Skip to main content

Adakah Islam bersifat Kapitalis atau Sosialis?


Soalan:

Saya dari Indonesia, dan saya selalu terlibat dalam debat mengenai Islam, sama ada ia golongan-kiri atau golongan-kanan, terutamanya dgn rujukan kepada situasi politik dlm Negara saya. Dgn bertujuan utk menarik pengikut Muslim, kedua-dua parti Sosialis dan Nasionalis disini mendakwa diri mereka sebagai parti Islam.

Saya ingin tahu akan hal ini: Adakah terdapat sebarang bukti dlm Islam yg ia bukan golongan-kiri atau golongan-kanan, yg Islam adalah bukan Barat atau Timur, yg Islam adalah bukan bersifat sosialis atau kapitalis, walaupun saya tahu terdapat ayat-ayat tertentu yg berkaitan dgn sosialism or liberalism dlm al-Qur’an.

Jawapan oleh
Shahul Hameed:


Utk menjawab soalan anda, saya ingin menerangkan pendirian Islam berkenaan golongan-kiri atau golongan-kanan secara umum. Ia terpulang kpd anda untuk mengkaji polisi-polisi dan aktiviti-aktiviti parti-parti politik dlm Negara anda berpandukan prinsip-prinsip umum yg diterangkan disini dan membuat kesimpulan parti mana yg lebih dekat kpd Islam berbanding yg lain.Islam adalah bukan kapitalism (kanan) atau sosialism (kiri). Ia adalah cara hidup yg lengkap yg diwahyukan kpd manusia oleh Allah SWT. Dlm Islam kita temui prinsip-prinsip and peraturan-peraturan yg bertujuan membentuk individu juga kehidupan manusia sejagat dalam lingkungan petunjuk ilahi yg terkandung dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Kerana Islam meliputi semua bidang kehidupan manusia, kedua-dua politik dan ekonomi adalah dibawah pengawasannya.

Dua sistem sosio-ekonomi yg berpengaruh pada dunia hari ini adalah demokratik kapitalisma dan demokratik sosialisma. Ciri-ciri system pertama ialah pemilikan peribadi dan pasaran bebas, Ciri-ciri sistem kedua ialah pemilikan bersama dan kawalan negara. Amerika Syarikat dan Perancis adalah dua Negara yg telah mengamalkan system demokratik kapitalis, sedangkan China dan India, contohnya, telah mengamalkan demokratik sosialisma.


Kita dapati yg kedua-dua system ini mengidap kerosakan sifat dan sistem yg menjadikan pengamalnya meninggalkan prinsip-prinsip mereka dan tiba-tiba mengambil pendekatan yg yg membelakangkan asas-asas penting system tersebut. Contohnya, Perancis biasanya memangil dirinya sebuah Negara sosialis, sedangkan China sudahpun terkenal dgn sifat Kapitalis.

Terdapat juga sistem Komunis, yg dianggap sebagai hasil evolusi sosialis. Tetapi ia tidak pernah wujud dlm sejarah dan wujud hanya dlm kajian sebagai ideology yg keras. Fahaman Komunis adalah tidak praktikal, kerana ia cuba utk merosakkan tabii manusia dan naluri asas.
Berlawanan dgn sistem-sistem diatas, sistem Islam membenarkan pemilikan persendirian dlm hal beberapa perkara dan pemilikan bersama dlm perkara-perkara lain. Islam juga membenarkan pemilikan negara utk sumber-sumber tertentu.

Walaupun sistem politik Islam sebenar tidak wujud sekarang, (ya, terdapat beberapa Negara yg memanggil diri mereka sebagai, “Islam”) ia pernah berjaya, menghasilkan keputusan hebat. Ianya adalah Islam dalam kesempurnaan tulen nya berjaya menukar manusia padang pasir primitif kepada bangsa paling bertamaddun pada masa itu. Sempadan Empayar Islam ketika itu terletak diantara China di Timur dan Lautan Atlantik di Barat. Lalai dari Islam adalah punca kejatuhan Empayar Islam itu.

Islam bermaksud penyerahan dan merendah diri akan semua kepentingan dan masalah kita kepada satu Tuhan; dan asas kpd Negara Islam adalah prinsip keesaan Tuhan. Semua manusia, adalah makhluk kepada satu Tuhan, semuanya setaraf. Islam memandang manusia sebagai sebahagian drp alam, yg wajib mematuhi beberapa peraturan. Yg disalah panggil hukum alam sebenarnya adalah hukum Tuhan; dan sebagai alam mematuhi hukum fizikal Tuhan, alam adalah Muslim (iaitu, menyerah secara aman kepada hukum Tuhan). Semua planet yg terapung mengelilingi matahari mentaati hukum Tuhan yg tidak boleh diubah, dan maka mereka adalah Muslim (menyerah secara aman kepada Tuhan). Manusia dibezakan dari makhluk Tuhan lain dgn kepandaian kuasa berfikir dan kebebasan memilih. Manusia taat kepada dua jenis hukum.
Hukum pertama meliputi fizikal, biologi, dan aktiviti dalaman seperti pernafasan, pencernaan, atau perasaan ingin tahu. Hukum kedua meliputi aktiviti yg berdasarkan kebebasan manusia memilih dan membuat keputusan. Tuhan mengarahkan kita hidup dgn harmoni dgn hukum alam; apabila kita mentaati hukum alam Tuhan, kita adalah Muslim dlm maksud asas; tetapi apabila kita mentaati Tuhan dlm hal-hal yg kita boleh membuat pilihan moral, kita adalah Muslim dgn pilihan sukarela.. Manusia adalah khalifah Tuhan di dunia, seperti Allah berfirman dlm al-Qur’an yg bermaksud:

*{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.".}* (Al-Baqarah 2:30)

Jadi, Muslim (yg memahami tugas mereka yg dianugerahkan Tuhan didunia) mesti berusaha memenuhi khilafah mereka di dunia. Fikiran mendalam akan meyakinkan kita peranan sebagai khilafah yg melibatkan kedua-dua usaha individu dan bersama. Negara Islam adalah medium utama usaha bersama Muslims dlm hal ini. Ia adalah konsep ini politik Islam diperolehi.

Satu matlamat utama sistem Islam adalah berusaha utk mencapai keadilan sosial. Ini adalah jelas kpd sesiapa yg mempunyai pengetahuan umum mengenai al-Qur’an. Contohnya, al-Qur’an menyatakan:

*{ Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. }* (An-Nisaa’ 4:135)

al-Qur’an juga menyatakan::

*{Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan..}* (Al-Ma’idah 5:8)

Jadi negara Islam akan berusaha utk keadilan sosial dgn semua cara yg dibenarkannya; dan secara fitrah utk mengurangkan jurang kekayaan dikalangan manusia merupakan matlamat utamanya. Kapitalisma, sebaliknya, memihak kepada si kaya dan membenarkan dan menyebabkan utk melebarkan jurang antara si kaya dan si miskin dlm masyarakat; dan ini adalah perbezaan utama antara dua system itu.
Islam mengiktiraf perbezaan dikalangan manusia disebabkan kepada bakat semulajadi mereka, pendidikan, keupayaan utk bekerja, dan sebagainya, dan memberi kelonggaran dlm hal ini. Tetapi sosialisma tidak mempedulikan perbezaan ini dikalangan manusia dan mengenakan “konsep persamaan” kpd masyarakat. Ini sebabnya Khmer Rouge di Kemboja (komunis radikal yg menguasai Kemboja utk empat tahun malang dari 1975 hingga 1979), contohnya, memaksa jurutera dan doktor utk bekerja diladang, dan akibatnya buruk. Tetapi negara Islam mengiktiraf perbezaan ini dan memberi kebebasan utk manusia dgn menyediakan peluang yg sama utk semua ahli masyarakat utk membina dan menggunakan bakat mereka dan mencapai yg terbaik yg mereka mampu.


Masalah utama ekonomi, mengikut Kapitalis, adalah kekurangan sumber alam; tetapi mengikut sosialis, adalah eksploitasi pekerja oleh Kapitalis. Islam berbeza dari kedua-dua itu kerana ia sedar sebab masalah ekonomi adalah manusia sendiri. Al-Qur’an menyatakan:

*{ Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu mengiranya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).}* (Ibrahim 14:33-34)


Ini bermakna manusia zalim dan tidak bersyukur yg melanggar hukum Allah yg memberikan prinsip persamaan dan keadilan sosial; menyebakan manusia mewujudkan perbalahan antara kumpulan dan merugikan sumber-sumber dan menyebarkan kerosakan. Maka, pada pandangan Islam, manusia itu sendiri adalah punca kepada semua masalah; tetapi jika manusia dididik utk menundukkan kesombongannya, kekejamannya dan ketamakannya, akan wujud keamanan di dunia, juga kemajuan dan kemakmuran.


Untuk tujuan tadi, ajaran pertama Islam adalah utk mengasuh pengikutnya satu ketaatan untuk menghormati hukum Allah di alam, dlm hidup seseorang juga hidup bersosial. Ringkasnya, sistem politik atau ekonomi Islam adalah satu bahagian yg tidak boleh dipisahkan dari satu ajaran sempurna utk semua hidup manusia. Maka, adalah merugikan utk mengasingkan satu bidang yg diceburi manusia dari seluruhan sistem Islam utk mengkajinya. Dlm kata lain, politik atau ekonomi Islam adalah sebahagian dgn akhlak dan kerohanian, yg ditunjukkan dlm kehidupan Muslim. Kelebihan Islam atas sistem buatan manusia adalah Islam mengikat manusia kepada Tuhan. Sebagaimana seseorang telah menjelaskan, Islam bermula dari dalam kesedaran manusia dan berlanjutan matlamatnya utk menjamin kehidupan gembira utk semua.

Terjemahan dari:

Is Islam Capitalist or Socialist?

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1123996016572&pagename=IslamOnline-English-AAbout_Islam/AskAboutIslamE/AskAboutIslamE

Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.