Skip to main content

Hak Nabi Ke atas Umatnya

Hak Nabi Ke atas Umatnya


SOALAN:


Adakah Nabi (SAW) mempunyai sebarang hak ke atas kita sebagai muslim?

JAWAPAN:

Ulama terkemuka dan pendakwah terkenal Sheikh `Abdel Khaliq Hasan Ash-Shareef menyebut beberapa hak-hak Nabi (SAW) ini:

*Untuk di percayai.

Allah berfirman:
(maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk. (Al-A`raf 7:158).
(Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya ) (An-Nisaa’ 4:136).
(Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Qur'an) yang telah Kami turunkan) (At-Taghabun 64:8).
Jadi untuk beriman kepada Rasulullah adalah syarat iman dan salah satu satu drp rukunnya. Beriman kepada Baginda bermakna beriman kepada ajarannya dan bertindak mengikutnya.

*Untuk dicontohi

Allah berfirman: (Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.) (Al-Ahzab 33:21).

*Untuk ditaati.

Allah berfirman: (Barangsiapa taat kepada Rasul itu maka sesungguhnya ia taat kepada Allah) (An-Nisaa’ 4:80). (Hai orang-orang yang beriman, ta'atlah kepada Allah dan ta'atlah kepada rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu) (Muhammad 47:33).

*Untuk diikuti.

Allah berfirman:

(Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah%

Comments

Popular posts from this blog

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

Memberikan Sedekah Kpd Non-Muslim

Soalan: Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah (sadaqah) kpd non-Muslim yang amat memerlukan dlm berjuang utk hidup kerana sakit? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kpd Allah ialah dgn membayar zakah dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dgn bersedekah, jiwanya disucikan drp sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dlm bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan utk menunjukkan kesyukuran kpd Allah SWT. Benarlah, semua Muslims diwajibkan menunjukkan kesyukuran kpd Allah malam dan siang dan mereka digalakkan utk memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Dlm menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan: Islam menggalakkan memberikan sedekah kpd semua manusia tanpa mengira perbezaan agama,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...