Koleksi Fatwa & Artikel Terjemahan Zul Yusoff

*KHIDMAT PENTERJEMAHAN * TRANSLATION SERVICE* English - Bahasa Melayu Zul 019 6342017 mohd_zol@yahoo.com

12 June 2006

Fatwa: Mengucapkan Selamat Kpd Non-Muslims pada Hari Perayaan Mereka.

Soalan:


Sila terangkan hukum mengucapkan selamat kpd non-Muslim pada hari perayaan mereka. Tolong huraikan isu ini dgn terperinci, spt mengucapkan selamat kpd mereka utk pelbagai perayaan mereka termasuk perayaan nasional dan juga bertukar hadiah.

Jawapan oleh Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (European Council for Fatwa and Research) http://www.e-cfr.org/eng/


Pertamanya, kami menegaskan yg Muslims adalah diarahkan utk berurusan secara adil dan baik dgn jiran atau kawan non-Muslim mereka. Maka, tiada salah dlm bertukar-tukar hadiah dgn mereka. Muslims adalah dibenarkan utk mengucapkan selamat kpd non-Muslims pada hari perayaan mereka dan ini menjadi satu kewajipan jika non-Muslims itu mengucapkan selamat mereka pada hari perayaan Islam. Allah SWT berfirman: (Apabila kamu diberi ucapan dengan sesuatu ucapan, maka balaslah ucapan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah ucapan itu dengan yang serupa …) (An-Nisa’ 4: 86)

Bagaimanapun , Muslims adalah tidak dibenarkan utk merayakan atau terlibat dlm perayaan agama non-Muslims, tetapi mereka boleh terlibat dlm perayaan atau sambutan nasional sebagai warganegara negara-negara itu sambil mentaati adab-adab dan peraturan Islam dlm semua hal.

Menjawap persoalan, Majlis Fatwa dan Kajian Eropah mengeluarkan fatwa ini:

Tidak syak lagi akan kepentingan dan sensitivity isu ini, khasnya kpd Muslims yg tinggal di Barat. Pihak Majlis telah menerima banyak soalan dan pertanyaan dari mereka yg tinggal di Negara-negara itu dan berinteraksi dgn non-Muslims. Sebenarnya, antara Muslims dan non-Muslims ada hubungan kuat dan penting yg disebabkan dan berpunca oleh keperluan dan kehendak kehidupan itu sendiri, seperti perhubungan kejiranan, persahabatan semasa kerja atau belajar. Bahkan, seseorang Muslim mungkin sebenarnya terasa terhutang-budi kepada seseorang non-Muslim dlm keadaan tertentu, seperti supervisor atau pensyarah yg rajin dan baik, doctor yg ikhlas dan pakar, dan sebagainya. Seorang Arab terkenal berkata yg seseorang itu diperhambakan oleh pertolongan orang lain.


Jadi, apa pandangan Muslim kepada orang berkenaan yg non-Muslims, yg sebenar-benarnya tidak ada sebarang permusuhan kpd Muslims, yg tidak memerangi mereka disebabkan agama mereka, dan tidak secara aktif mengusir Muslims dari rumah-rumah dan Negara-negara mereka?

Al-Qur'an menetapkan peraturan- peraturan bagaimana perhubungan antara Muslim dan non-Muslim diuruskan dan dilaksanakan dlm Surat Al-Mumtahinah, yg diwahyukan ditujukan kpd musyrikin. Allah SWT berfirman: (Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim..) (Al-Mumtahinah 60: 8-9)


Jadi ayat itu menetapkan yg wujud perbezaan jelas antara mereka yg memerangi Muslims dan menganggap Muslims sebagai musuh, dan mereka yg berinteraksi dan berurusan dgn Muslims dgn aman. Kita diarahkan utk melayan kumpulan kedua itu secara baik dan dgn adil dan adab mulia, bukannya hanya memberikan hak-hak mereka dan mengambil daripada mereka hak-hak kita. Sebenarnya, arahan itu adalah utk melayan mereka lebih drp itu dan utk berurusan dgn mereka dlm cara-cara yg mulia dan baik.

Tetapi utk kumpulan yg lain — yg ayat itu secara jelas melarang sebarang ketaatan atau sokongan diberikan kpd kepentingan mereka — mereka yg memilih utk menjadi musuh-musuh Islam dan Muslims dan bekerja aktif utk mengusir mereka dari rumah-rumah dan Negara-negara mereka tanpa alasan selain mereka mengisytiharkan Allah SWT sebagai Tuhan, seperti yg dilakukan oleh Quraysh dan musyrikin Makkah kpd Nabi Muhammad (SAW) dan sahabatnya.



Al-Bukhari dan Muslim kedua-duanya meriwayatkan atas riwayat Asma’ bint Abi Bakr (RA), yg dia datang kpd Nabi Muhammad (SAW) dan berkata: "Wahai Rasulullah! Ibuku, yg seorang mushrik, telah datang utk melawat aku dan dia mahu rapat kpd ku dan memberikan aku hadiah. Bolehkan aku menghormati nya dan melayan dia secara baik?” Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Hormatilah ibu mu dan layan dia secara baik.”


Dlm hal ini, sedangkan perempuan itu adalah seorang mushrik, dan al-Qur’an dgn jelas menerangkan yg Ahli Kitab (Yahudi dan kristian) adalah lebih rapat dgn Islam dan Muslims drp mushrikin. Sebenarnya, al-Qur’an memberi kebenaran utk makan dari makanan Ahli Kitab dan berkahwin dgn mereka. Allah SWT berfirman: (...Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu…) (Al-Ma’idah 5: 5)


Juga, kalau perkahwinan dibenarkan dgn mereka, maka jelas yg perkahwinan secara nyata dan semestinya menunjukkan cinta dan persaudaraan. Allah SWT berfirman: (Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. …) (Ar-Rum 30: 21) Jelas, bagaimana boleh seorang lelaki membenci isterinya, yg adalah rakan penting hidupnya, pasangan nya, dan ibu bagi anak-anak nya? Allah SWT berfirman: (...mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. …) (Al-Baqarah 2: 187)


Tambah lagi, satu akibat dan hasil penting perkahwinan ialah bersatunya dua keluarga utk membina perhubungan dan ikatan darah, satu perhubungan semulajadi manusia antara satu sama lain. Allah SWT berfirman: (Dan Dia yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu bersaudara melalui keturunan dan perkahwinan. …) (Al-Furqan 25: 54)



Juga, terdapatnya perasaan dan kasih keibuan, dan hak-hak yg jelas dan ditekankan the clearly stipulated and emphasized hak-hak jelas seorang ibu terhadap anak-anaknya dalam Islam. Seseorang bertanya dlm hal ini: adakah perbuatan itu dibenarkan mengikut kpd peraturan-peraturan yg seseorang tidak menyapa atau mengucapkan selamat non-muslim nya pada hari perayaan yg ibu itu sambut ? Bagaimana dgn saudara-mara dari sebelah ibu itu, seperti datuk-nenek, pakcik, makcik dan sepupu? Mereka semua mempunyai hak atas Muslim yg secara jelas dinyatakan dlm al-Quran, Allah SWT berfirman: (Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. (Al-Anfal 8: 76), dan juga: (Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, …) (An-Nahl 16: 91)


Jadi, jika hak-hak perhubungan keibuan dan darah adalah wajib keatas seorang Muslim, dalam satu jalan yang menunjukkan adab-adab mulia Islam dan Muslim, adalah juga wajib atas seorang Muslim utk menunaikan hak-hak yg menunjukkan Muslims sebagai manusia yg beradab mulia. Rasulullah (SAW) menasihatkan Abu Dharr (RAW) dgn bersabda: “Ingatlah akan Allah dimana kamu berada, dan perbaikilah satu dosa yg telah kamu lakukan dgn satu amalan baik, jadi semoga dosa itu diampunkan, dan layanlah manusia dgn adab-adab mulia.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, At-Tirmidhi, Ad-Darmi, dan Al-Hakim) Sebagai bukti, penekanan ialah keatas “…dan layanlah manusia dgn adab-adab mulia” bukan “…layanlah Muslim”.


Rasulullah (SAW) juga dgn jelas menasihatkan kita utk berurusan dgn non-Muslims dalam satu adab yg baik dan lembut, bukan menggunakan cara-cara keras atau ganas. Adalah diriwayatkan apabila satu kumpulan Yahudi mendekati Rasulullah (SAW) dan menyapa baginda dgn sebutan salah, dan menyebut “Assam`alaykum, Wahai Muhammad!” (yg bermakna “kematian dan kebinasaan datang kpd mu”) yg sepatutnya “as-salamu `alaykum”, `A'ishah (RA) mendengar akan mereka dan menjawab, ‘assamu `alaykum dan kecelakaan dan murka Allah juga !” Rasulullah (SAW) memarahi `A'ishah apa yg dia telah katakan. Dia berkata kpd baginda, “Tidakkah anda dengar apa yg mereka kata?” Baginda bersabda, “Saya dengar, dan Saya membalas dgn berkata, ‘Dan keatas kamu,’” (iaitu kematian itu akan datang kpd kamu sebagaimana ia datang kpd ku.) Baginda kemudian bersabda, “Wahai `A'ishah! Allah sukakan kesopanan dlm semua hal.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Bahkan kebenaran utk mengucapkan selamat kpd non-Muslims pada hari perayaan mereka menjadi lebih dari satu kewajipan jika mereka memberikan ucapan mereka pada peristiwa perayaan Islam, sebab kita diarahkan utk membalas layanan baik dgn layanan yg sama, dan membalas ucapan itu dgn yg lebih baik atau sekurang-kurangnya dgn ucapan yg sama. Allah SWT berfirman: “Apabila kamu diberi ucapan dengan sesuatu ucapan, maka balaslah ucapan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah ucapan itu dengan yang serupa …” (An-Nisa' 4: 86)



Seseorang Muslim tidak boleh kurang kebaikan atau kebajikan atau adab-adab dari orang lain , sebagaimana Rasulullah (SAW) menyatakan dalam hadith: “Orang beriman paling sempurna dalam hal iman mereka adalah yg mempunyai akhlak paling mulia.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidhi, Ad-Darmi, dan Abu Dawud), dan Rasulullah (SAW) juga bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan utk menyermpurnakan akhlak mulia.” (Riwayat Ahmad, Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad dan Al-Bazzar dlm Kashful Astar)

Keutamaan ini akan lebih bertambah jika kita berminat utk mengajak mereka kpd Islam dan menjadikan mereka Muslim, yg merupakan satu kewajipan kpd kita semua, kerana ia tidak boleh dicapai dgn melayan mereka secara kasar, garang dan kejam, tetapi dgn adab-adab mulia dan akhlak mulia. Rasulullah (SAW) berurusan dgn musyrikin Quraysh melalui cara-cara dan adab-adab paling mulia sepanjang hidupnya di Makkah walaupun mereka memusuhi, menyiksa, menindas dan menghina keras baginda (SAW) dan sahabat nya. Ini adalah terbukti dgn kepercayaan luarbiasa yg mereka ada pada baginda, mereka menyimpan harta dan kekayaan mereka pada baginda, ini berpunca dari ketakutan mereka yg harta itu mungkin hilang atau dicuri. Apabila Nabi meninggalkan Makkah ke Madinah, baginda meninggalkan `Ali (RA),yg baginda arahkan utk memulangkan simpanan itu yg telah diamanahkan kpd baginda (SAW).


Maka, tiada halangan yg menghalang seorang Muslim atau pusat Islam dari mengucapkan selamat kpd non-Muslim, sama ada secara lisan atau dgn menghantar kad yg tidak mengandungi rujukan simbol-simbol atau gambar-gambar agama yg akan bercanggah dgn kepercayaan atau prinsip Islam, seperti salib, kerana konsep penyaliban adalah jelas dilarang dan dinafikan oleh Islam. Allah SWT berfirman dlm Qur'an : (...padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa …) (An-Nisa' 4: 156)

Jelaslah, seseorang mendapati dlm perkataan-perkataan biasa utk mengucapkan selamat tiada yg menunjukkan pengiktirafan secara tersurat dan tersirat terhadap sebarang aspek kepercayaan atau agama mereka, bukan juga membenarkannya.

Tiada larangan utk menerima hadiah dan pemberian dari mereka, dgn syarat hadiah-hadiah itu bukannya haram seperti arak atau daging khinzir. Rasulullah (SAW) menerima hadiah dari Raja Mesir dan beberapa yg lain (lihat: Sharh Mushkil Al-Athar karangan At-Tahawi ).


Kami juga ingin menyebut beberapa Fuqaha, seperti Ibn Taymiyah dan muridnya ulama besar Ibn-ul-Qayyim, mengenakan syarat-syarat ketat dan menghadkan kebenaran dalam hal ini dan penglibatan Muslims dalam perayaan-perayaan non-Muslims. Kami mengambil pendirian sama, dgn menasihatkan Muslims jangan merayakan perayaan-perayaan non-Muslims, sama ada mushrikin atau ahli-kitab, seperti yg kita dapati beberapa Muslims sesat merayakan Kristmas seperti mereka yg biasanya merayakan `Eid Al-Fitr dan Al-Adha, dan mungkin lebih lagi. Ini adalah haram, kerana kita Muslims mempunyai perayaan-perayaan tersendiri. Tetapi kami tiada bantahan dalam mengucapkan selamat kpd orang lain pada perayaan-perayaan mereka kalau terdapatnya perhubungan dan persahabatan yg mendorong interaksi sosial yg positif dan persahabatan baik yg mesti berlandaskan syariah Islam yg terbaik dan mulia.


Untuk sambutan dan perayaan patriotic atau nasional, seperti Hari Merdeka ,Hari Union, Hari Ibu, Hari Kanak-kanak dan sebagainya, tiada larangan langsung kpd seseorang Muslim mengucapkan selamat kpd yg lain berkenaan dgn peristiwa- peristiwa itu, dan menyertainya secara langsung sebagai rakyat negara-negara itu , sambil mentaati adab-adab dan peraturan-peraturan Islam dalam semua hal.

Terjemahan dari:
Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503546666&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff: http://zulyusoff.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home