Skip to main content

FATWA MENGENAI DEMOKRASI

FATWA MENGENAI DEMOKRASI


Demokrasi Dlm Islam

Soalan:

Adakah demokrasi tidak sesuai dgn Islam?

Jawapan :

Muslims percaya yg kepelbagaian dan kebebasan politik adalah sebahagian asas dari ajaran Islam. Adalah penting utk ditegaskan disini yg kami menerima ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip demokrasi yg sesuai dgn ajaran Islam dan menolak prinsip-prinsip yg bercanggah dgn Islam.

Dlm menjawab persoalan anda, Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shinqiti, pengarah Islamic Center of South Plains di Lubbock, Texas, menyatakan yg berikut:

Demokrasi terdiri dari satu kumpulan nilai-nilai dan peraturan-peraturan. Satu dari nilai-nilai penting demokrasi adalah hak manusia utk memilih pemimpin mereka dan tidak diperintah dgn kekejaman atau keganasan. Ini adalah satu dari nilai Islam, yg kita namakan sbg shura atau mesyuarat bersama.

Satu lagi nilai penting ialah pengawasan dan keseimbangan (checks and balances) dgn mana kuasa-kuasa adalah diagihkan dan dipisahkan dlm satu cara yg setiap kuasa mempunyai kebebasan dan kemampuan utk mengawasi dan membetulkan yg lain. Dlm istilah Qur'an, ini dinamakan al-mudafa`ah, yg merupakan satu konsep Islam penting utk melindungi masyarakat dari penyelewengan. Allah berfirman, [Dan sekiranya Allah tidak seimbangkan sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia atas semesta alam.] (Al-Baqarah 2:251).

Untuk proses-proses demokrasi, seperti pilihanraya, mengundi, berkempen dan sebagainya, ini semua adalah kaedah utk mencapai prinsip-prinsip nya. Dlm maksud ini, demokrasi juga adalah satu prinsip Islam. Ini tidak bermakna yg setiap Negara demokrasi adalah Negara Islam, tetapi ini bermaksud yg setiap Negara Islam sepatunya bersifat demokrasi.

Untuk Negara-negara non-Muslim yg mengamalkan demokrasi, mereka adalah masih non-Muslim. Dlm satu cara,mereka menggunakan system politik Islam, tetapi mereka kurang dlm aspek lain Islam seperti kepercayaan, akhlak, dan adab sosial.

Terjemahan dari : Democracy in Islam

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1145175705661&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com



Adakah demokrasi sesuai dgn Islam?

Soalan:

Adakah demokrasi sesuai dgn Islam?


Jawapan oleh Sheikh Ahmad Kutty

Pertamanya, kami ingin menegaskan kenyataan bahawa kepelbagaian adalah sesuatu yang telah dikenali kepada Islam dan ulama Muslim utk jangkamasa yg lama. Islam tidak berkata yg hanya satu pihak seharusnya menguruskan hal-ehwal seluruh Negara atau merampas kuasa; tetapi, ia membiarkan hal itu ditentukan mengikut peraturan as-siyasah ash-shar`iyyah (polisi berasaskan Shari`ah), yg berbeza mengikut kpd masa dan tempat. Ulama Muslim menerima ajaran system demokrasi yg bersesuaian dgn ajaran Islam.

Menjawab soalan itu, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan yg berikut:

“Kalau soalan anda sama ada Muslims boleh memutuskan dan menguruskan hal-ehwal Negara mereka melalui perbincangan dan persetujuan dikalangan rakyat, jawapannya adalah ya; tetapi jika, semasa melaksanakan kuasa ini, mereka mahu menggubal undang-undang dlm hal yg Allah dan Rasul Nya telah menentukan keputusan yg tetap, maka ini tidak diterima oleh Islam. Contohnya menggubal undang-undang utk menghalalkan homoseks, zina, peperangan, diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik atau bahasa, arak dan benda memabukan dan sebagainya,. Manusia tiada kuasa utk menggubal undang-undang atau mencampuri dlm hal-hal yg Allah telah menentukan keputusan yg tetap.

Manusia, bagaimanapun, adalah dibenarkan utk membuat keputusan dlm semua perkara yg tidak termasuk di bawah ketetapan hukum Ilahi melalui mesyuarat dan persetujuan bersama dikalangan mereka. Bidang undang-undang berkenaan dlm Islam adalah luas dan dalam; berbanding, bidang pertama yg manusia tidak bebas utk melaksanakan kuasa perundangan yg telah dihadkan.

Bidang undang-undang yg luas mempengaruhi kehidupan awam dan perhubungan sosial, maka, tertakluk kpd amalan demokrasi selagi undang-undang di kawal oleh hukum-hukum al-Qur’an utk memdirikan kebenaran, keadilan, persamaan, dan kebaikan, bersifat kemanusian selagi mungkin. Manusia bukan sahaja dibenarkan utk mencapai ini melalui proses demokrasi mengikut mesyuarat dan persepakatan; bahkan, mereka di arahkan utk berbuat demikian mengikut perintah-perintah jelas Allah dlm al-Qur’an:

“dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Al `Imran: 159).

“sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka” (Ash-Shura: 38).

Rasulullah (SAW) selanjutnya memberi amaran akan azab yg keras kpd pemerintah dan pemimpin yg mengkianati amanah yg diberikan kpd mereka oleh manusia.

Akhirnya, arahan al-Qur’an utk manusia sejagat utk mendirikan keadilan, kebaikan dan berusaha menentang ketidak-adilan,kejahatan dan penindasan:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl: 90).

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ma’idah: 8).


Sebagai kesimpulan: Kalau sesiapa berfikir yg Islam membenarkan sistem beraja , diktator dan pemerintahan kejam, dan bertentangan dgn demokrasi yg disebutkan diatas, mereka adalah bertentangan dgn ajaran al-Qur’an secara tersurat dan tersirat.”


Terjemahan dari: Islam & Democracy: Compatible?
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503548548&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaE


Shura dan Demokrasi

Soalan:

Apakah perbezaan antara Shura dan Demokrasi ?

Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

"Islam mahu ummah ini utk berunding antara sama lain, dan berdiri sebagai satu badan yg bersatu, jadi tiada musuh boleh menembusinya. Ini adalah bukan matlamat demokrasi. Demokrasi adalah satu system yg tidak boleh menyelesaikan semua masalah masyarakat. Demokrasi sendiri boleh membuat apa yg ia mahu sebagai halal, atau mengharamkan apa yg ia tidak suka. Sebagai Perbandingan, Shari`ah sebagai satu sistem politik mempunyai had. Kalau kita ingin mengambil demokrasi, kita mestilah mengambil sifat-sifatnya yg terbaik. Ini adalah hal-hal berkaitan kaedah, jaminan, dan adab-adab masyarakat demokrasi. Sebagai satu masyarakat Muslim kita mesti mengambilnya dlm satu konteks masyarakat Islam yg bermatlamat utk hidup dlm hukum-hukum Shari`ah. Masyarakat kita mestilah taat terhadap apa yg telah dijadikan halal oleh Allah dan juga apa yg telah dijadikan haram oleh Nya. Sebagai perbandingan demokrasi dgn satu majority kecil boleh membatalkan semua undang-undang dan peraturan. Ia boleh juga membatalkan dirinya dgn jenis margin ini. Bahkan, dlm beberapa kes demokrasi boleh menjadi lebih buruk dari diktator. Apa yg saya harapkan adalah jenis demokrasi tulen, utk satu masyarakat yg dipandu oleh hukum Shari`ah yg sesuai dgn nilai-nilai kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, dan persamaan.

Saya menentang jenis demokrasi songsang yg diamalkan oleh banyak kerajaan di dunia Arab-Islam. Saya sangat sedih dgn keputusan empat digit pilihanraya. Kebanyakan pemimpin di dunia Arab, juga di dunia Islam adalah dipilih oleh 99.99% rakyat. Apa jenis demokrasi ini? Rakyat tidak pernah membenarkan perkara ini berkenaan margin ini. Lagi, Saya ingin menarik perhatian kpd isu penyebaran maksiat dlm masyarakat demokrasi. Kita sepatutnya ambil “yg baik”, dan meninggalkan “yg buruk”. Contohnya, banyak Negara-negara demokrasi membenarkan pelbagai jenis maksiat seks tersebar, dan bahkan menghalalkan perlakuan itu. Gays dan Lesbians sekarang boleh berkahwin antara satu sama lain secara sah.


Demokrasi kita adalah berbeza. Ia berhubungan dgn baik dgn hukum Shari`ah. Ya kita mengambil beberapa prinsip demokrasi, tetapi adalah wajib bagi kita utk berpegang kpd hukum-hukum kita. Kita ada hukum-hukum Shari`ah kita yg kita mesti taati. Kita mahu rakyat ditanya dan terlibat secara aktif dlm juga dlm proses membuat keputusan.


Shura adalah selalu menjadi kebaikan utk masyarakat Muslim, dan autokrasi telah selalu menjadi kejahatan dari permulaan manusia di planet ini. Sejarah telah memberitahu kita mengenai dictator seperti firaun, Namrud, dan ramai lagi contoh. Al-Qur'an memberitahu kita mengenai cerita Nabi Ibrahim (SAW) dan Namrud, diktator yg mempertikaikan kewujudan Allah, dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Al-Qur'an bercerita: “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan."Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim..” (Al-Baqarah: 258) Diktator ini sungguh sombong. Utk melawan kehendak Allah, dia meminta dua orang yg sedang lalu semasa perdebatannya dgn Nabi Ibrahim utk datang kpd nya. Dia mengarahkan seorang dari mereka utk dibunuh serta-merta, dan memberitahu yg seorang lagi saya maafkan anda. Dia berkata kpd Nabi Ibrahim “lihat aku memberikan seseorang kehidupan, dan aku mengarahkan seseorang utk mati .” Bagaimanapun, Nabi Ibrahim lebih bijak dari dictator itu dan bertanya kpd nya, kalau dia benar-benar Tuhan boleh dia menjadikan Matahari terbit dari Barat.


Kisah yg sama berulang kembali dgn diktator Mesir, Firaun yg mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan dan menolak utk menerima utusan yg dusanpaikan kpd nya. Sepanjang sejarah pemerintahan diktator, kerajaan kejam, dan kerajaan tidak-adil telah berkaitan dgn hal kezaliman dunia. Al-Qur'an berkata, “yang melampaui batas dalam negeri, lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu” (Al-Fajr: 11-12) Allah juga menceritakan mengenai Firaun dari Mesir: “Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu.” (Al-Baqarah: 50) Islam telah berdiri kukuh menentang pemerintah-pemerintah jenis ini dan menjadikan ia wajib keatas manusia utk melawan kezaliman dan ketidak-adilan.


Sebagai kesimpulan, Islam tidak anti-demokrasi. Apa yg kita mahu ialah masyarakat bebas yg hidup dibawah peraturan dan hukum Shari`ah yg sangat sesuai dgn nilai-nilai demokrasi, kebebasan, hak-hak asasi manusia, keadilan, pembanguan, dan kemakmuran."


Terjemahan dari : Shura and Democracy
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543152

Comments

To understand Quran, we must have 17 types of knowledge. To understand hadith, we must at least memorize 1000 Hadith, each withs it rawi and also meaning. To understand the Syariah, we must be well-versed with all the jurisdiction of the 4 big imams of jurisprudence.

Who are you? Who are the people you quote? Are they thinkers or ulama ( ehen I say ulama I mean those who got ijaziat from a higher Ulama, not degrees from Islamic Universities.

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.