Skip to main content

Menentukan Jantina Fetus

Menentukan Jantina Fetus

Soalan:

Pada masa sekarang, ianya sangat mudah utk mengetahui jantina fetus melalui kaedah amniocentesis (mengambil satu jumlah kecil cecair amniotic dan menganalisa sel-sel fetus di dalam nya). Ramai wanita menggunakan kaedah amniocentesis utk mengetahui jantina bayi mereka, dan sesetengahnhya bahkan menggugurkan bayi mereka jika jantina itu tidak mereka mahukan. Saya faham yg Islam melarang pengguguran melainkan nyawa ibu dlm bahaya.


Seorang pakar perubatan boleh campur tangan utk memilih jantina anak sebelum mengandung berdasarkan pengesanan perbezaan antara sperma lelaki dan perempuan. Adakah ianya dibenarkan dlm kes ini utk memilih jantina anak seseorang?

Jawapan:

Ingatlah yg anak-anak—lelaki atau perempuan—adalah anugerah Allah. Jadi, seseorang Muslim sepatutnya menerima anugerah Allah dengan gembira dan syukur.

Menentukan jantina fetus sebelum mengandung tidak menyalahi moral agama, tidak menganggu iman, kerana ianya tidak lain drp menggunakan kemudahan-kemudahan yg diberikan kepada kita oleh Allah. Apa yg terjadi selepas penggunaan itu terserah kepada Pencipta kemudahan-kemudahan itu. Ketentuan itu adalah milik Nya, Dia yg Maha Besar. Kaedah itu tidak di anggap sebagai mengubahsuai ciptaan Allah; kerana sperma adalah sperma dan ovum adalah ovum, dan satu-satunya campur tangan adalah persenyawaan ovum itu dgn sperma jenis tertentu, sedangkan kedua-duanya adalah ciptaan Allah.

Adalah diketahui terdapat dua jenis kromosomes jantina, X dan Y. Seseorang perempuan ada dua X kromosomes, sedangkan seorang lelaki ada satu X dan satu Y kromosome. Apabila satu sperma yg mengandungi satu X kromosome bersenyawa dgn satu telur, terhasil anak perempuan. Apabila satu sperma yg mengandungi satu Y kromosome bersenyawa dgn satu telur, terhasil anak lelaki.

Kajian-kajian telah dijalankan utk menentukan perbezaan antara sperma membawa X kromosome dan sperma membawa Y kromosome. Adalah terbukti yg mereka berbeza dr segi berat, kelajuan, kesan elektrik, kemampuan utk menembusi ke dlm dan melalui satu medium melekit, dan tahap aktiviti mereka mengikut interaksi kimia. Perbezaan-perbezaan itu telah digunakan utk menjadikan satu drp mereka mendahului yg lain dlm persenyawaan telur itu, dan maka menentukan jantina fetus.

Bagaimana pun, adalah mesti dijelaskan mengikut pandangan hukum Islam pemilihan jantina adalah haram apabila ianya di amalkan pd peringkat negara. Pada peringkat individu, adalah tiada salah dari segi hukum dgn percubaan utk memenuhi niat pasangan yg telah berkahwin utk memiliki anak lelaki atau anak perempuan melalui kemudahan perubatan yg ada.


Menjawab persoalan, Dr. Sano Koutoub Moustapha, professor fiqah dan dan prinsipnya, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, menyatakan:

Terima kasih utk soalan anda. Yg pasti, Keputusan akhir dan muktamad jantina seseorang anak adalah dlm tangan Allah; kerana, Dia adalah Pencipta. Dlm hal ini, seseorang sepatutnya yakin yg kajian-kajian saintifik tidak akan berlawanan dgn ketentuan Allah.

Saya ingin tegaskan yg tiada salahnya dlm mencari jalan dan cara yg mungkin menolong memperolehi anak perempuan atau lelaki, selagi caranya adalah halal dan dibenarkan. Dlm kata lain, seseorang tidak sepatutnya menggunakan sebarang cara haram yg mendorong kepada pengguguran seseorang anak kerana jantinanya.

Terjemahan dari: Determining the Sex of the Fetus

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549672&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff http:// zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.