Skip to main content

Pernahkah Nabi Muhammad Bergurau?

Pernahkah Nabi Muhammad Bergurau?

Soalan:

Pernahkah Nabi (SAW) bergurau? Adakah sebarang bukti tentang hal itu?

Jawapan:

Sheikh Zoubir Bouchikhi, Imam masjid Persatuan Islam Greater Houston:

Nabi (SAW) pernah bergurau tetapi baginda ikhlas dalam hal itu. Satu hari baginda memberitahu seorang perempuan tua yg tiada lelaki tua atau perempuan tua akan masuk Syurga, dan dia terkejut, kemudian baginda menerangkan kpd nya yg baginda bermaksud apabila kita masuk syurga kita masuk sebagai orang muda.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, :

Walaupun dengan tanggungjawab baginda yg besar, Nabi (SAW) mempunyai masa utk bergurau; bagaimana pun, baginda tidak pernah berbohong semasa bergurau. Pada beberapa peristiwa Nabi (SAW) berkongsi kegembiraan dengan Sahabat baginda; baginda bergurau dengan mereka dan bergembira. Tetapi sebagaimana baginda berkongsi kegembiraan, baginda berkongsi kesedihan.

Nabi (SAW) meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dgn isteri-isteri baginda, dan tidak dipengaruhi oleh beban kerasulan sampai tahap baginda meninggalkan perasaan terhadap keluarga baginda. Hadith Umm Zar` yg terkenal dalam Sahih al- Bukhari adalah bukti hal ini.

Dlm hadith lain yg diriwayatkan oleh At-Tirmidhi, seorang perempuan tua merayu kepada Nabi (SAW) memohon kepada Allah untuk membenarkan dia masuk syurga. Nabi (SAW) memberitahu dia yg tiada tempat dlm Syurga untuk perempuan tua. Dia menangis tanpa memahami maksud mendalam kata-kata Nabi itu. Baginda memujuk dia dgn mengatakan dia tidak akan masuk Syurga sebagai perempuan tua; bahkan, dia akan masuk syurga sebagai perempuan muda yang penuh tenaga. Kemudia baginda membaca firman Allah: ( Kami menjadikan mereka itu satu kejadian yang baru. Dan kami jadikan mereka perawan-perawan yg penuh percintaan, sebaya.) (Al-Waqi`ah: 35-37)Nabi (SAW) suka untuk menanamkan kesukaan dan kegembiraan dalam hati-hati manusia terutamanya dlm peristiwa gembira spt kenduri atau majlis perkahwinan. Contohnya, apabila Abu Bakr As-Siddiq (RA) cuba untuk memberhentikan dua perempuan muda dari menyanyi dalam rumah Nabi, Nabi (SAW) berkata kpd nya: "biarkanlah, kerana kita sekarang dalam kenduri.' Dlm versi lain menyebutkan: '...untuk memberitahu org Yahudi yg dlm agama kita ada masa untuk bergembira.'"

Terjemahan dari: Did Muhammad Ever Make Jokes?
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543644&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff zolthegreat@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...