Skip to main content

Menolak Sunnah Nabi

Menolak Sunnah Nabi

Soalan:

Baru baru ini, saya mendengar sekumpulan manusia menolak Sunnah atau Hadith sebagai salah satu asas hukum Islam. Apa pandangan Islam kepada kumpulan ini? Adakah mereka di anggap Muslim?

Jawapan oleh Majlis Agama Islam Singapura:



Hadith atau Sunnah adalah perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan, kebenaran-kebenaran dan sifat-sifat Nabi Muhammad (SAW). Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur'an yang mengarahkan kita untuk mentaati Allah dan Rasul Nya, Nabi Muhammad. Mentaati Nabi itu bermakna mengikuti semua yg baginda telah arahkan dan meninggalkan dari semua yg telah baginda larang. Terdapat banyak ayat-ayat dlm al- Qur'an yg menyampaikan kpd kita tugas-tugas Nabi untuk menjelaskan apa yg tidak jelas kpd kita dlm al-Qur'an. Contoh-contoh ayat-ayat itu adalah:

(Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.) (An-Nisaa' 4:59)


(Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka) (An-Nisaa' 4:80)

( Dan apa-apa yang di beri oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang dia larang kamu, maka jauhilah, dan jagalah diri-diri kamu (dari azab) Allah, sesungguhnya Allah sangat keras siksaannya.) (Al-Hashr 59:7)

( Janganlah kamu jadikan panggilan akan Rasul di antara kamu sebagaimana panggilan sebahagian dari kamu akan sebahagian, Sesungguhnya Allah mengetahui orang yang melarikan diri dari antara kamu dengan berlindung. Maka hendaklah orang yang menyalahi perintah nya takut di timpa percubaan-percubaan atau ditimpa azab yang pedih.) (An-Nur 24:63)

(Dengan keterangan-keterangan (mu'jizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an, agar kamu (Nabi Muhammad) menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,.) (An-Nahl 16:44)

(Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Nabi Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu (Nabi Muhammad) berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.) (An-Nisaa' 4:65)

Ayat-ayat al-Quran ini dengan jelas mengarahkan kita untuk mematuhi Nabi Muhammad (SAW). Mematuhi baginda adalah mengikuti Sunnah baginda. Walaubagaimana pun tidak dinafikan yang ada sejumlah hadith-hadith yang lemah atau palsu, penekanan disini ialah untuk mematuhi Sunnah baginda. Nabi Muhammad (SAW) tidak akan bercakap atau bertindak sebebasnya tanpa panduan daripada Allah.

Tiada bantahan di kalangan ulama-ulama silam dan sekarang akan status Sunnah sebagai sumber kedua hukum Islam selepas al-Qur'an.

Mereka yang menafikan status Sunnah sebagai sumber kedua hukum Islam, atau yg menolak nya mentah-mentah, adalah sebenarnya menafikan al-Qur'an sekali. Ini adalah kerana al-Qur'an memerintahkan kita untuk mentaati dan mengikuti Nabi melalui Sunnah baginda. Jadi adalah disepakati dikalangan ulama-ulama adalah mereka yang menolak Sunnah sebagai sumber kedua hukum Islam adalah dianggap kafir. Status mereka sebagai Muslims akan terbatal secara automatik.


Terjemahan dari:
Rejecting the Prophet's Sunnah
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1141277508824&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff
zolthegreat@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...