Skip to main content

Pandangan Islam Terhadap Isa

Soalan:

Saya ingin anda menerangkan tentang ayat 27 dlm Surat Al-Hadeed. Adakah Isa (SAW) menulis sebahagian drp Injil? Adakah Isa buta huruf? Adakah Injil atau sebahagian dari nya disebarkan oleh Isa kepada sesiapa dari kalangan pengikutnya seperti al-Qur'an? Saya rasa yg pengikutnya menulis semua Bible selepas keberangkatan Isa ke syurga? Tetapi, apakah yg dimaksudkan dlm al- Qur’an oleh ayat ini “…dan berikan nya Injil”?

Jawapan oleh Panel Pengkaji
Shari`ah islamonline.net

Allah telah menurunkan banyak Kitab-kitab suci kpd Rasul-rasul Nya (AS) utk mengajar manusia kpd jalan kebenaran, dan memimpin mereka utk menyembah Dia dan menjauhi penyembahan berhala dan maksiat.


Allah SWT menurunkan Suhuf kpd Ibrahim, Taurat kpd Musa, Zabur kpd Daud, Injil kpd Isa, dan al-Our'an kpd Muhammad (AS).


Sebahagian dari Kitab-kitab Suci adalah diturunkan dlm bentuk penulisan seperti Taurat. Allah SWT berfirman, " Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) luh-luh (Taurat) itu; dan dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhannya. " (Al-'A`raaf: 154).Dan sebahagian adalah diturunkan dlm bentuk amaran dan nasihat seperti Injil.

Ia menjadi bukti yg Isa (AS) tidak buta huruf. Baginda berpendidikan tinggi dan pandai membaca. Bagaimana pun, baginda selalu menyebarkan ajaran nya kpd pengikut nya secara bentuk lisan bukannya secara bertulis. Pengikutnya, sebaliknya, selalu menghafal apa yg Isa ajarkan kpd mereka dlm hati.

Apabila Isa (AS) diangkat ke syurga, semua nasihat dan ajaran baginda telah diketahui oleh pengikutnya. Malangnya, mereka tidak bagus dlm menghafal, dan bukan semua mampu utk memahami ajaran Isa. Mungkin, Ini adalah sebab utama punca perubahan yg berlaku selepas keberangkatan baginda (AS).

Lagipun, Empayar Rome dan orang Yahudi adalah musuh ketat kepada Kristian pada masa itu. Mereka secara kejam membunuh orang Kristian menyebabkan kesan buruk kepada hafalan Injil sebab mereka yg menghafalnya disiksa dan dibunuh.

Allah SWT berfirman: " Dan diantara orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani", ada yang telah kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan. " (Al-Maidah: 14)

Untuk penulisan Injil dan membahagikan nya kpd buku-buku, buku yg paling tua diketahui 80 tahun selepas keberangkatan Isa (AS). Ini bermakna yg terdapat tiga generasi yg tidak mengetahui apa-apa mengenai Injil dlm bentuk penulisan. Juga, tiada pengikut dan penganti mereka cuba utk menulis ajaran Isa dlm bentuk penulisan . Ini mungkin menjadi punca utama disebalik perubahan yg nyata.

Selain dari menumpukan kepada keesaan Allah, dan mengikuti langkah Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah, pengasas Gereja Pauline, St. Paul (Saul), mula mengajar konsep Triniti dan mula berubah jauh dari Injil yg asli.
Perubahan-perubahan itu telah secara nyata membawa kpd kemerosotan dan salah-faham terhadap ajaran Isa (AS).

Adalah jelas yg Allah menurunkan Injil kpd Isa (SAW), tetapi pengikut-pengikut baginda tidak mengambil peranan aktif dlm memelihara nya seperti Muslims lakukan kpd al- Qur'an, yg telah diwahyukan kpd Nabi Muhammad (SAW), yg mengarahkan Muslims utk menuliskannya. Ini telah dilakukan dibawah pengawasannya.

Atas hal ini, kami bersyukur kpd Allah SWT yg Dia telah memimpin Ummah Muslim utk memelihara Qur'an yg sentiasa mulia. Allah SWT berfirman, " Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya" (Al-Hijr: 9)”


Terjemahan dari: Islamic View of Jesus
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543994&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE

terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.