Skip to main content

ADAKAH NABI MUHAMMAD DICIPTAKAN DRP CAHAYA?

ADAKAH NABI MUHAMMAD DICIPTAKAN DRP CAHAYA?

SOALAN:

Saya ada satu soalan yg saya ingin penjelasan dari anda: Adakah Nabi Muhammad diciptakan dari cahaya?

JAWAPAN:

Kita ingin memberitahu anda yg Muslim tidak sepatutnya berlebihan dalam memuji Nabi (SAW). Baginda (SAW) memerintahkan Muslim menjadi sederhana dan tidak berlebihan memuji baginda, mengingatkan mereka walaupun baginda dihormati dgn kenabian tidaklah menjadikan baginda terkeluar dari batas-batas manusia .Disini, kami ingin memetik fatwa berikut yg dikeluarkan oleh Sheikh M. S. Al-Munajjid, pensyarah dan pengarang Islam Saudi yang terkenal:

Mempercayai yang Nabi (SAW) tidak seperti manusia lain, dan dia adalah Cahaya dari Allah sendiri adalah fahaman yg salah, kerana ianya bercanggah dengan al-Qur’an, yg mana Allah menyatakan bahawa Nabi (SAW) adalah manusia dan menerangkan apa yg membuatkan baginda berbeza dgn manusia lain. Allah Taala berfirman:

(Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhan nya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhan-nya".) (Al-Kahf 18: 110)

Lagipun, penciptaan manusia adalah dijelaskan dlm ayat al-Qur'an berikut:

(Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu (Adam), dan daripada nya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.…) (An-Nisaa’ 4: 1)


(Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (pada hari kiamat); maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari nutfah (campuran benih lelaki dan perempuan)…) (Al-Hajj 22: 5)

Bagaimanapun, Allah memanggil Nabi Nya “cahaya” dan “lampu yang menerangi cahaya” kerana petunjuk dan cahaya Allah hantar kpd baginda, yg mana Allah memimpin semua mereka yg menyahut dakwah baginda (SAW) sebagaimana Allah berfirman:

(Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan sebagai lampu yang menerangi cahaya. ) (Al-Ahzab 33: 45-46)

(Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah, dan kitab(al-Qur’an) yang menerangkan (Al-Ma’idah 5: 15)


Terjemahan dari:
Was Prophet Muhammad Created from Light?

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544998&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...