Skip to main content

Penentuan Keturunan Sebelah Bapa Melalui DNA


Penentuan Keturunan Sebelah Bapa Melalui DNA

Soalan:

Apa pandangan Islam mengenai membuktikan keturunan sebelah bapa melalui DNA?


Jawapan:

DNA adalah asid deoxyribonucleic yang membawa maklumat genetik dalam sel dan boleh membina dirinya sendiri dan sintesis dari RNA atau asid ribonucleic. Ianya bertanggung-jawab untuk menentukan sifat-sifat keturunan seseorang.

Pada sessi ke 16, Akademi Fiqah Islam menyatakan resolusi nya, yang menyebut adalah tidak dibenarkan untuk seseorang suami untuk bergantung kepada analisa DNA untuk menafikan keturunannya sebagai bapa atas seorang anak yang dilahirkan isterinya dlm perkahwinan. Dalam Syariah, satu-satunya cara seorang lelaki boleh menafikan keturunannya sebagai bapa atas seorang anak yang dilahirkan isterinya ialah melalui lian dengan syarat-syarat hukum nya. Maka, DNA tidak boleh dipakai sebagai kaedah untuk mengesahkan keturunan sebagai bapa atas anak-anak yang keturunannya telah ditetapkan hukum (kalau mereka dilahirkan dalam perkahwinan).

Bagaimana pun, tiada salah untuk bergantung kepada analisa DNA dalam menentukan keturunan sebelah bapa dalam kes-kes perbicaraan mengenai seseorang anak yang tidak diketahui keturunan, sama ada perbicaraan disebabkan ketiadaan bukti; atau jika terdapat bukti seimbang dari kedua-dua pihak dlm perbicaraan; atau kepada seorang lelaki yang bersetubuh dengan ibu anak itu akibat kesilapan (iaitu, telah bersetubuh dengan nya akibat tersalah berfikir yang perempuan itu adalah isteri dia).

DNA juga boleh diguna-pakai dalam menentukan keturunan sebelah bapa kanak-kanak dalam kes-kes percampuran bayi-bayi yang baru dilahirkan di hospital-hospital, pusat-pusat penjagaan kanak-kanak, atau tempat lain. Ini termasuk juga kepada percampuran bayi tabung-uji dan kepada kes-kes dimana kanak-kanak hilang akibat kemalangan, bencana, atau perang dan keluarga mereka tidak lagi di temui. DNA juga menolong menentukan identiti mayat yang tidak dikenali juga tahanan perang dan orang hilang.

Resolusi Akademi Fiqah Islam adalah seperti berikut:


Puji-pujian hanya kepada Allah, dan selawat dan salam kepada Penutup Nabi-nabi.
Pada sessi ke-15, majlis Akademi Fiqah Islam mengesahkan takrifan yang diberikan kepada DNA, kepada kesan DNA merujuk kepada struktur genetic yang menentukan sifat-sifat keturunan individu setiap orang.

Pihak majlis telah juga mengkaji kajian-kajian dan pelajaran-pelajaran saintifik berkaitan dengan nya mengenai DNA, yang mana ujian DNA telah terbukti sebagai satu alat kajian yang boleh dipercayai dalam forensic dan ia boleh diambil daripada sebarang sel dalam darah, air liur, air mani, air kencing dan sebagainya.
Pihak majlis juga telah menugaskan satu jawatankuasa untuk megadakan satu kajian lapangan lengkap mengenai DNA dan membaca laporan yang disediakan kemudiannya atas perkara itu. Mereka telah mengkaji kajian-kajian yang di rujuk kepada mereka mengenai perkara itu oleh ulama-ulama, doctor-doktor, dan pakar-pakar, dan mendengar kepada perbincangan yang telah diadakan.

Mengikut kepada kajian-kajian itu, DNA adalah jelas terbukti dalam mengesahkan atau membatalkan keturunan sebelah bapa kanak-kanak dan dalam mengenal-pasti mayat-mayat atau yang tercedera dalam kemalangan. Maka ianya kaedah jauh lebih tepat dalam membuktikan dan mengenal-pasti keturunan saudara-mara berbanding daripada persamaan wajah antara mereka.

Adalah juga terbukti yang kalau berlakunya sebarang kesilapan berkenaan ujian ujian, ini tiada kaitan dengan DNA itu sendiri yang menunjukkan sifat-sifat keturunan orang terbabit, tetapi disebabkan kepada kepada salah guna atau faktor-faktor pencemaran dan seumpamanya.

Berdasarkan perkara diatas, majlis Akademi Fiqah Islam, dalam sessi nya ke-16, yang telah berlangsung di Makkah, 21-26 Ramadan 1422 Hijrah, (5-10 Oktober 2002), memutuskan yang berikut:

1. Tiada larangan dalam Syariah mengenai bergantung kepada analisa DNA dalam penyiasatan polis dan memandangkan ianya satu kaedah berkesan melawan pelaku jenayah yang tidak melibatkan hukuman hudud yang telah ditetapkan atau pembalasan kematian, sepertimana ulama-ulama menyatakan yang hudud adalah mesti dipertahankan untuk berlakunya keraguan paling sedikit. Ini membina keadilan dan keselamatan dalam masyarakat, di samping ianya menolong menghukum pelaku jenayah dan menbela tertuduh yang tidak berdosa, yang mana ia satu matlamat penting Syariah.

2. Kerahsiaan dan keselamatan mesti dijamin dalam pengunaan DNA dalam menetapkan keturunan. Bahkan, nas agama (daripada al-Qur'an dan Sunnah) dan hukum-hukum Syariah mesti diberi keutamaan berbanding DNA sebagai bukti dalam hal ini.

3. Adalah diharamkan dalam Syariah untuk bergantung kepada analisa DNA sebagai bukti dalam menafikan keturunan seseorang atas seorang anak yang dilahirkan oleh isterinya, juga diharamkan untuk mengutamakan nya berbanding li`an.

4. Adalah diharamkan pengunaan analisa DNA untuk mengesahkan keturunan kanak-kanak yang keturunannya telah disahkan undang-undang. Pihak berkuasa berkaitan mesti menghalang berlakunya perkara seperti itu, dan bahkan, mengenakan pencegahan menghalang perkara seperti itu dengan tujuan untuk melindungi reputasi manusia dan untuk melindungi keturunan mereka.

5. Adalah dibenarkankan untuk bergantung kepada analisa DNA dalam menentukan keturunan dalam kes-kes berikut:

a. Dua lelaki dalam perbicaraan mengenai keturunan seorang anak yang tidak diketahui keturunan, sama ada perbicaraan disebabkan kepada ketiadaan bukti, atau terdapat bukti seimbang daripada kedua-dua pihak yang mendakwa, atau kedua-dua lelaki melakukan persetubuhan dengan ibu anak itu dengan tidak sengaja.
b. Percampuran bayi-bayi yang baru dilahirkan di hospital-hospital and pusat-pusat penjagaan kanak-kanak termasuk juga percampuran bayi-bayi tabung uji.

c. Kes-kes apabila kanak-kanak hilang akibat kemalangan-kemalangan, bencana-bencana, atau perang-perang dan keluarga mereka tidak lagi dijumpai. DNA juga menolong dalam menentukan identiti mayat-mayat yang tidak dikenali termasuk juga tahanan perang dan orang hilang.

6. Adalah diharamkan untuk menjual genome manusia daripada satu kumpulan etnik atau individu, as ia mungkin membawa bahaya kepada mereka. Adalah diharamkan untuk memberikan genome sebagai hadiah kepada sebarang organisasi atau individu.

7. Pihak akademi mencadangkan perkara-perkara berikut:

a. Negara-negara menghalang penggunaan pemeriksaan DNA melainkan dengan perintah mahkamah dan pemeriksaan itu dijalankan dalam makmal-makmal yang berkaitan dengan badan-badan berkenaan. Negara-negara mesti menghalang the pihak swasta dari melaksanakan ujian DNA kerana ia biasanya bermatlamatkan keuntungan, dan ini mungkin membawa kepada risiko yang besar.

b. Satu jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar khas, doktor-doktor, dan pentadbir-pentadbir mesti diadakan di setiap Negara untuk menjalankan ujian DNA. Tugas jawatankuasa itu adalah untuk menyelia dan mencadangakan keputusan-keputusan ujian-ujian DNA.

Pihak berkenaan mesti mengambil prosedur-prosedur dan mekanisma-mekasnisma yang diperlukan untuk menghalang penipuan dan pencemaran yang mungkin sample DNA terdedah dalam makmal-makmal berkenaan dengan tujuan untuk menjamin keputusan tepat. Juga, bilangan genes yang digunakan dalam pemeriksaan adalah mesti berkadaran dengan apa yang diperlukan untuk ujian mengikut kepada pakar-pakar dalam bidang itu untuk mengelakkan kebimbangan [mengenai penggunaan gen-gen berlebihan melampau].



Terjemahan dari:
Establishing Paternity Through DNA


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1141277521532&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff zolthegreat@yahoo.com



Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.