Koleksi Fatwa & Artikel Terjemahan Zul Yusoff

*KHIDMAT PENTERJEMAHAN * TRANSLATION SERVICE* English - Bahasa Melayu Zul 019 6342017 mohd_zol@yahoo.com

24 July 2006

Dua Peringkat Untuk Membela Muslim Yang Ditindas

Soalan:

Saya ingin tahu apa yg Muslim mesti lakukan dlm berdepan dgn tindakan menindas yg dilakukan oleh kuasa penjajah kpd saudara Muslim kita ?

Jawapan:

Adalah tugas setiap Muslim utk membantu saudara Muslim nya dgn semua bentuk sokongan mengikut kemampuannya. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “ Muslim ialah saudara kpd saudara Muslim seagamanya. Jadi , dia tidak sepatutnya menindasnya atau menyerahkan nya (kpd musuhnya) atau meninggalkannya (pada masa kesusahan).”

Adalah mesti ditegaskan yg Muslims terdiri dari satu persaudaraan dan satu badan; bila satu organ badan sakit, semua organ lain rasa sakit. Maksudnya, semua Muslim merasai kesakitan dari saudara yg lain dan cuba yg terbaik utk menolong mengubati penderitaan saudara Muslim mereka di setiap penjuru tanah-air Muslim yg luas.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis dgn maksud ini:

“Kita semua Muslims seperti anda lihat,
Tanpa mengira tempat kita berada.
Saudara di India,di Magribi dan dimana-mana!
Bagi aku anda adalah jantung dan hatiku.
Dakilah bukit dan launglah dgn yakin,
“Aku adalah Muslim” dan inilah semua.”



Jadi, Muslim yang mahu membela saudara Muslims mereka yg ditindas dimana-mana mesti pertamanya cuba yg terbaik utk mengubah diri mereka sendiri dan berdiri teguh atas Jalan yg Lurus. Perkara pertama mereka lakukan ialah mesti menghampirkan diri kpd Allah SWT dan mentaati setiap hukum agama Nya dan mengelakkan perangkap Syaitan yg direjam. Jangan biarkan Syaitan mengatasi atau menyesatkan anda. Ini langkah pertama yg jelas ke arah memberi sokongan kpd saudara Muslim anda.

Keduanya, biar semua Muslims cuba utk berdakwah dipersekitaran anda dan menyeru yg lain kpd pemahaman Islam yg lebih baik dan betul. Dgn berbuat demikian, Muslim mesti menunjukkan contoh terbaik dgn mentaati ajaran Islam, contoh perbuatan adalah lebih baik dari nasihat. Cuba utk membimbing yg lain menggunakan perkataan dan perbuatan baik tanpa kesalahan.


Selepas itu datang tugas berdoa untuk semua saudara Muslim yang menderita di mana-mana dan memohon Allah utk memberikan mereka jalan keluar dan kemenangan hebat. Ini satu cara lain meringankan penderitaan Muslim itu. Jika seseorang mampu memberi sumbangan kewangan, maka jangan ragu-ragu untuk menolong mereka. Jika tidak, maka doa sudah mencukupi. Kemudian tunaikanlah solat tahajjud dan memohon Allah utk membantu membuang tangisan yg tertindas, penderitaan yg dizalimi dan kesusahan orang miskin.

Dlm menjawab pertanyaan, Sheikh Muhammad Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Canada, dan Bekas Professor di King Saud University, Saudi Arabia, menyatakan yg berikut:

Pertamanya, kita mesti mengingati hadith Rasulullah (SAW) yg bersabda, “Bela selalu saudara kamu, sama ada dia ditindas atau menindas” Para sahabat bertanya bagaimana boleh Muslims membela saudara Muslim nya apabila dia menindas. Maka Rasulullah (SAW) menjawab, “Dgn mencegahnya (si penindas) dari melakukan penindasan, itulah cara kamu membela saudara Muslim penindas itu.”

Sebenarnya, menolong si penindas adalah pilihan, sedangkan adalah diwajibkan kpd semua Muslim utk membantu org yg ditindas. Kita juga mesti faham yg terdapat dua peringkat pertolongan. Satu peringkat melalui Negara, yg lain melalui individu.


Allah SWT mengingatkan kita mengenai tanggung-jawab peringkat Negara dlm surah 4, ayat 75, yg Dia berfirman:


(Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau) (An-Nisaa’ 4: 75)



Dan dlm ayat lain surah 8, ayat 72, yg Allah berfirman:



(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.) (Al-Anfal 8: 72)



Seperti yg kita tahu, Muslim di mana-mana tinggal di bawah keadaan buruk kerena mereka tidak mendapat pertolongan dari Ummah Muslim.

Pada peringkat individu, kita ada dua pilihan: mengutuk penindasan itu dgn semua cara yg mampu, dan menggunakan semua sumber yg ada utk membantu Muslim yg ditindas secara kewangan dan sokongan moral.

Tetapi saya mesti tegaskan satu hal penting di sini adalah dlm membela saudara Muslims yg ditindas, kita mesti gunakan cara yg halal dan aman utk menunjukkan sokongan kita kpd org itu, seperti bahagian akhir ayat kedua menerangkan kepentingan perjanjian.

Dlm sebarang keadaan,perkara paling ringan yg anda boleh lakukan jika anda tidak mampu memberikan sebarang pertolongan ialah dgn berdoa utk saudara anda yg tertindas supaya Allah boleh meringankan keadaan mereka.



Terjemahan dari:
Two Levels of Backing Oppressed Muslims

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503545868&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

11 July 2006

Memasuki Tempat Ibadat Agama Lain

Soalan:

Bolehkah Muslim masuk ke tempat ibadat agama lain, seperti kuil atau gereja, dan mengikuti amalan mereka dgn tujuan memberi penghormatan, seperti mana kita harapkan non-Muslim menghormati amalan kita apabila mereka datang ke masjid?

Jawapan:


Sebagai Muslim, kita menghormati orang lain dan kebebasan mereka utk beribadat, tetapi kita tidak bertolak-ansur dlm hal iman kita hanya utk menunjukan rasa hormat. Jadi bila Muslim melawat tempat ibadat agama lain kerana sebab yg boleh diterima, mereka mesti menghormati tetapi tidak melakukan sebarangan yg dilarang oleh Islam.

Menjawab pertanyaan, Dr. Muzammil H. Siddiqi, president Majlis Fiqh Amerika Utara, menyatakan yg berikut:

Setiap agama ada tempat ibadat mereka sendiri dan ia mesti dibiarkan kpd penganut agama itu. Org luar tidak sepatutnya pergi kesana melainkan ada sebab, seperti program antara-agama atau majlis khas, seperti perkahwinan atau pengkebumian saudara atau rakan.


Bila anda melawat tempat ibadat penganut agama lain, anda mesti menghormati tetapi tidak melakukan sebarangan yg bercanggah dgn Islam. Islam tidak membenarkan tunduk atau melutut di depan berhala, patung, atau paderi/sami. Anda mesti mengelakkan perkara ini. Jika ada upacara sembahyang di mana pengunjung sembahyang kpd yg lain dari Allah, maka anda mesti kekal diam dan tidak menyanyi atau membaca lagu atau doa itu.


Sebagai Muslim, kita menghormati orang lain dan kebebasan mereka utk beribadat, tetapi kita tidak bertolak ansur dlm hal iman kita hanya utk menunjukan rasa hormat.

Terjemahan dari:
Entering Other Religions' Places of Worship


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1150542095212&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Penterjemah zul yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

06 July 2006

Memahami Politik dlm Islam - Fiqh al Siyasah

Artikel ini dipetik dari laman Islamonline.com. Ironinya, artikel ini adalah ringkasan dari pemikiran Dr Yusuf al-Qaradhawi tentang fiqh al-dawlah.


Memahami Politik dlm Islam - Fiqh al Siyasah
Ubahsuai dan disusun semula dari kitab Fiqh al-Dawlah tulisan Professor Yusuf al Qaradawi.


1. Apa matlamat politik dlm Islam?

Mengikut kepada Al-Mawardi dlm kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, ia adalah hirasatud din wa siasatud dunya – utk menegakkan agama dan menguruskan dunia. Politik bukan munkar – bukan kejahatan - politik sejati adalah suci dan mulia kerana ia menguruskan hal-ehwal semua makhluk, membawa manusia lebih dekat kpd kebaikan dan lebih jauh dari fasad - kejahatan. Mengikut kepada Ibn al-Qayyim, politik adalah keadilan sebenar Allah SWT dan Rasul Nya (SAW).



Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ahli politik juga nabi yg menyebarkan risalah, murabbi - guru, Qadi – Ketua Hakim, Ketua Negara dan Imam kpd ummah. Khulafa' al Rasyidun – pemimpin yg benar yg menggantikan baginda adalah juga ahli politik mengikut Sunnah – jalan Nabi, mendirikan pentadbiran yg adil, mengamalkan ihsan – menyeru kpd kebaikan dan menyediakan kepimpinan yg berilmu dan beriman .


Bagaimanapun sekarang, disebabkan kpd 'politik' manusia menderita disebabkan penipuan dan pembohongan politik dan temberang dan ahli politik yg putar-alam, sama ada dlm bentuk penjajahan yg lalu, pemerintah zalim, pemimpin memindas dan kerajaan yg menyebarkan falsafah Machiavellian (matlamat menghalalkan cara!).



Adalah menjadi kebiasaan untuk melabelkan dan menyifatkan Muslims taat sebagai 'berfahaman politik' jadi mereka dianggap kejam dan menindas dgn tujuan utk memecah-belah dan menjauhkan manusia dari mereka, dgn niat masyarakat akan hina dan benci apa yg dipanggil 'politik Islam'. Hal yg menjadi symbol Islam seperti tudung, pakaian menutup aurat dan solat Jemaah ditohmah sebagai 'politik'.



Adalah pembohongan nyata utk sesiapa yg berkata tiada agama dlm politik dan tiada politik dlm agama. Penipuan ini pernah dicuba dlm bentuk fatwa - sedangkan ahli Ikhwan al-Muslimun dipenjarakan di kem tahanan di Mesir dlm tahun 50an. Regim itu mahu utk mempengaruhi org awam utk menganggap aktivis itu dan Dai' (org yg mahu menegakkan Syari'ah, Al-Qur'an dand As-Sunnah) adalah penyebar fasad – kejahatan dgn menggunakan 'ulama korup yg diupah.

2. Usaha menentang Fasad dan Zulm (Kejahatan, kekejaman dan penindasan) adalah Jihad terutama
Dari maksud hadith Nabi (mafhum hadith):



Munkar tidak terhad kpd khamr (arak), berjudi dan zina (seks haram) tetapi merendahkan dan mencemarkan maruah dan martabat manusia dan rakyat adalah mungkar utama, jadi sama dgn menipu dlm pilihanraya, menolak utk memberikan persaksian – cuai utk mengundi, membiarkan kerajaan berada ditangan mereka yg tidak berkelayakan dan memerlukan, mencuri dan membolot kekayaan dan harta Negara, memonopoli keperluan rakyat utk habuan peribadi dan kepentingan kroni, menahan manusia tanpa salah atau sebab yg adil, tanpa perbicaraan dari mahkamah yg adil, menyiksa manusia dlm penjara dan kem tahanan, memberi, menerima dan menjadi perantara dlm rasuah, mendiamkan diri, mengampu pemimpin jahat, membenarkan musuh Allah dan musuh ummah Muslim menjadi memimpin dan membelakangkan org yg beriman - mu'min.


Ini semua ialah penyimpangan yg nyata!


Apabila seseorang Muslim kekal diam semasa melihat semua ini bermakna dia sepatutnya tidak hidup - mafhum dari ayat Quran dan al-hadith.





Islam mengkehendaki setiap Muslim ada tanggung-jawab politik. Seorang Muslim adalah dikehendaki oleh Iman nya - supaya benar-benar prihatin dengan hal-ehwal dan masalah ummah, menolong dan membela si daif dan si lemah, melawan kekejaman dan penindasan. Dgn berundur dan mendiamkan diri, ia akan hanya menjemput bala Tuhan dan akan disambar oleh api neraka (mafhum ayat).



3. Kebebasan Politik ialah Keperluan Utama Kini


Islam sentiasa awet muda, risalahnya tersebar luas, kebangkitannya, seruannya berterusan boleh didengar walaupun jika diberi kebebasan terhad. Maka usaha utama ialah utk mendapatkan kebebasan utk menyebarkan risalah da'wah, risalah tawhid (keesaan Tuhan), menyebarkan kesedaran dan membolehkan kewujudan pergerakan Islam.




Demokrasi sejati bukan kehendak dan alat pemerintah zalim atau kroni mereka, ia bukan alat utk menahan atau menahan pejuang-pejuangnya dan bukan tempat menyiksa penyokongnya.


Demokrasi ialah jalan paling mudah dan tepat utk mencapai matlamat kehidupan mulia, yg boleh mengajak manusia kpd Allah dan Islam, yg boleh mengajak manusia kpd Iman tanpa perlu jiwa kita dipenjarakan dan badan kita dihukum bunuh dgn hukum gantung. Ia adalah tempat bangsa bebas dan mulia utk mempunyai hak utk memilih, menilai pemerintah, menukar kerajaan tanpa rampasan kuasa dan tanpa pertumpahan darah.



Teori, cara dan sistem demokrasi yg kelihatan janggal boleh digunakan jika ia memberi manfaat kpd kita dan selagi ia tidak bercanggah dgn ajaran Islam yg jelas dan hukum Syariah. Kita nilai, ubah mengikut semangat kita, kita tidak menggunakan falsafahnya, dan kita tidak membenarkan apa yg dilarang dan sebaliknya. Kita tidak membuang atau bertolak-ansur dgn hal yg di fardukan atau diwajibkan dlm Islam.



Idea umum demokrasi ialah orang awam, rakyat boleh memilih pemimpin yg akan memimpin mereka; rakyat ada hak utk memilih, mengkritik dan membatalkan; dan rakyat tidak dipaksa utk menerima sistem, trends, dan polisi yg mereka tidak bersetuju dan mereka tidak di salahguna. Mereka bebas utk membuat pilihanraya, referendums, memastikan hak majority, melindungi hak minoriti, membuat bangkangan, mempunyai pelbagai parti, mempunyai kebebasan akhbar dan melindungi kebebasan kehakiman. Tetapi mesti kekal berpegang dan menjaga prinsip2 Islam, hukum yg tetap, the al-thawabit:hukum yg telah ditentukan - hukm qat'i, al- daruri – asas-asa agama dan perkara bukan-ijtihad tidak boleh bertolak-ansur atau ditinggalkan.


Syura:


Syura atau membuat keputusan dgn mesyuarat mesti diikuti dan bukan hanya menjadi alat berdebat. Dgn mengamalkan syura, ia lebih dekat, bahkan lebih baik dari semangat demokrasi. Ia tidak lain permata hilang yg telah dijumpai, kepandaian(al-hikmah) yg hilang - yg telah ditemui semula.



Syura membolehkan musyawarah utk dilaksanakan, mendapatkan pandangan dan pendapat, menjadi tanggung-jawab rakyat utk menasihat dan memimpin kerajaan (ad-dinu nasiha) dan menegakkan amar ma'ruf nahy munkar – menggalakkan kebaikan dan melarang maksiat/kejahatan. Antara tanggung-jawab amar ma'ruf nahy munkar adalah jihad tertinggi iaitu menyuarakan kebenaran didepan pemerintah zalim.


Keadaan Politik Ummah:

.

Musibah atau malapetaka yg menimpa ummah dulu dan sekarang ialah ketiadaan dan kepupusan system syura dan penggunaan system pemerintahan dinasti yg memindas. Dlm era moden, diktator terus berkuasa dgn kuasa tentera dan harta - kuasa dan kekayaan menyebabkan syariah ditinggalkan, sekularisma dipaksakan dan pembudayaan barat dilaksanakan. Dakwah Islam dan pergerakkan Islam menjadi mangsa, dizalimi, dipenjarakan dan diburu dgn kejam.



4. Contoh dari al-Qur'an mengenai Pemerintah Zalim ]

Al-Qur'an mengutuk semua pemerintah berkuasa iaitu Namrud, Fir'aun, Hamaan dan Qarun. Namrud adalah taghut – seorang pelampau yg menghambakan hamba Allah sebagai hambanya.


Ada pakatan tiga pihak:

Fir'aun – dia mendakwa sebagai Tuhan, melaksanakan kekejaman dan penindasan di bumi, memperhambakan rakyat

Hamaan – ahli politik yg licik, berpengalaman, mempunyai kepentingan diri, berkhidmat kpd, mengampu dan menyokong Fir'aun dan menipu rakyat, memperhambakan mereka.

Qarun - Kapitalis atau feudalist yg mengambil peluang dari undang-undang menindas dan tidak-adil, membelanjakan harta utk pemimpin zalim dgn tujuan utk keuntungan dan menimbun lebih banyak harta, memerah dan mengeksploitasi penat-lelah rakyat. Asal Qarun ialah dia datang dari kerabat Nabi Musa yg bersubahat dgn Fir'aun kerana cinta kpd kehidupan dunia dan kebendaan.


Gabungan taghut dan kezaliman menyebabkan tersebarnya bencana dan kemusnahan masyarakat, memperhambakan rakyat dgn kuasa dan penghinaan.


Rakyat:


Al Qur'an mengutuk rakyat atau warganegara yg taat dan patuh kdp pemimpin zalim. Rakyat yg kekal dibawah perlindungan taghut adalah bertanggung-jawab dan memikul beban penuh disebabkan kpd sifat mereka yg menyokong fir'aun- fir'aun dan taghut- taghut ini.

Al-Junud (Pengkhianat):



Ini ialah tentera dan pelaksana undang- undang dan peraturan taghut. Mereka menggunakan kuasa, ketakutan dan penindasan utk membuang dan menindas semua pembangkang dan penentang pemerintah zalim.



5. Contoh Pemerintahan

Balqis, Ratu Saba' spt yg diceritakan dlm al- Qur'an ialah seorang perempuan yg memimpin kaum baginda dgn baik, adil dan memimpin mereka dgn kebijaksanan dan kepandaian menyelamatkan kaum mereka dari perang yg membinasakan dan membuat keputusan dgn syura-bermesyuarat dgn mereka. Akhirnya, kisah ini tamat dgn penerimaan Islam. Dia memimpin kaum baginda kpd kebaikan dunia dan akhirat.



Pemimpin seperti baginda adalah lebih mampu dan layak dgn pentadbiran baik dan bagus dari kebanyakan pemimpin ‘lelaki” Arab dan Muslim sekarang. (Prof. Yusuf Qaradawi mengelak menggunakan istilah 'al-rijal')



6. Kepelbagaian dan Banyak Parti dlm Islam

Kewujudan pelbagai parti atau pergerakkan tidak dilarang selagi penyatuan tidak dicapai disebabkan perbezaan dari segi matlamat, pendekatan, pemahaman dan tahap keyakinan dan kepercayaan. Kepelbagaian dan pengkhususan adalah dibenarkan selagi mereka tidak menjadi bercanggah dan berlawanan. Bagaimanapun setiap orang mesti bersatu dlm barisan apabila berdepan dgn cabaran aqidah - iman, syariah, ummah dan kelangsungan Islam. Perhubungan antara parti2 dan kumpulan2 mesti dlm suasana yg bukan -prejudis, memaafkan, kemuliaan, mengutamakan kebenaran dan berkeyakinan, berhikmah dan terlibat dlm perbahasan yg aman & sihat.

Bahkan apabila Negara Islam ditubuhkan maka tiada alasan utk merasa duka pada kewujudan kepelbagaian dan perbezaan.

7. Nasihat dan Penglibatan yg Tepat dlm Politik

Tanpa pertumpahan darah, cara paling berkesan disebabkan akibat perjuangan panjang dan menyakitkan ialah kewujudan kuasa politik yg kerajaan berkuasa tidak mampu utk menahan atau membuang: iaitu kewujudan parti politik. Kerajaan yg memerintah boleh menghapuskan individu2 dan kumpulan2 kecil pembangkang tetapi adalah sukar utk mereka utk mengalahkan atau membuang organisasi besar yg terbina baik, tersusun dan berakar-umbi dlm masyarakat yg ramai. Parti politik ada platform, machinery, suratkhabar dan penerbitan juga pengaruh yg besar.



Parti politik atau pergerakkan politik mesti menentang penindasan, membenarkan kritikan, membawa semula kerajaan utk menegakkan kebenaran dan keadilan, menjatuhkan atau menukar kerajaan. Parti-parti ini mampu mengawasi dan menilai kerajaan, memberikan nasihat dan kritikan.


8. Mengundi

Mengundi dlm pilihanraya ialah satu bentuk persaksian. Persaksian yg adil diterima selagi seseorang tidak disabitkan jenayah. Sesiapa yg mengundi atau tidak mengundi dlm pilihan raya menyebabkan kekalahan calon yg amanah dan baik sebaliknya membenarkan calon yg tidak amanah dan kurang baik menang, orang itu telah menentang perintah Allah mengenai memberi persaksian.


Perterjemah: Zul Yusoff
http://zulyusoff.blogspot.com