Skip to main content

Tajuk Fatwa: Adakah Mungkin Untuk Menghubungi Ruh Si Mati?

Soalan:

Wahai Ulama, Assalamualaikum. Untuk 17 tahun perkahwinan saya, satu soalan belum terjawab untuk saya. Saya berharap untuk memperolehi jawapan dari anda. Soalan saya ialah: seorang bapa saudara dari sebelah bapa isteri saya mendakwa yg dia boleh menghubungi ruh syahid yang telah terbunuh beratus tahun dahulu dan dia boleh menyelesaikan sebarang masalah dengan ruh si mati itu Dia mendakwa semuanya itu dilakukan mengikut al_Quran & Sunnah. Sila berikan penjelasan anda ?

Nama Mufti: Sheikh Ahmad Kutty

Jawapan:


Waalaikum mussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dengan Nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

segala puji dan syukur kpd Allah, dan selawat & salam kpd Rasul Nya.

Wahai Saudara se Islam, terima kasih atas soalan anda, yg menunjukkan anda mempunyai keimanan dan kepercayaan. Allah menyuruh org Islam untuk merujuk kpd orang yang berpengetahuan supaya memahami ajaran Islam dlm semua aspek kehidupan.

Pertamanya, ianya adalah perbuatan syirik (menyekutukan yg lain dgn Allah) dan adalah dosa besar untuk memanggil makhluk ghaib — orang mati, malaikat, syaitan atau jin — untuk pertolongan dan perantaraan.

Dalam menjawab soalan anda , Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:

“Sesungguhnya tiada asas dlm Islam untuk seseorang mendakwa yg dia mampu berhubungan dgn ruh atau semangat si mati , sama ada org yg syahid, wali-wali, atau Rasul-rasul yg bertaraf tinggi, termasuklah Nabi Muhammad (s.a.w), dan menyelesaikan masalah melalui mereka. Dakwaan itu bukan sahaja karut, bahkan mustahil dan mesti di elakkan sama sekali.

Satu ajaran Islam yg nyata, yg ditekankan dlm Qur’an dan Sunnah, ialah hal-hal ghaib (spt apa yg berlaku selepas mati atau masa depan) adalah tertakluk kpd Allah, dan tiada manusia yg boleh mengetahuinya kecuali dlm perkiraan yg dibenarkan oleh Allah. Kita selanjutnya diajar yg tiada yg dapat memberi manfaat atau bahaya kecuali dgn izin Allah,dan oleh sebab itu, kita mesti meminta pertolongan hanya kpd Allah — tidak kira darjat orang yg kita minta tolong.

Lagipun, Qur’an mengutuk secara mutlak kpd sesiapa yg melibatkan diri dlm spekulasi mengenai hal-hal ghaib ; ia di anggap kesalahan amat hina.

Jadi ,ianya tidak mengejutkan jika seseorang mendapati hingga tiada dlm satu contoh pun dlm sumber-sumber yg melibatkan sebarang Rasul-rasul atau Nabi-nabi yg menunjukkan mereka mampu menghubungi ruh si mati.

Sedang tiada satu pun peristiwa Rasul-rasul atau Nabi-nabi Allah menghubungi ruh si mati , kita bagaimana pun mendapati , beberapa kes yg mereka melakukan mukjizat menghidupkan si mati . Satu contoh mudah ialah spt yg diceritakan dlm Surah al-Baqarah mengenai cerita satu pembunuhan. Oleh kerana identity pembunuh tidak diketahui , Allah Mengarahkan Bani Israel melalui Nabi Musa utk mengorbankan seekor kerbau dan memukul mayat itu dgn tulang yg sama . Oleh sebab itu, si mati telah hidup semula , dan dia memberitahu nama pembunuh itu dan dia menutup matanya dan mati. Mukjizat spt ini , kita mesti tegaskan semula, adalah tiada kaitan dgn menghubungi ruh si mati.

Jika, utk kepentingan perbincangan, seseorang yg mengakui kemungkinan menghubungi ruh si mati dan menyelesaikan masalah melalui mereka, jadi soalan-soalan ini perlu dijawab :

1) Kalau mungkin utk manusia menghubungi ruh si mati , jadi kenapa tidak golongan awal Muslims spt sahabat-sahabat Nabi, pengganti-pengganti mereka dsb., menghubungi ruh Nabi Muhammad (s.a.w) dan menyelesaikan masalah melalui dia?

2) Kenapa tidak Abu Bakar, `Umar, `Uthman dan `Ali menghubungi Nabi Muhammad (s.a.w) dan meminta nasihat dalam banyak ujian-ujian dan penderitaan-penderitaan yg dihadapi Ummah selepas kematiannya? Dgn melakukan demikian, jadi mereka mungkin boleh menyelamatkan Ummah drp banyak pertumpahan darah dan perang saudara yg terjadi.

3) Jika menghubungi ruh si mati dan menyelesaikan masalah melalui pertolongan mereka adalah sebahagian kepercayaan Islam, kenapa tidak generasi contoh mengamalkannya? Kenapa kita gagal mencari sebarang pengesahan mengenai hal itu dlm sumber-sumber sah Islam, jika manusia amat-amat memerlukannya ?

4) kalau seseorang secara ikhlas mempercayai yg dia boleh menyelesaikan masalah dgn menghubungi ruh si mati, jadi kenapa dia tidak boleh mendapatkan keperluan biasanya dipenuhi dgn saluran ini? Mari uji dirinya: Sekat segala keperluan asas drp dia dan cabar dia menyelesaikan masalah melalui ruh yg salah di panggil Syahid ; kalau dia jatuh sakit, jangan beri sebarang rawatan kpd nya kerana dia mampu mendapatkannya dgn mudah melalui saluran misteri itu.

Sekarang tertolaklah dakwaan semacam itu yg jelas karut , mustahil dan bertentangan dgn ajaran Islam, jadi kita perlu menjelaskan hal sebenar dakwaan itu. Untuk menjelaskan kita perlu merujuk kpd fakta iaitu mengikut Islam ada alam-alam luar yg tersembunyi drp kita, kepunyaan syaitan dan jin. Makhluk-makhluk itu mempunyai kuasa terhad, walau bagaimana pun hal-hal ghaib (hal-hal melampaui akal , spt yg tidak dapat dilihat) sudah tentu terhad kpd mereka. Sesiapa yg berkhidmat dan berkawan kpd makhluk-makhluk itu boleh menyelesaikan masalah tertentu melalui mereka, tetapi bukanlah hebat sangat, dan tiada sampai melibatkan pendedahan rahsia tersembunyi. Satu lagi factor penting utk difikirkan: makhluk-makhluk itu boleh menjelma dan menyamar sebagai ruh si mati utk menipu pengikutnya.

Apa yg dicatatkan di atas telah disahkan oleh salah seorang bekas ketua yg di salah panggil Spirit Movement di Mesir , yg berpuluh-puluh tahun terlibat dalam hal ini. Selepas bertaubat dan memperbaharui syahadah(pengakuan iman), dia mendedahkan rahsia-rahsia kumpulan itu. Dalam kenyataannya kpd pemberita, dia mengutuk sesiapa yg mendakwa boleh menghubungi ruh si mati . Dia berkata mereka sebenarnya melibatkan makhluk-makhluk jahat spt syaitan dan jin.

Bekas ketua Spirit Movement itu kemudian mededahkan mitos yg adalah mungkin utk mendapat penyembuhan atau diubati melalui saluran-saluran. Dia mengakui —yg dia sendiri sendiri telah membuat dakwaan palsu—tiada kebenaranya. Dia sendiri telah menderitai pelbagai penyakit, dan kalau dia mungkin disembuhkan melalui saluran-saluran itu maka dia tentunya sudah sembuh.”

Di petik , dgn sedikit perubahan, drp: www.islam.ca

Teruskan berhubungan. Kalau anda ada sebarang soalan, jangan ragu-ragu utk menulis kpd kami.
Allah Lebih Mengetahui.

Sumber: Islamonline (http://www.islamonline.net)
Title of Fatwa: Is It Possible to Contact the Spirits of the Dead?



Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.