisytiharkan yg Mirza Ghulaam Ahmad, seorang India, adalah seorang nabi yg telah menerima wahyu Allaah dan tiada orang akan sempurna dlm Islaam nya, melainkan dia percaya kepada Mirza. Dia (Mirza) telah dilahirkan pada abad ke 13, tetapi Allaah (
Subhaanahu wa Ta'aala) telah memberitahu kita dlm Kitab Nya (Qur.aan) yg Nabi Muhammad (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) adalah yg terakhir dari Nabi-nabi; semua ulama Muslim telah bersepakat memberi satu hukum yg sesiapa yg membuat dakwaan yg selepas baginda (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) boleh muncul seorang nabi baru adalah seorang yg kaafir, kerana dia berdusta mengenai Kitab Allaah dan mengenai hadith Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) yg menyatakan yg baginda (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) adalah Nabi yg terakhir. Tambahan pula, ini akan bercanggah dgn persepakatan Ummah Muslim.

Dan bagi Allaah bergantung segala kejayaan dan semoga Allaah mengutus selawat dan salam kpd Nabi kita (
sal-Allaahu `alayhe wa sallam) dan keluarnya dan sahabatnya.

(Jawatankuasa Tetap utk Kajian Islam & Fatawa)


The Permanent Committee for Islaamic Research and Fataawa,
comprising -Head: Shaykh 'Abdul 'Azeez Ibn Abdullaah Ibn Baaz;
Deputy Head: Shaykh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee;
Member: Shaykh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan;
Member: Shaykh 'Abdullaah Ibn Qu'ood

Fataawa al-Lajnah ad-Daa.imah lil-Buhooth al-'Ilmiyyah wal-Iftaa., Question 3 of Fatwa No.1615

Terjemahan dari:
The Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), its followers and those who favour them


http://www.fatwa-online.com/fataawa/creed/deviants/0010116_1.htm
Terjemahan zulyusoff:
http://zulyusoff.blogspot.com



Comments

Popular posts from this blog

Perempuan Dalam Haid Membaca al-Qur'an

Soalan: Saya selalu membaca al-Quran setiap hari walaupun saya berada dalam haid, tanpa menyentuh Mushaf, pada fahaman saya ini adalah pendapat Ibn Taimiyah. Tetapi baru-baru ini seorang kawan saya menunjukkan satu hadith yg diriwayatkan oleh Imam Tirmithi dalam kitab sunan beliau dan dikhabarkan oleh Ibn Umar, yg menyatakan yg perempuan dlm haid tidak sepatutnya membaca al-Quran walaupun dia tidak menyentuh Mushaf. Tolong tunjukkan kami secara terperinci pendapat tepat mengenai masalah ini. Jawapan oleh Hassen A. Laidi (Penerbit dan Editor Majalah Al-Jumuah) Hal ini adalah diperselisihkan dikalangan ulama dgn majoriti Fuqaha dari empat mazhab utama melarang perempuan dlm haid dari membaca al-Quran, dengan atau tanpa menyentuh mushaf sehingga haid itu tamat dan dia mandi wajib. Malangnya larangan ini terkenal di kalangan muslim tetapi tiada asas dari riwayat yang sahih. Secara umum, larangan ini berdasarkan dua alasan utama yg kami akan sebutkan dan bantah: Dgn anggapan melalui kaedah...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...