Skip to main content

Adakah Merayakan Maulidur Rasul itu Bid’ah?

Adakah Merayakan Maulidur Rasul itu Bid’ah?

Soalan:

Bolehkan anda memberikan kami kriteria yg membantu dlm menilai sama ada satu amalan baru adalah satu bid`ah atau tidak? Terdapat banyak kontroversi mengenai menyambut maulidur Rasul (kelahiran nabi), dan sebahagian Muslim berkata yg menunjukan kegembiraan dan kesukaan adalah satu bid`ah.

Jawapan oleh Syeikh Ahmad Kutty

Pertamanya, kita ingin menekankan yg Muslims diseluruh dunia sepatutnya merebut keadaan kelahiran Nabi Muhammad (SAW) utk memperkenalkan hidup baginda utk semua manusia. Pengajaran boleh diambil dari hidup Nabi, dan dia adalah satu contoh tauladan yg semua manusia boleh mencontohi. Dlm hal ini, kita ingin menekankan yg tidak bid`ah utk menyambut maulidur Rasul (Kelahiran Nabi) spt yg sesetengah dakwa.

Menjawab soalan itu, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan yg berikut:

Bid`ah dlm bahasa Arab menunjukkan kpd satu amalan yg berlaku apabila seseorang mencipta satu amalan yg dahulunya tiada.

Dlm istilah Islam, ia menunjukkan kpd penciptaan dlm ibadat dahulunya tiada dlm Islam.

Dlm hal ini, saya ingin menegaskan yg adalah tidak bid`ah utk menunjukkan cinta kita kpd Rasulullah (SAW) selagi kita tidak memperkenalkan bentuk baru ibadat semasa berbuat demikian. Rasulullah (SAW) membenarkan perkara tertentu atau peristiwa yg berkaitan dgn baginda semasa zaman baginda utk diingati, dan Muslim telah selalu menunjukkan kecintaan mereka sebebasnya tanpa sebarang larangan. Mereka bahkan menunjukkan kecintaan mereka kpd baginda dgn menggunakan sisa air dari wudu' Nabi.

Jadi, kami ada cukup bukti utk membuktikan yg kita dibenarkan utk menunjukkan kecintaan kita dan utk memperingati peristiwa kelahiran Nabi.Memperingati kelahiran Nabi akan hanya jatuh kpd kategori bid`ah, , jika kita menciptakan bentuk ibadat yg tidak pada mulanya dianjurkan dlm agama.

Kita ada peristiwa-peristiwa terdahulu dlm hidup Nabi (SAW), juga dlm hidup salafussoleh, utk memperingati perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa yg berkaitan dgn Nabi (SAW). Tidakkah mereka memperingati kemasukan Nabi ke Madinah dgn menyanyi dan perasaan gembira; tidakkah mereka memperingati peristiwa Hijrah dgn menjadikannya asas kpd kalendar Islam; dan tidakkah mereka mencipta syair-syair dlm memuji Nabi (SAW)? Para sahabat juga memperingati barang-barang Nabi (SAW) dgn menjaga ia dgn baik sebagai menunjukkan kecintaan kpd Nabi mereka.

Negara-negara memperingati peristiwa bersejarah dgn tujuan utk menggalakan perpaduan mereka dan makna siapa mereka. Adakah sebarang peristiwa dlm sejarah Islam yg lebih penting utk Muslims drp kelahiran, dakwah, dan kehidupan Rasulullah? Bagaimana,boleh kita katakan yg kita tidak boleh memperingati nya dlm cara beradab, sedangkan kita berbuat demikian dlm menghormati semua jenis peristiwa dlm kehidupan Negara, parti politik, atau pertubuhan kita. Ameen.


Terjemahan dari: Is Celebrating Muhammad's Birthday Bid`ah?

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1144161655187&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
Terjemahan zulyusoff: http:// zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.