Skip to main content

Pendirian Islam Terhadap Kemiskinan Dan Kekayaan

Pendirian Islam Terhadap Kemiskinan Dan Kekayaan

Nama Mufti: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi


Soalan:


Apakah pendapat al-Quran dan hadits terhadap isu kemiskinan dan kekayaan?

Jawapan:

"Islam tidak menolak hakikat yg terdapat perbezaan jelas yg wujud di antara manusia dlm harta-benda dan kekayaan, itulah hakikat kehidupan, yg membentuk peringkat-peringkat, sebahagian manusia berada di atas manakala sebahagian di bawah.

Jadi, tidaklah menghairankan utk menyaksikan perbezaan dlm pendapatan dan kekayaan manusia kerana perbezaan tersebut juga wujud dlm nikmat-nikmat lain, spt kepandaian, kecantikan, kekuatan fizikal dan dlm perkara-perkara lain yg disifatkan menggambarkan setiap individu . Dlm hal ini, Allah SWT berfirman: " Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezki."(An-Nahl: 71)


Sudah menjadi kenyataan bahawa sebahagian manusia di berikan kelebihan ke atas yg lain dlm hal kebendaan, sebagaimana Allah SWT berfirman: " Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. ." (Az-Zukhruf : 32)


Bagaimana pun, ini tidak bermaksud yg di atas mengusai segalanya sehingga menyalahguna kuasa utk menindas yg di bawah ; tidak sekali pun, ini bukanlah suruhan ayat al_quran itu. Bahkan , yg Allah maksudkan dlm ayat itu ialah yg diberikan kelebihan mesti menggunakannya utk utk menolong kepentingan yg lain dan utk pembangunan.

Utk penjelasan lanjut dlm isu ini, kita boleh samakan kehidupan ini sebagai sebuah kilang besar yg mana terdapat pembahagian buruh yg mesti diamalkan utk mengendalikan kilang itu dgn berjaya. Tetapi harus di jelaskan sebagaimana Islam bersetuju dgn prinsip pembahagian dlm penerimaan kekayaan, ia tidak membenarkan pemilikan harta sebagai monopoli sesetengah individu tertentu sahaja, sebab itulah kenapa ia menunjukan kecenderungan besar utk mengurangkan jurang antara yg kaya dan yg miskin utk menghalang si kaya drp menindas si miskin, dan utk meningkatkan taraf kehidupan manusia, kerana ini semua akan menolong membina kestabilan dan perisai melawan perasaan kebencian dan pergeseran antara ahli dlm masyarakat yg sama.

Sebab itulah Islam dgn bersungguh-sungguh mengutuk sikap yg mengatakan yg kekayaan sepatutnya di kawal oleh sebahagian individu atas atas kerugian majoriti. Oleh sebab itu , Utk mengelakkan suasana bahaya spt itu, ia meletakkan beberapa prinsip berikut:

1. Melarang semua kaedah haram pelaburan wang, spt riba (bunga atau faedah), monopoli kekayaan, urusniaga yg menipu, perdagangan haram ,dan sebagainya. Tujuannya utk menghadkan pelaburan spt itu supaya tidak membesarkan jurang antara yg kaya dan si miskin.

2. Mewajibkan Zakat ke atas si kaya; utk mengambil sebahagian drp kekayaan mereka dan memberikan kpd si miskin . Sistem Zakat, yg di gariskan oleh Islam, ialah utk menolong si miskin mencari jalan rezeki melalui apa yg mereka dapati drp zakat, sama ada ia dlm bentuk bayaran tahunan atau melalui memberikan mereka jaminan kewangan kekal.

Imam An-Nawawi dan ulama-ulama Shafi`i berkata dlm hal ini : "Setiap org miskin mestilah diberikan apa yg menyokong dia dan memberikan dia sebahagian drp jaminan kewangan kekal. Ini berbeza mengikut keperluan individu : seorang pekerja, yg matlamat utamanya utk mendapat peralatan utk pekerjaannya, mesti ditolong utk mendapatkan peralatan itu tidak kira berapa harganya . Seorang peniaga , yg memerlukan modal ,mesti diberikan wang utk menjalankan perniagaan . tetapi pertolongan ini mestilah di dlm lingkungan untung yg boleh menyokong dia . Bagi seseorang yg tidak tahu mencari makan melalui perniagaan atau pekerjaan, dia mesti diberikan jalan rezeki; ini boleh dilakukan dgn memberikan dia wang utk menolong dia membeli tanah yg dapat memberikannya hasil ." Zakat dlm hal ini adalah satu cara sempurna utk menambahkan bilangan harta di kalangan org miskin, spt yg kita lihat, , ianya membantu setiap individu utk membeli alatan pengeluaran:peralatan bagi pekerja,tanah bagi petani,kedai utk peniaga dan usahawan, dan ladang utk yg lain yg membolehkan mereka menerima pendapatan;bahkant, Zakat memberikan tidak lain melainkan kebaikan utk semua! Jadi ianya adalah wajib kpd pihak berkuasa Zakat utk menguruskan nya dgn baik yg akan memberikan manfaat kpada semua.


3. Di samping Zakat, Islam juga memerintahkan si kaya supaya memberikan bantuan kewangan yg lain, spt bantuan kpd saudara mara, menunaikan nazar dan kewajipan agama membayar denda kerana melanggar hukum agama, Al-Udhiyah (Korban hari raya haji) (dimana ahli Feqah Hanafi mewajibkan ia ), semangat kejiranan dan mengekalkan silaturahim ,layanan mesra, memberikan makanan kpd si miskin, membantu yg tertindas, membebaskan tahanan, memberikan perubatan kpd yg sakit dan menghulurkan bantuan ketika bencana, spt peperangan , kebuluran dan sebagainya. Ini selari dgn hadith: " Seseorang tidak akan di anggap seorang yg benar2 beriman , jika dia gagal membantu jirannya yg kelaparan,jika dia mampu melakukannya."


4. Hukum faraid Islam secara tidak langsung adil dlm pembahagiann harta. Juga sebagai tujuan yg sama adalah dijadikan dgn adil kpd org yg tiada hak dalam pusaka. Ini di anggap wajib menurut sebahagian ulama islam awal atas dasar firman Allah's : "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa" (Al-Baqarah: 180) Inilah asas bagi undang-undang yg dikenali sebagai "Pusaka Wajib" yg bertujuan utk membantu cucu-cucu yg bapanya meninggal ketika datuknya masih hidup.


5. Lagipun, di samping apa yg telah di senaraikan, pemerintah Muslim di berikan kebijaksanaan utk melaksanakan sedikit campurtangan dlm mewujudkan keseimbangan dlm ekonomi dgn membahagikan sebahagian harta awam utk sebahagian Org yg amat memerlukan bantuan. Ini jelas berbeza drp pemgambilalihan harta-benda, adalah halal jika mengikut panduan Islam. Kita mempunyai contoh terbaik dlm Rasullullah S.A.W dlm hal ini . Ini berlaku ketika Rasullullah S.A.W) membahagikan Al-Fay' (harta rampasan perang yg diperolehi tanpa bertempur) milik Bani An-Nadeer, hanya kpd kaum Muhajireen, tidak termasuk kaum Ansar kecuali dua org Ansari yg miskin Alasan tindakan Rasullullah S.A.W kerana keadaan kaum Muhajireen yg terpaksa meninggalkan Makkah, meninggalkan semua harta benda mereka. Apabila tiba di Madinah, wujud jurang yg luas antara kaum Muhajireen dan kaum Ansar dlm harta benda, yg majoriti kaum kedua itu dlm keadaan baik kerana memiliki harta yg banyak. Utk menghubungkan juran ini , Rasullullah S.A.W memperkenalkan kaedah ekonomi itu utk menstabilkan keadaan ekonomi itu, dan satu ayat al-Qur'an kemudiannya di wahyukan utk menyokong tindakan Rasullullah S.A.W itu , spt firman Allah: " supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.." (Al-Hashr: 7) Jadi semua pemerintah Muslim mesti mematuhi contoh terbaik teladan Nabi Muhammada SAW."

URL asal: http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=31992

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...