Skip to main content

Menaikkan Harga Jualan Dlm Jualan Tertunda dan Jualan Tunai

Menaikkan Harga Jualan Dlm Jualan Tertunda Dan Jualan Tunai

Soalan:

Apakah fatwa berkenaan menaikkan jumlah jualan kredit atas jumlah jualan tunai? Adakah ia jatuh di bawah konteks Riba atau tidak?

Jawapan:


Dr. Monzer Kahf, Ulama Ekonomi Islam & Pakar Kewangan, menyatakan yg berikut:

"Dlm kontrak jualan, pihak-pihak terlibat adalah benar-benar bebas utk menentukan harga selagi ianya benar-benar dipesetujui bersama tanpa keraguan, syak, penipuan, pembohongan dan lain-lain perbuatan menipu dari mana-mana pihak.

Bahkan, Shari'ah mengharamkan sebarang pertambahan dlm pinjaman (Ini ialah Riba), sebarang pertambahan dlm harga bukan pertambahan dalam pinjaman. Maka, Shari'ah tidak menghapuskan perhitungan nilai masa wang, bermaksud anda menilai wang anda di tangan lebih dari wang yg dijanjikan pada masa depan.


Ini dengan jelas sama dengan menetapkan harga lebih tinggi dlm jualan dgn bayaran tertunda atau urusan berasaskan Riba. Apa yg dilarang apabila nilai masa wang dijadikan asas urusan pinjaman.

Dlm memberi pinjaman, anda beri wang (atau dengan sebarang kuantiti komoditi lain yg boleh ditukar dgn jelas seperti satu tan gandum dgn kualiti tertentu dengan satu tan gandum yg sama kualiti) dan dapat wang balik, yg pasti terdapat pengorbanan, tetapi ia pengorbanan yg tidak boleh diukur dengan manfaat yg diperolehi peminjam. Kedua-dua pengorbanan dan manfaat itu tidak boleh diketahui dgn jelas dan kedua-duanya adalah spekulatif. Shari'ah tidak menerima utk meletakkan tanda harga atas sesuatu yg spekulatif dan tidak diketahui. Ini adalah kerana pengorbanan yg diiktiraf itu terpulang kpd Allah utk membalas, seperti yg riwayatkan dlm Hadith sahih.

Maka, adalah dibenarkan utk membuat kontrak jualan kredit pada satu harga lebih tinggi dari harga yg telah di terima utk jualan tunai. Anda tidak boleh membuat jualan pada satu harga tunai dan kemudian menambah harga kemudiannya berdasarkan jumlah hutang yg terhasil dari jualan, kerana ini adalah satu penambahan dlm hutang, bukan harga barang itu.

Dengan kaedah yg sama, satu kontrak jualan mesti jelas. Tidak boleh harga sama ada 100 jika anda beli dlm 3 hari dan 110 jika dia bayar dlm 60 hari. Ini yg dinamakan "dua jualan dalam satu " yg jelas dilarang oleh Nabi (SAW)."


Terjemahan dari:
Increasing Sale Price in a Deferred Sale versus Cash Sale


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544014

Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Only 1/6 of the Quran talks about Laws in Islam, the Surah Madaniah.

I have yet to see any worthy ulama today who can confidently and eloquently elaborate, expand and urge the Ummah to learn and practice the stories, examples and lesson that can be learnt from the the other 5/6 of the Quran

What you are doing is immaterial if the iman of this Ummah is deviated. To learn iman and to attain it, they must be convinced of the stories, examples and lesson that can be learnt from the the other 5/6 of the Quran

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Kenapa Perkara Haram Tidak Lagi Diharamkan Di Syurga?

Soalan: Majoriti orang Kristian berpendapat yang kepercayaan kita terhadap Syurga hanya adalah untuk melibatkan diri kita dalam keseronokan, untuk mempunyai seramai mungkin gundik dan untuk minum alkohol, yang Islam larang atas dunia. Sila beritahu saya bagaimana saya boleh menolak dakwaan mereka. Jazakum Allahu Khayran. Jawapan oleh Sheikh Muhammad S. Al-Munajjid Allah telah menyediakan untuk hamba Nya yang beriman dalam Syurga, nikmat yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, tiada siapa pernah terfikir, sehingga tahap orang yang mendapat paling sedikit nikmat dalam Syurga akan ingat yang dia mendapat paling banyak nikmat antara mereka. Abu Sa`eed al-Khudri, (RA), berkata yang Rasulullah (SAW) bersabda: "Serendah-rendah martabat manusia dalam Syurga akan ada seorang lelaki yang mukanya Allah palingkan dari Neraka ke arah Syurga, dan menunjukan dia satu pokok yang memberikan bayangan. Dia akan berkata, ‘Wahai Tuhan, bawalah aku dekat kepada pokok itu supaya...