Skip to main content

Islam dan Pembangunan

Soalan:

Sesetengah orang menuduh Islam menjadi agama yang ketinggalan yang tidak sesuai dengan zaman moden. Ini adalah akibat suara yang menyeru kepada penerimaan prinsip- prinsip lama dan memboikot prinsip- prinsip moden. Bagaimana boleh kita membantah tuduhan itu?


Jawapan oleh Syeikh
`Atiyyah Saqr

Islam ialah agama yang menyeru kepada semua pengikutnya untuk menerima idea-idea & teknologi yang boleh menambah baik kehidupan, selagi ia dalam had-had yang ditetapkan dalam Islam. Pembangunan, iaitu, perubahan kepada bentuk yang lebih baik, ialah satu kecenderungan dalaman kearah kesempurnaan material dan moral.

Menjawab soalan, Sheikh `Atiyya Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menyatakan yang berikut:

Pertamanya, adalah salah untuk menghukum satu ajaran mengikut perangai sesetengah mereka yang mendakwa mengamalkannya, sedangkan amalannya mungkin salah tetapi ajaran itu boleh jadi benar. Musuh Islam boleh menghukum Islam dengan amalan manusia terutamanya pada masa ini. Ramai yang menganut Islam mengabaikan ajarannya atau patuh kepada beberapa hal kecil yang tidak sesuai dengan asas agama itu. Sebenarnya, ini berlaku pada masa ini, kerana terdapat kempen agresif menentang Islam, ini berpunca oleh perangai si sesat yang terlibat dalam kesalahan besar dibawah nama Islam.

Jika mahu menghukum satu ajaran mengikut kepada amalan mereka yang mendakwa mengamalkannya, ia seharusnya dilakukan mengikut mereka yang mengikutinya dengan betul. Islam ialah agama sebenar yang membawa manusia keluar dari kegelapan kepada cahaya. Muslim awal memahami dan menggunakannya secara tepat; jadi, mereka ada authoriti dan kuasa. Allah SWT berfirman [Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa.] (An-Nur 24:55).

Islam ialah agama terakhir dari agama wahyu dan Nabi Muhammad ialah rasul yang terakhir. Jadi Islam bersesuaian dengan semua masa dan tempat. Bukan rahmat dari Allah SWT untuk meninggalkan hamba Nya tanpa agama sehingga Hari Pengadilan. Maka di dalam nilai nya dan prinsipnya yang terbina kukuh, Islam mempunyai semua perkara yang berkaitan dengan pembangunan. Nilai dan prinsip ini tidak bertukar kerana masa atau suasana persekitaran.
Pembangunan ialah kecenderungan semulajadi untuk berubah kepada bentuk yang lebih baik. Kecenderungan ini diam-diam menjurus kearah kesempurnaan material dan moral. Secara umum, semua agama mengiktiraf kecenderungan yang tidak mampu ditolak dan di tahan itu. Misi semua agama, yang terpenting ialah memberi petunjuk. Lagipun, semua agama membawa banyak sifat pembangunan yang mudah dilihat apabila kita berfikir mendalam akan pelbagai agama sebelum Islam dan melihat setakat mana Islam datang sebagai agama terakhir untuk menyempurnakan nya.

Bagaimana Islam Berkaitan Dengan Pembangunan

1. Islam menyeru kepada mengambil yang terbaik dalam semua perkara. Allah SWT berfirman [bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya] (Az-Zumar 39:17-18).
Bahkan, Islam menggalakkan penganutnya untuk bercita-cita untuk matlamat besar dan tinggi. Rasulullah (SAW) dilaporkan bersabda, "Jelaslah, Orang Yang Beriman tidak pernah puas membuat kebaikan sehingga dia masuk Syurga " (At-Tirmidhi).

2. Islam memuliakan kekuatan dalam kedua-dua hal material dan spiritual. Rasulullah (SAW) dilaporkan bersabda, " Orang Beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah dari Orang Beriman yang lemah, dan terdapat kebaikan dalam setiap orang, (tetapi) hargailah yang boleh memberi kamu manfaat (di akhirat) dan mintalah pertolongan dari Allah dan jangan berputus asa " (Muslim).

3. Islam melarang mentaati kepada ajaran-ajaran lama jika ia korup. Allah SWT berfirman [Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak- bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka. (Rasul itu) berkata: "Apakah (kamu akan mengikutinya juga) sekalipun aku membawa untukmu (agama) yang lebih (nyata) memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya?" '] (Az-Zukhruf 43:23-24).

4. Islam bersetuju menggunakan kemudahan moden dalam konteks ajaran yang tetap. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda, "Sesungguhnya, Allah akan menghantar untuk umat ini pada setiap permulaan seratus tahun [boleh bermakna setiap generasi] seseorang yang akan memulihkannya (umat ini) agamanya " (Al-Hakim).

5. Islam menggalakkan Muslim untuk mencari dan menuntut ilmu, yang merupakan asas pembangunan dan memberi manfaat kepada individu dan masyarakat dalam kerangka agama. Allah SWT berfirman [Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah orang berilmu] (Fatir 35:28). Ilmu termasuk banyak bidang seperti astronomi, fizik, kimia, botani, geologi, perubatan, sosiologi, falsafah.

6. Islam mengarahkan Muslim untuk bekerja dan menggunakan ilmu ini dalam semua bidang, seperti pertanian, industri, dan perdagangan. Terdapat banyak dalil yang mementingkan fakta ini, dan anda boleh merujuk kepada hal itu dalam buku saya Dirasat Islamiyyahli Ahamm Al-Qadaya Al-Mu`asirah (Pengajian Islam Untuk Isu-isu Semasa Yang Terpenting).

7. Islam membenarkan pembangunan material dalam kerangka agama. Namun, Islam menyeru kepada pembangunan spiritual yang abadi, kerana ia menghalang pembangunan material dari kesesatan dan mengiringi umat manusia dalam kehidupan dunia ini dan di akhirat. Allah SWT berfirman [Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.] (Al-Kafh 18:46) dan [Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.] (Aal `Imran 3:14-15).

Melalui pembangunan ini, Islam membentuk empayar yang hebat dan kuat. Ramai ulama menyaksikan pembangunan Islam dan menekankan ajarannya dan usaha mereka yang menggunakannya banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia dalam semua bidang.

Jadi, kami tekankan kepada mereka yang mahu menghukum Islam sepatutnya menghukumnya mengikut kepada ajarannya dan amalannya yang betul. Maka salah untuk menghukum nya mengikut kepada perangai si sesat yang tiada ilmu berkenaan ajaran Islam atau mereka yang mengamalnya secara salah.

Terjemahan dari: Islam and Development
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1147955886860&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.