Skip to main content

Bayi Tabung Uji Dari Pandangan Islam.

Soalan:

Jiran saya mandul. Doktok menasihatkan dia mencuba kaedah bayi tabung uji. Adakah ini dibenarkan dlm Islam?



Jawapan


Dlm persidangan ketiga (diadakan di Amman, Jordan, Safar 8 – 13, 1407 H/October 11 – 16, 1986 CE) Majlis Fiqh Islam menyemak kajian yg di hantar kpd nya mengenai persenyawaan in-vitro dan berunding dgn pakar dlm hal berkenaan. Maka, pihak majlis mengharamkan lima cara persenyawaan in-vitro dan menetapkan dua cara lain sebagai halal.



"Pihak majlis menetapkan seperti berikut:



Pertamanya, lima cara persenyawaan in-vitro berikut adalah haram sepenuhnya kerana ia mengakibatkan kecelaruan keturunan:



1. Persenyawaan yg dibuat dgn memasukkan sperma dari seorang lelaki kpd ovum dari seorang perempuan selain isterinya dan kemudian di masukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus isterinya.

2. Persenyawaan yg dibuat dgn mensenyawakan ovum seorang perempuan dgn sperma dari seorang lelaki selain suaminya dan kemudian dimasukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus nya.



3. Persenyawaan yg dibuat antara sperma dari seorang lelaki dan ovum dari isterinya dan kemudian ovum yg disenyawakan itu dimasukkan dlm uterus ibu tumpang.



4. Persenyawaan yg dibuat antara sperma dan ovum dari orang lain selain pasangan yg mahu menerima bayi dan kemudian ovum yg disenyawakan itu dimasukkan dlm uterus si isteri.



5. Persenyawaan yg dibuat dgn memasukkan sperma dari seorang lelaki yg mempunyai dua isteri dan dari ovum dari salah seorang dari isteri-isterinya, dan kemudian ovum yg disenyawakan itu dimasukkan ke dlm uterus isteri yg lain.


Keduanya, pihak majlis bersetuju dgn dua cara lain persenyawaan in-vitro. Ia adalah:



1. Persenyawaan ovum seorang perempuan dgn suaminya diluar badan dan kemudian dipindahkan ovum yg disenyawakan itu ke dalam uterus nya .



2. Memasukkan sperm lelaki ke dalam uterus isterinya supaya persenyawaan berlaku dlm badan isteri."




Test-Tube Babies from an Islamic Pespective
http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/fatwah_story.asp?service_id=413

Terjemahan zul yusoff: http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

dol_bendol said…
Fatwa ini menyalahi Suruhan Allah, membenarkan Poligami

Beranak itu, kerja suami isteri, minta di jauhkan daripada syaitan

syaitan bisik ke nafsu tak beri kebenaran Poligami, lalu terpengaruh kaedah keduniaan, guna tabung uji, subhanallah

bertaubatlah ya

bidaah yang menyesatkan

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...