Skip to main content

Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), pengikutnya dan yg menyokong mereka

Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), pengikutnya dan yg menyokong mereka

Soalan:

Apakah hukum Islam mengenai agama baru Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah) ini dan pengikut-pengikutnya? Bila dan dimana agama ini berasal dan apakah hukum Islam megenai orang yang menyokongnya?

Jawapan:


Segala puji bagi Allaah yg Esa, dan selawat dan salam atas Rasul Nya, keatas keluarga baginda dan sahabat baginda. Seterusnya …
Kerajaan Pakistan telah menetapkan mereka ini terkeluar dari agama Islaam; juga, Liga Muslim Dunia di Makkah telah mengeluarkan satu
fatwa yang sama. Pada pertemuan Ulama Muslim (Liga Muslim Dunia) pada tahun 1394 HIJRIAH (1974 MASIHI), satu kenyataan bertulis telah dirangka utk menerangkan ajaran-ajaran sebenar kumpulan ini, bagaimana dan bila mereka bermula, dan sebagainya.

Secara ringkas, kumpulan ini telah mengisytiharkan yg Mirza Ghulaam Ahmad, seorang India, adalah seorang nabi yg telah menerima wahyu Allaah dan tiada orang akan sempurna dlm Islaam nya, melainkan dia percaya kepada Mirza. Dia (Mirza) telah dilahirkan pada abad ke 13, tetapi Allaah (
Subhaanahu wa Ta'aala) telah memberitahu kita dlm Kitab Nya (Qur.aan) yg Nabi Muhammad (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) adalah yg terakhir dari Nabi-nabi; semua ulama Muslim telah bersepakat memberi satu hukum yg sesiapa yg membuat dakwaan yg selepas baginda (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) boleh muncul seorang nabi baru adalah seorang yg kaafir, kerana dia berdusta mengenai Kitab Allaah dan mengenai hadith Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) yg menyatakan yg baginda (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) adalah Nabi yg terakhir. Tambahan pula, ini akan bercanggah dgn persepakatan Ummah Muslim.

Dan bagi Allaah bergantung segala kejayaan dan semoga Allaah mengutus selawat dan salam kpd Nabi kita (
sal-Allaahu `alayhe wa sallam) dan keluarnya dan sahabatnya.

(Jawatankuasa Tetap utk Kajian Islam & Fatawa)


The Permanent Committee for Islaamic Research and Fataawa,
comprising -Head: Shaykh 'Abdul 'Azeez Ibn Abdullaah Ibn Baaz;
Deputy Head: Shaykh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee;
Member: Shaykh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan;
Member: Shaykh 'Abdullaah Ibn Qu'ood

Fataawa al-Lajnah ad-Daa.imah lil-Buhooth al-'Ilmiyyah wal-Iftaa., Question 3 of Fatwa No.1615

Terjemahan dari:
The Ahmadiyyah (Qadiyaniyyah), its followers and those who favour them


http://www.fatwa-online.com/fataawa/creed/deviants/0010116_1.htm
Terjemahan zulyusoff:
http://zulyusoff.blogspot.com



Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.