Skip to main content

Perempuan Dalam Haid Membaca al-Qur'an


Soalan:


Saya selalu membaca al-Quran setiap hari walaupun saya berada dalam haid, tanpa menyentuh Mushaf, pada fahaman saya ini adalah pendapat Ibn Taimiyah. Tetapi baru-baru ini seorang kawan saya menunjukkan satu hadith yg diriwayatkan oleh Imam Tirmithi dalam kitab sunan beliau dan dikhabarkan oleh Ibn Umar, yg menyatakan yg perempuan dlm haid tidak sepatutnya membaca al-Quran walaupun dia tidak menyentuh Mushaf. Tolong tunjukkan kami secara terperinci pendapat tepat mengenai masalah ini.

Jawapan oleh Hassen A. Laidi (Penerbit dan Editor Majalah Al-Jumuah)

Hal ini adalah diperselisihkan dikalangan ulama dgn majoriti Fuqaha dari empat mazhab utama melarang perempuan dlm haid dari membaca al-Quran, dengan atau tanpa menyentuh mushaf sehingga haid itu tamat dan dia mandi wajib. Malangnya larangan ini terkenal di kalangan muslim tetapi tiada asas dari riwayat yang sahih.

Secara umum, larangan ini berdasarkan dua alasan utama yg kami akan sebutkan dan bantah:

Dgn anggapan melalui kaedah Qiyas , berkenaan dalam hal ibadah. Keadaan berhaid disamakan dengan keadaan Janabah – keadaan dlm hadas besar kerana perhubungan seks, yg memerlukan seseorang utk mandi wajib sebelum dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti ibadah. Jadi ada dalil kuat dari riwayat sahih melarang lelaki & perempuan dari belajar atau membaca al-Quran semasa keadaan Janabah (seperti dlm hadith Ali ibn abi Talib diriwayatkan oleh Imam Ahmad juga dlm empat kitab Sunan) perempuan dlm haid juga dilarang berbuat demikian.


Dgn dakwaan dalil terus dalam hadith Abdullah ibn Umar yg meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda , "Perempuan dalam haid dan seseorang dalam keadaan Janabah tidak boleh membaca sebarang bahagian al-Qur'an." (Tirmithi and Ibn Majah).

Ulama terkemuka lain, bagaimanapun,berpendapat yg perempuan dalam haid adalah dibenarkan utk membaca al-Qur' an.

Mereka termasuk Imam Malik, Imam Ahmad dlm satu riwayat, Abu Jafar Tabari, Ibnul Munthir dan Ibn Taymiyyah. Ramai ulama semasa, seperti Ibn Uthaymeen dan Qaradawi, telah membenarkan perbuatan ini.

Pendapat ulama ini berdasarkan kaedah umum yang apabila tiada larangan, sesuatu perbuatan mesti dibenarkan. Mereka juga menolak dua alasan tadi juga disamping menerangkan alasan mereka untuk membenarkan yang kesemuanya boleh diringkaskan seperti berikut:

Qiyas antara perempaun dalam haid dgn seseorang dalam keadaan janabah adalah Qiyas yg sama. Terdapat beberapa perbezaan yang menghalang persamaan penuh. Contohnya, seseorang dalam keadaan Janabah boleh keluar dari keadaan itu pada bila-bila masa yang dia pilih dengan melakukan mandi wajib . Sedangkan perempuan dalam haid tidak boleh dan mesti tunggu sekitar 5 hari sebelum pendarahan berhenti. Tempoh haid perempuan biasanya berakhir setelah beberapa jangka masa, sedangkan seseorang dalam keadaan Janabah diwajibkan untuk melakukan mandi wajib apabila masa solat sampai. Dan
jika hal ini tidak sama hukum sesuatu tidak boleh digunakan kpd yg lain. Jadi Qiyas tidak boleh digunakan untuk menerangkan larangan membaca al-Qur’an seperti yg didakwa oleh majoriti Fuqaha.


Berkenaan dgn hadith Ibn Umar, ulama hadith bersetuju yang ia adalah hadith lemah kerana Illah atau kecacatan pada sanad. Alasannya ialah seorang dari periwayat, Ismael ibn Ayyash yg meriwayatkan dari Musa ibn Uqbah ibn Nafi' dari Umar dari Rasulullah (SAW). Tetapi riwayat dari Ismael dari Hijazi (Makkah dan Madinah) dan periwayat Iraqi adalah dianggap sebagai lemah oleh ahli hadith, dan sebab Uqbah adalah dari Madinah, hadith ini di anggap sebagai mempunyai sanad lemah (kualiti yg tidak dapat diterima).Maka hadith ini, tidak boleh digunakan sebagai dalil dlm sebarang hal. Ulama hadith seperti Imam Ahmad ( 241 H), Bukhari (256 H), Ibn Taymiyyah (728 H), dan ahli hadith az-Zailai'ee (762 H) dan Ibn Hajar (852
H) semuanya memutuskan hadith ini adalah mempunyai sanad lemah.


Tambahan pula, ulama yg membenarkan perempuan dalam haid membaca al-Qur' an menggunakan alasan lain utk menyokong lagi pandangan mereka. Mereka menganggap menghalang perempuan dalam haid dari membaca al- Qur'an menghalang dia dari mempunyai ketenangan hati dan minda, menjadikan dia hilang pahala utk beberapa hari dan mungkin membantutkan usahanya menghafal sebarang bahagian dari al-Qur'an. Meletakkan hukum ini atas nya tanpa dalil sahih adalah tidak adil dan maka tertolak dlm Shari'ah.

Berdasarkan perbincangan tadi, maka seorang perempuan dalam haid boleh membaca al-Qur’an.


Tetapi seperti anda sebutkan dlm soalan, kebenaran ini adalah terhad hanya kepada bacaan bukan dari Mus-haf, kerana bacaan dari Mushaf adalah dilarang kerana ada dalil sahih yang banyak.

Maka anda boleh membaca dari ingatan, dari kitab tafsir atau dari kitab terjemahan al-Qur'an yg ada kedua-dua tulisan Arab dan bukan Arab-kerana ia tidak dianggap mushaf.
Wallahualam


Terjemahan dari: Having Her Period, Wants to Recite the Qur’an
Majalah Al-Jumuah volume 17 issue 05 Jumada al-awwal 1426H
Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Kenapa Perkara Haram Tidak Lagi Diharamkan Di Syurga?

Soalan: Majoriti orang Kristian berpendapat yang kepercayaan kita terhadap Syurga hanya adalah untuk melibatkan diri kita dalam keseronokan, untuk mempunyai seramai mungkin gundik dan untuk minum alkohol, yang Islam larang atas dunia. Sila beritahu saya bagaimana saya boleh menolak dakwaan mereka. Jazakum Allahu Khayran. Jawapan oleh Sheikh Muhammad S. Al-Munajjid Allah telah menyediakan untuk hamba Nya yang beriman dalam Syurga, nikmat yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, tiada siapa pernah terfikir, sehingga tahap orang yang mendapat paling sedikit nikmat dalam Syurga akan ingat yang dia mendapat paling banyak nikmat antara mereka. Abu Sa`eed al-Khudri, (RA), berkata yang Rasulullah (SAW) bersabda: "Serendah-rendah martabat manusia dalam Syurga akan ada seorang lelaki yang mukanya Allah palingkan dari Neraka ke arah Syurga, dan menunjukan dia satu pokok yang memberikan bayangan. Dia akan berkata, ‘Wahai Tuhan, bawalah aku dekat kepada pokok itu supaya