MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’
SOALAN:
Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an?
JAWAPAN:
Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci.” (Al-Waqi`ah: 79)
Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:
"Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka. Bagaimanapun terdapat beberapa pengecualian kepada hukum di atas :
Pertamanya , adalah dibenarkan untuk pelajar-pelajar dan guru-guru untuk memegang atau membawa al-Qur’an tanpa wudu', dan pengecualian ini berdasarkan kepada hukum darurat. Dalam kata lain, mewajibkan mereka mengambil wudu' setiap kali mereka memegang atau membawa al- Qur’an akan menyebabkan kepayahan berlebihan, dan menjadi satu penghalang dalam jalan mempelajari atau menghafal al-Qur’an.
Keduanya, walaupun secara umum tidak dibenarkan untuk memegang atau membawa al-Qur’an tanpa wudu', adalah dibenarkan untuk memegang kitab-kitab Tafsir, buku-buku doa atau buku-buku Islam yang mengandungi sejumlah besar kandungan al-Qur’an, dengan syarat jumlah bahan bukan Qur'an adalah lebih besar drp jumlah al-Qur’an sendiri. Kita mesti jelaskan yang terdapat beberapa ulama, termasuklah beberapa Sahabat terkenal seperti Ibn `Abbas – yang berkata: Wudu' adalah bukannya syarat wajib untuk memegang atau menyentuh al-Qur’an. Ulama-ulama ini membenarkan orang untuk memegang atau menyentuh al-Qur’an tanpa wudu' kalau mereka mahu, selagi mereka bebas dari hadas besar.
Kesimpulannya , biar kita katakan: Adalah amatlah digalakkan untuk seseorang Muslim untuk cuba sedaya-upaya nya untuk berada dlm keadaan wudu' sambil memegang atau membawa al-Qur’an. Tetapi jika dia tidak boleh berbuat demikian kerana sebab-sebab yg dikecualikan, adalah dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa melibatkan dosa.”
Terjemahan dari:
Reading or Holding the Qur'an without Wudu'
http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/fatwah_story.asp?service_id=306
terjemahan zulyusoff

Comments
--> ini didapati drpd bukan hadith shahih dan berkemungkinan kafir menggunakannya untuk menjauhkan umat islam dari Quran.
--> mengenai ayat al-quran yang menyebutkan kecuali bagi yang suci, ulama sependapat itu adalah terdiri daripada golongan malaikat yang suci.
--> wawlahuaklam. moga2 Allah melindungi kita