Skip to main content

Memasuki Tempat Ibadat Agama Lain

Soalan:

Bolehkah Muslim masuk ke tempat ibadat agama lain, seperti kuil atau gereja, dan mengikuti amalan mereka dgn tujuan memberi penghormatan, seperti mana kita harapkan non-Muslim menghormati amalan kita apabila mereka datang ke masjid?

Jawapan:


Sebagai Muslim, kita menghormati orang lain dan kebebasan mereka utk beribadat, tetapi kita tidak bertolak-ansur dlm hal iman kita hanya utk menunjukan rasa hormat. Jadi bila Muslim melawat tempat ibadat agama lain kerana sebab yg boleh diterima, mereka mesti menghormati tetapi tidak melakukan sebarangan yg dilarang oleh Islam.

Menjawab pertanyaan, Dr. Muzammil H. Siddiqi, president Majlis Fiqh Amerika Utara, menyatakan yg berikut:

Setiap agama ada tempat ibadat mereka sendiri dan ia mesti dibiarkan kpd penganut agama itu. Org luar tidak sepatutnya pergi kesana melainkan ada sebab, seperti program antara-agama atau majlis khas, seperti perkahwinan atau pengkebumian saudara atau rakan.


Bila anda melawat tempat ibadat penganut agama lain, anda mesti menghormati tetapi tidak melakukan sebarangan yg bercanggah dgn Islam. Islam tidak membenarkan tunduk atau melutut di depan berhala, patung, atau paderi/sami. Anda mesti mengelakkan perkara ini. Jika ada upacara sembahyang di mana pengunjung sembahyang kpd yg lain dari Allah, maka anda mesti kekal diam dan tidak menyanyi atau membaca lagu atau doa itu.


Sebagai Muslim, kita menghormati orang lain dan kebebasan mereka utk beribadat, tetapi kita tidak bertolak ansur dlm hal iman kita hanya utk menunjukan rasa hormat.

Terjemahan dari:
Entering Other Religions' Places of Worship


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1150542095212&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Penterjemah zul yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...