Skip to main content

Apa itu Barzakh?


SOALAN:


Apa itu "Al-Barzakh "? Saya telah mendengar yg Allah telah mencipta tempat khas utk orang mati. Adakah ruh mereka tinggal disana? Bagaimana dgn Nabi-nabi? Adakah ruh mereka tinggal di sana? Soalan kedua saya ialah: Adakah orang mati mengetahui apa yg berlaku dlm kehidupan ini dan apa yg berlaku kpd saudara-mara nya?


JAWAPAN:


Berkenaan dgn soalan pertama anda, Sheikh Hamed Al-Ali, pengarah di Warisan Islam di Fakulti Pendidikan, Kuwait dan Imam Masjid Dahiat As-Sabahiyya menjawab:

“Secara harfiah Al-Barzakh bermakna tempoh masa atau penghalang antara dua benda. Allah SWT berfirman: “antara keduanya ada Barzakh (penghalang) yang tidak dilampaui masing-masing.” (Ar-Rahman: 20)
Dgn lebih tepat, ia bermakna satu tempoh peralihan antara hidup ini dan kehidupan lain di akhirat; ia adalah satu tempoh masa antara kematian dan Hari Kebangkitan. Allah berfirman: “ Dan di hadapan mereka ada Barzakh (penghalang) sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

Ini tidak bermakna terdapat tempat khas bagi setiap ruh, tetapi ruh-ruh orang mati adalah dlm pelbagai tempat mengikut tahap Iman mereka: sebahagian dr mereka akan berada di syurga tertinggi bersama dgn ruh-ruh Nabi-Nabi dan Syahid; sebahagian org beriman akan berada di tempat tertentu di syurga sebelum Hari Pengadilan; sebahagian akan mempunyai kubur seperti taman-taman syurga dan sebahagian akan mempunyai kubur seperti lubang api Neraka. Semua kes-kes dan keadaan org ini akan berada dlm tempoh Al-Barzakh, setiap orang mengikut tahap Iman nya.

Utk soalan kedua anda, Sheikh Faysal Mawlawi, timbalan pengerusi Majlis Fatwa dan Kajian Eropah, menjawab:

“Orang mati tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan orang yg masih hidup kerana dia tinggal dlm dunia yg berlainan. Bagaimanapun, adalah diriwayatkan org mati merasai tapak kaki mereka yg berjalan atas nya.

Adalah diriwayatkan yg Rasulullah (SAW) melihat pada mayat-mayat yg terjatuh dlm telaga, yg mayat-mayat itu adalah org kafir terbunuh semasa Perang Badr dan bersabda, “Tidakkah kamu temui kebenaran yg Tuhan mu janjikan kpd mu?” `Umar menjawab, “Anda bercakap dgn org mati.” Rasulullah (SAW) menjawab, “Mereka mendengar lebih baik dr kamu, tetapi mereka tidak mampu menjawab.” (Riwayat Al-Bukhari)

Riwayat ini merujuk kpd masa yg hampir selepas kematian seseorang, tetapi selepas itu, si mati berpindah ke dunia baru yg dia tidak menyedari apa berlaku pada kehidupan ini. Ini disahkan oleh ayat: “Dan engkau tidak mampu menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar.” (Fatir: 22)”


Terjemahan dari:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544966&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE

Terjemahan zulyusoff
http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...