Skip to main content

Mengucapkan Takziah Kpd Non-Muslim

Soalan:


Apakah hukum dlm Islam mengenai perbuatan beberapa pusat Islam dan Sheikhs yg mengucapkan takziah kpd orang yg tidak beriman apabila bencana menimpa mereka? Adakah dibenarkan utk mengucapkan takziah kpd non-Muslims, ingatlah bahawa sebahagian Muslims gagal utk bertindak apabila saudara Muslim mereka di bunuh dgn kejam di serata dunia?


Jawapan oleh Muhammad Muhammad Abu Laylah, Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti

Islam mengarahkan Muslim membuat kebaikan kpd semua orang. Di sini, kita ingin menekankan tiada salahnya dgn mengucapkan takziah kpd non-Muslims, terutamanya bila mereka ditimpa bencana. Ini mesti di lakukan utk menunjukkan kebaikan, ehsan dan belas-kasihan antara penghuni dunia.Tidak keraguan, terdapat peristiwa tertentu, bila mengucapkan takziah kepada non-Muslims akan memberikan tanda kewujudan secara aman kita bersama mereka, yg di alu-alukan. Allah, SWT berfirman, (Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil..) (Al-Mumtahanah 60: 8)

Islam membenarkan Muslim utk mengucapkan takziah kpd non-Muslims, tetapi Muslims mesti diutamakan dan tidak boleh terlepas pandang. Seorang Muslim yg sejati dan taat tidak sepatutnya melupakan Muslims lain atau meninggalkan mereka apabila mengucapkan takziah di perlukan.

Menjawap pertanyaan anda, ulama Muslim terkemuka, Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shinqiti, menyatakan:

Dlm Islam, adalah dibenarkan utk mengucapkan takziah kpd non-muslim. Ini adalah tanda akhlak dan adab mulia akan seseorang Muslim. Ramai ulama Muslim telah berbicara mengenai hal ini dlm kitab-kitab mereka seperti Imam Ibn Al-Qayyim dalam kitab nya yg masyhur ‘Ahkam Ahl-Adhimah’.

Harus diingati bahawa kebenaran mengucapkan takziah kepada non-Muslims tidak diambil sebagai alasan utk mengabaikan saudara Muslim kita . Masalahnya disini bukan dlm mengucapkan takziah kepada non-Muslims, tetapi perangai sebahagian Muslims yang tidak bersimpati terhadap penderitaan dan kesakitan saudara Muslim mereka. Rasulullah (SAW) diriwayatkan telah bersabda, “Seseorang yg beriman atas saudaranya yg beriman seperti satu bangunan yg batu-bata nya mengikat antara satu sama lain.”

Bahkan, dibenarkan untuk mengucapkan takziah kepada non-Muslims semasa waktu kesusahan, melawat mereka semasa mereka sakit, dan menenangkan mereka semasa bencana menimpa mereka. Diriwayatkan yang Anas (RA) berkata, “Ada seorang budak lelaki Yahudi yg selalu berkhidmat kepada Nabi (SAW). Budak itu telah sakit, dan Nabi (SAW) datang melawat dia. Baginda duduk dekat kepala nya dan meminta dia dengan, ‘Jadilah seorang Muslim.’ (Budak itu) memandang bapanya, yg ada bersamanya, dan bapanya berkata kepadanya, ‘Taatilah Abu Al-Qasim (SAW).’ Maka budak lelaki itu menjadi Muslim, maka Nabi (SAW) bersabda, ‘Pujian bagi Allah yg menyelamatkan dia dari api neraka.’” (Riwayat Al-Bukhari)

Petikan di atas adalah dgn sedikit ubahsuai dari www.islam-qa.com

Akhirnya, Dr. Muhammad M. Abu Laylah, professor pengajian Islam & perbandingan agama di Universiti Al-Azhar, membuat kesimpulan:

Sebagai Muslim, kita dibenarkan untuk bertukar hadiah dengan non-Muslims, utk mengucapkan tahniah kpd mereka pada peristiwa gembira dan mengucapkan takziah atau simpati kpd mereka jika sebarang bencana menimpa mereka.


Offering Condolences to Non-Muslims
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503548100&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Posisi Tangan Semasa Solat

Soalan: Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat: Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya. Jawapan: Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil. Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada. Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-man...