Skip to main content

ISLAM BERMULA SEBAGAI SESUATU YANG ASING

ISLAM BERMULA SEBAGAI SESUATU YANG ASING

SOALAN:
Apa yang dimaksudkan dengan hadith ini: “Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya .”?.


JAWAPAN :
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Muslim (145) dari Abu Hurairah yang berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya, jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu.”

Al-Sindi berkata dalam Haashiyat Ibn Maajah:

Asing” merujuk kepada bilangan kecil pengikutnya. Makna dasar ghareeb (seorang asing ) ialah berada jauh dari tanah air seseorang. “akan kembali menjadi asing” merujuk kepada bilangan kecil yang akan taat kepada ajarannya walaupun pengikutnya ramai. “jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu” bermakna mereka yang mengikuti perintahnya. “Tooba (khabar gembira)” telah ditafsir sebagai Syurga atau sebuah pokok besar dalam Syurga. Ini menunjukkan yang menyokong Islam dan mengikuti perintahnya mungkin memerlukan meninggalkan tanah air seseorang dan kesabaran menahan kesusahan sebagai seorang asing, seperti masa permulaannya.

Dalam Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi memetik al-Qaadi ‘Iyaad sebagai berkata mengenai makna hadith ini:

“Islam bermula dikalangan beberapa orang, kemudia ia berkembang dan menang, kemudian ia akan berkurangan bilangannya sampai tinggal hanya beberapa orang tinggal, seperti masa permulaannya.”
Disebut dalam Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 2/170:



Makna hadith ialah Islam bermula sebagai sesuatu yang asing, apabila Rasulullah (SAW) mendakwahkan manusia kepada Islam, tetapi tiada siapa peduli kecuali beberapa disini dan di sana. Pada masa itu ia adalah sesuatu yang asing kerana pengikutnya adalah seperti orang asing dikalangan yang lain dan mereka adalah kecil dan lemah dalam bilangan, berbanding kepada bilangan besar dan kekuatan musuh mereka yang yang menindas Muslim. Kemudian sebahagian mereka berhijrah ke Habsyah, melarikan diri kerana agama mereka dari ujian dan untuk menyelamatkan diri mereka dari penyiksaan dan penindasan, dan Rasulullah(SAW) berhijrah atas perintah Allah ke Madinah, selepas menderitai penindasan hebat dan dengan harapan Allah akan memberikan baginda pengikut untuk menyokong baginda dalam dakwah baginda dan menyokong Islam. Allah menunaikan harapan baginda, memberi kemenangan kepada pasukan baginda dan menyokong hamba nya. Negara Islam telah didirikan dan Islam berkembang, dengan pertolongan Allah, diserata tempat; Allah menjadikan perkataan kufur terhina dan perkataan Allah adalah (selalu) termulia, kerana Allah Taala adalah Bijaksana, dan kemuliaan, kekuasaan dan kemenangan adalah bagi Allah, dan Rasul Nya, dan orang mu’min [cf al-Munaafiqoon 63:8]. Ini berterusan untuk jangkamasa panjang, kemudian perpecahan dan pertelingkahan tersebar dikalangan Muslim dan kelemahan dan kegagalan bertambah berterusan, sehingga Islam sekali lagi menjadi sesuatu yang asing seperti masa permulaannya. Ini bukan kerana bilangan mereka kecil, kerana pada masa itu mereka akan ramai, tetapi ini disebabkan mereka tidak mentaati agama mereka atau bergantung kepada Kitab Tuhan mereka dan ajaran Rasulullah(SAW), berpecah dari apa yang Allah kehendaki. Jadi mereka menjadi beralih perhatian dan berpaling untuk berlumba-lumba dalam urusan duniawi, seperti mereka yang datang sebelum mereka, dan mereka berebut-rebut dikalangan mereka untuk memimpin. Jadi musuh Islam menemui satu jalan masuk dan mereka menjajah tanah-tanah mereka, memalukan orang mereka dan melayan mereka dengan teruk. Inilah jalan yang Islam kembali menjadi asing seperti masa permulaannya.


Ramai ulama-ulama – termasuk Sheikh Muhammad Rasheed Rida – berpendapat yang hadith ini memberi khabar gembira akan satu kemenangan kedua Islam selepas ia menjadi sesuatu yang asing semula. Mereka anggap ini atas kiasan yang di gunakan oleh Nabi (SAW) apabila baginda bersabda, “…akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya.” Jadi selepas permulaan asing dan terpinggir Muslims akan menang dan Islam berkembang, ini akan terjadi lagi selepas tempoh kedua asing dan terpinggir.


Pandangan ini lebih tepat, dan ia disokong oleh apa yang disahkan dalam hadith- hadith mengenai al-Mahdi dan kedatangan Nabi Isa (AS) pada akhir zaman, apabila Islam akan berkembang dan Muslim akan menang, dan kufur dan orang kafir akan dikalahkan.



Terjemahan dari:

Islam began as something strange
http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/fatwah_story.asp?service_id=473

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.