Skip to main content

Hukum mengenai meletakkan satu pisau atas seorang anak utk melindunginya

Hukum mengenai meletakkan satu pisau atas seorang anak utk melindunginya

Soalan:

Saya telah melihat sesetengah orang meletakkan satu pisau atas anak-anak kecil mereka dan berkata, "Ini adalah supaya jinn tidak boleh datang kpd nya." Adakah amalan ini dibenarkan?

Jawapan:

Ini adalah perbuatan terlarang dan tiada sumber sahih mengenainya. Ianya tidak dibenarkan utk berbuat demikian. Apa yg dibenarkan dlm hukum adalah utk memohon dari mereka dgn kalimat Allaah yg sempurna dari kejahatan dan serangga beracun, seperti yg telah disahkan oleh Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam).

Dia selalu memohon perlindungan dgn ayat-ayat itu utk cucu-cucu baginda al-Hasan dan al-Husayn Ibn 'Ali. Adalah dibenarkan utk berdoa utk mereka dgn memohon Allaah utk melindungi mereka dari setiap kejahatan. Tetapi utk meletakan pisau atau sesuatu yg sama dari besi, kayu atau bahan-bahan lain, dgn kepercayaan ianya akan melindungi mereka dari jinn, itu adalah amalan jahat yg tidak dibenarkan. Sama dgn hukum berkenaan mengantung tangkal atas mereka, yg dipanggil al-tama'im. Ini adalah tidak dibenarkan kerana Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) bersabda:

((Sesiapa yg mengantungkan satu tangkal, Allaah tidak akan sempurnakan [hal nya] utk dia)).

Dlm satu riwayat lain, Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) bersabda:

((Sesiapa memakai satu tangkal telah membuat syirik)).

Semoga Allaah mengurniakan kefahaman agama atas semua Muslims, dan kekuatan dlm agama. Kita memohon pelindungan utk diri kita dan mereka dari apa-apa yg berbeza dari hukum Nya yg suci.

Shaykh Ibn Baaz (Semoga Allah merahmati ruhnya)

Fataawa al-Mar.ah

Terjemahan dari:

The ruling concerning putting a knife on a child in order to protect him

http://www.fatwa-online.com/fataawa/creed/amulets/9991018_2.htm

Terjemahan zulyusoff: http:// zulyusoff.blogspot.com




Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.