Skip to main content

MENERBITKAN MAJALAH YANG TIDAK SOPAN

MENERBITKAN MAJALAH YANG TIDAK SOPAN


SOALAN
:

Adakah dibenarkan untuk menerbitkan majalah-majalah yang menunjukkan perempuan-perempuan dalam cara yang tidak bermoral, juga majalah-majalah yang menerbitkan berita-berita mengenai pelakon-pelakon lelaki dan perempuan? Adakah dibenarkan untuk bekerja dgn majalah-majalah seperti itu utk mengedarkan nya? Adakah kita dibenarkan untuk membeli nya?

JAWAPAN:

Adalah jelas yang menjual suratkhabar dan majalah adalah secara asasnya adalah dihalalkan, tetapi ia menjadi haram jika ia memdorong kepada kejatuhan psikologi, moral, pemikiran atau sosial, seperti majalah yang menyebarkan kejahatan dan maksiat dan menyeru kepada merendahkan semua nilai-nilai agama dan moral dalam masyarakat. Dalam hal ini, Allahyarham, Sheikh Ibn Baz, bekas Mufti Arab Saudi, menyatakan:

"Adalah haram untuk menerbitkan majalah dan suratkhabar yang menunjukkan gambar-gambar perempuan atau memganjurkan zina, homoseksualiti, perbuatan jahat, atau minum arak, juga majalah yang mendorong manusia untuk melakukan perbuatan haram. Di samping itu, adalah dilarang untuk menyumbang kepada majalah itu dgn penulisan atau promosi kerana ini akan dianggap sebagai cubaan untuk menyebarkan dosa, kejahatan dan maksiat dalam masyarakat. Dlm al-Qur'an, Allah berfirman: " Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. " (Al-Ma`idah: 2) Nabi (bersabda) bersabda: "Sesiapa yang menyeru (manusia) kpd kebaikan, adalah pahala (dijamin) baginya seperti pahala mereka yang melakukannya, tanpa pahala mereka hilang sedikitpun. Dan sesiapa yang menyeru (manusia) kpd kejahatan, mereka akan menanggung (beban) dosanya, seperti mereka yang melakukannya, tanpa dosa mereka hilang sedikitpun." (Riwayat Muslim)

Tambahan pula, Nabi (bersabda) bersabda: “Terdapat dua golongan dikalangan penghuni-penghuni Neraka, yang pertama memiliki cemeti-cemeti seperti ekor sapi dan mereka meyebat manusia dengan pertolongan cemeti-cemeti. (yang kedua) wanita-wanita yang bertelanjang walaupun berpakaian, yang tergoda (kpd jalan salah) dan menggoda manusia lain dengan rambut mereka yang tinggi seperti bonggol-bonggol. Wanita-wanita ini tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak akan mencium baunya, walaupun baunya boleh di cium dari jarak yang jauh." (Riwayat Muslim)


Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an lain dan Hadith yang menerangkan hal sama.
Kami memohon Allah utk memimpin Muslims kpd apa yg terbaik utk mereka, dan memimpin manusia dlm media massa dan urusan-urusan yg sama untuk berbuat apa yg terbaik utk masyarakat keseluruhannya. Dan lagi, kami memohon kpd Allah utk melindungi mereka dlm media massa itu dari bisikan Syaitan."


Terjemahan dari: Publishing Indecent Magazines

http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/fatwah_story.asp?service_id=522

Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...