Skip to main content

Perhubungan antara Islam dan politik.

Perhubungan antara Islam dan politik.

Nama Mufti: Sheikh Yusuf Al-Qaradawi


Soalan: Apakah itu islam politik?

Jawapan:

Kami ingin merakam penghargaan mendalam kerana kami diberi peluang utk menjawab soalan itu yg kelihatan amat penting ketika serangan musuh-musuh Islam hari ini terhadap agama kita yg sempurna.

Sememangnya Islam ini di serang bertalu-talu dgn tujuan utk memesongkan gambarannya yg sebenar. Bagaimana pun, Musuh-musuh itu tidak mendapat apa-apa dan serangan mereka serta konspirasi mereka tidak akan kemana kerana Allah SWT mempertahankan agama ini dan memperkukuhkan ajaran Nya. Allah SWT telah berfirman:” Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. ” (As-Saff: 8)


Berkenaan soalan mengenai pandangan Islam terhadap politik, kami ingin memetik fatwa lengkap yg di keluarkan oleh ulama terkenal Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berhubungan isu itu; ia berbunyi:


“Pada awal-awal lagi, kita harus menolak tanggapan bahawa Islam itu tidak boleh di kelaskan sebagai politik, ekonomi, sosial, dan sebagai nya. Islam itu adalah agama lengkap yg mencakupi bidang-bidang itu dan pelbagai bidang lain.Ianya meliputi semua aspek kehidupan. Musuh-musuh Islam mahu kita mengkelaskan Islam dan membahagikannya supaya ianya bertentangan sebagai sifat semulajadi Islam sebagai system ketuhanan yg tidak boleh dibahagikan. Mereka mahu mengkelaskan Islam itu sebagai Islam politik, Islam radikal, Islam spiritual, Islam kiri, Islam kanan, Islam terbuka, Islam klasik, Islam cacat, Islam revolusi dan nama-nama lain yg tiada kaitan dgn Islam sebenar.


Bagi kami sebagai muslims hanyalah ada satu Islam yg tidak tertakluk kpd pengkelasan atau pembahagian; ia adalah Islam yg tertakluk kpd Qur’an dan Sunnah. Itulah Islam yg di fahami dan di amalkan oleh Sahabat, pengganti mereka dan generasi muslim hebat yg terlibat dlm membina dan mempromosikan dunia ini. Itulah Islam yg kami percaya bebas drp fahaman menyimpang, nafsu curang dan alasan yg tak munasabah.

Islam mencakupi semua aspek kehidupan:
Ianya adalah jelas kpd semua org yg Islam itu meliputi semua aspek kehidupan; politik, sosial, ekonomi dan aspek lain.Kalau kami mendakwa Islam tiada kaitan dgn politik , jadi ianya akan pupus sebagai ajaran ketuhanan lengkap.
Ada dua sebab mengapa Islam meliputi aspek politik kehidupan

1- Islam mempunyai pendirian jelas terhadap politik dan mempunyai hukum yg berkaitan dgn hal-ehwal yg dianggap sebagai politik.Islam itu bukanlah semata-mata ajaran atau ibadah yg tiada kaitan dgn kehidupan; bahkan, ianya adalah satu ajaran lengkap utk kehidupan manusia. “Islam adalah satu system lengkap, berkaitan dgn semua aspek kehidupan; ianya berkaitan Negara dan tanah air, atau kerajaan dan bangsa; ianya berkaitan akhlak dan kuasa, atau ihsan dan keadilan; ianya berkaitan budaya dan undang-undang, atau pengetahuan dan perundangan; ianya berkaitan kebendaan dan kekayaan , atau pendapatan dan kekayaan; ianya berkaitan Jihad dan dakwah, dan akhirnya ianya adalah fahaman yg benar dan ibadah , spt yg di terangkan oleh Imam Hasan Al-Banna.

2-Sifat seorang Muslim yg sejati yg dimestikan oleh Islam memerlukannya utk terlibat dgn politik. Setiap Muslim dimestikan utk menunaikan tanggungjawab Islam yg menyuruhnya berbuat kebaikan dan mencegah keburukan. Adalah menjadi tanggung jawab setiap Muslim untuk menasihati saudara Muslimnya a dan pemimpin Negara Islam. Kita sebagai Muslims di arah kan dlm surah Al-`Asr supaya menyuruh berbuat kebaikan dan bersabar. Allah berfirman: “Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” (Al-`Asr: 1-3)


Nabi Muhammad SAW menyuruh setiap Muslim utk melawan kejahatan dan menentang ketidakadilan dan jangan menerima penindasan. Ketika di Tanya ttg bentuk Jihad yg terbaik, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bentuk Jihad yg terbaik ialah menegakkan kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim.” Adalah dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Penghulu bg org yg mati syahid ialah Hamzah dan selepasnya seorang lelaki yg di bunuh kerana dia menentang pemerintah zalim dgn menyuruhnya membuat kebaikan dan meninggalkan keburukanIslam menyemai dlm setiap jiwa setiap Muslim semangat dan keazaman utk melawan kejahatan dan pembuatnya dan menentang penindasan dan penindas. Dlm menggalakkan Muslims utk melawan bg pihak yg lemah dan tertindas di mukabumi, Qur’an menjelaskan: “Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau” (An-Nisa': 75)

Adalah satu kesilapan besar dan pemikiran sempit utk mempercayai bahawa had larangan dlm Islam adalah tertumpu hanya kpd melakukan zina, minum arak dan sebagainya; bahkan, lebih luas dimensinya. Ianya meliputi kpd semua perlakuan yg menindas manusia, menipu undi, menekan manusia dan mencampakkan mereka ke dlm penjara tanpa sebarang jenayah; ini semuanya adalah bentuk kejahatan yg nyata. Melantik manusia yg tidak cekap dan memecat org yg layak tanpa sebab munasabah adalah perlakuan yg berdosa, dan , jadi ianya satu bentuk kejahatan


Jadi , ianya adalah jelas bahawa kejahatan yg melibatkan banyak isu-isu yg menjadi tunjang politik mesti dibuang dan dihindari,. Bagaimana seorang Muslim sejati mengelakkan drp berhadapan dgn semua kekejaman dan kejahatan dgn mendakwa yg hal itu adalah di luar batasan Islam? Nabi Muhammad SAW di laporkan bersabda: “Kalau umat ku gagal utk berdepan dgn penindas dan berkata kpd nya: ‘Engkau adalah penindas, maka tiada kebaikan dlm diri mereka.” (riwayat Ahmad dlm Musnad melalui authoriti Abdullah ibn `Amr) Seseorang Muslim sejati tidak boleh tidak mempedulikan di hadapan kejahatan , sama ada ianya bersifat sosial, politik, ekonomi dsb nya. Dia mesti melawan dgn tangannya, kalau tidak, dgn lidah , kalau tidak pun dgn hatinya. Apa yg mendorong seseorang Muslim utk terlibat dlm politik kerana dia dikehendaki menunjukkan rasa prihatin kpd org lain dan prihatin dirinya dgn masalah saudara-saudaranya seagama, kerana Muslims dianggap bersaudara. Dlm Hadith, kita mendengar: “Dia yg tidak melibatkankan dirinya dgn hal-ehwal Muslim tidak boleh menjadi salah seorang drp mereka.” Tambah lagi, semua muslim adalah di arahkan utk melawan penindasan politik sama mereka diarahkan utk melawan ketidak adilan sosial. Kedua-dua nya adalah satu bentuk penindasan dan pelakunya akan di hukum dgn berat. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan mu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” (Hud: 113)


Adalah mesti ditegaskan bahawa tanggungjawab setiap muslim adalah mendorong hidupnya kpd Negara Islam yg berpandukan Qur’an dan Sunnah dan dlm masyarakat yg berasaskan Shari`ah. Ini termasuk undang-undang negera mesti bersumberkan Shari`ah Islam dan semua rakyat mesti di adili berdasarkan kehendak Islam. Adalah jelas tidak salah utk seorang Muslim utk terlibat dlm politik di samping mengamalkan tugas-tugas agamanya. Supaya lebih jelas, dlm mentaati suruhan ayat dlm surah Al-Ma’idah yg berbunyi: “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. ” (Al-Ma’idah: 44), dia akan dianggap terlibat dlm politik sbg mewakili bangkangan terus kpd mana-mana bentuk arahan-arahan pemerintah yg bertentangan dgn hukum Allah.


Sekarang, kita ingin bertanya soalan “Adakah politik itu sesuatu yg buruk?” Yg Jelas jawapannya ialah politik adalah salah satu cabang pengetahuan yg penuh dgn kebaikan, kerana ianya menguruskan hal-ehwal manusia dgn cara terbaik. Imam Ibn Al-Qayyim di laporkan berkata: “ Politik bertujuan menguruskan hal-ehwal manusia dan menyelamatkan kebajikan mereka adalah sesuatu yg mulia selagi ia mesra syariah. Ianya sebahagin drp Shari`ah. Ianya di panggil “politik” utk tujuan penafsiran sahaja.” (At-Turuq al-Hukmiyyah fi as-Siyasah ash-Shar`iyyah by Ibn Qayyim al-Jawziyyah)


Kesimpulannya, adalah perlu di tegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah lelaki yg hebat dlm politik berasakan syariah disamping menjadi guru, panduan dan pemimpin terkemuka. Khufala Arrasyidin juga terlibat dgn politik. Polisi mereka ialah melaksanakan keadilan dan ihsan. Kerana berdepan dgn banyak penyiksaan dan perbantaian oleh pemimpin-pemimpin, ramai org menjauhi politik; kekejaman dilaksanakan terhadap ramai ulama menjadikan mereka rasa tidak peduli terhadap politik, sampaikan yg masyhur Imam Sheikh Muhammad `Abduh berkata: “Aku derlindung dgn Allah drp politik”. Sikap tidak acuh ini terserlah sehingga baru-baru ini apabila ulama mula berpatah balik. Ini disebabkan oleh musuh-musuh Islam yg cuba utk menuduh percubaan utk memulihkan semangat Islam dlm bentuk sempurnanya sebagai seruan kpd Islam politik; ini mengelirukan, kerana Islam dan politik adalah berkaitan."


URL asal:

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.