Koleksi Fatwa & Artikel Terjemahan Zul Yusoff

*KHIDMAT PENTERJEMAHAN * TRANSLATION SERVICE* English - Bahasa Melayu Zul 019 6342017 mohd_zol@yahoo.com

15 October 2006

HAK ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

SOALAN:

Apakah hak anak-anak?

JAWAPAN :

Allah telah memberikan anak-anak hak atas ibu-bapa mereka seperti ibu-bapa mempunyai hak keatas anak-anak mereka.

Telah diriwayatkan bahawa Ibn ‘Umar berkata:
“Allah telah memanggil mereka abraar (orang yang baik) kerana mereka menghormati (barru) bapa-bapa mereka. Seperti ayah anda ada hak atas anda, begitu juga anak-anak anda ada hak atas anda.

Al-Adab al-Mufrad, 94.

Rasulullah (SAW) bersabda, mengikut satu hadith yang diriwayatkan Abdullah ibn ‘Umar, “… dan anak-anak anda ada hak atas anda.” Muslim, 1159.

Hak anak atas ibu-bapa mereka termasuk beberapa yang datang walaupun sebelum anak-anak itu dilahirkan, contohnya:

1 – Memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu yang baik.

Adalah diriwayatkan dari Abu Hurayrah (RA) yang Nabi (SAW) bersabda: “Seorang perempuan dikahwini untuk empat sebab: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatan agamanya. Berkahwinlah dengan seseorang yang taat agamanya, semoga tangan anda di seliputi debu (iaitu semoga anda makmur).” (Riwayat al-Bukhaari, 4802; Muslim, 1466).

Shaykh ‘Abd al-Ghani al-Dahlawi berkata: Pilihlah dari kalangan wanita yang taat beragama dan baik, dan yang berketurunan baik, kerana perempuan yang berketurunan tidak baik, sifat buruknya mungkin di turunkan kepada anak-anak nya. Allah berfirman (yang bermaksud):

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,”
[al-Nur 24:3]

Bahkan Islam menasihatkan keserasian dengan tujuan harmoni dan untuk mengelakkan seorang menjadi malu jika dia berkahwin ke dalam keluarga yang tidak sesuai.

Sharh Sunan Ibn Maajah, 1/141

Hak selepas anak-anak dilahirkan:

1 – Adalah Sunnah untuk membuat tahneek kepada anak-anak selepas dia dilahirkan:

Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik (RA) berkata:
Anak Abu Talhah sakit. Abu Talhah keluar dan anak itu mati, dan apabila Abu Talhah kembali dia berkata, “Apa khabar anakku?” Umm Sulaym (isterinya) berkata, ‘Dia lebih diam dari biasa.” Maka isterinya membawa makanan dan dia makan, kemudian dia mengadakan persetubuhan dengan isterinya, dan apabila selesai isterinya berkata, “Mereka telah kebumikan anak itu.” Pagi esoknya, Abu Talhah pergi kepada Rasulullah (SAW) dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Dia berkata, “Adakah kamu mengadakan persetubuhan malam tadi?” Dia berkata, “Ya.” Baginda bersabda, “Ya Allah, rahmatilah mereka.” Isterinya kemudian melahirkan seorang bayi lelaki. Abu Talhah berkata kepada ku, “Jaga lah dia sehingga aku membawanya ke Rasulullah (SAW).” Dia membawa bayi itu kepada Rasulullah (SAW) dan aku mengirimkan sedikit kurma dengan dia. Rasulullah (SAW) mengambil bayi dan bersabda, “Ada apa-apa bersamanya?” Mereka berkata, “Ya, sedikit kurma.” Rasulullah (SAW) mengambil beberapa kurma dan mengunyahnya, kemudian baginda ambil sedikit dari mulut baginda dan letak kurma itu dalam mulut anak itu (tahneek), dan menamakan anak itu ‘Abdullah.

Riwayat al-Bukhaari, 5153; Muslim, 2144

Al-Nawawi berkata:

Ulama bersepakat yang adalah mustahabb( digalakkan) untukmembuat tahneek dengan kurma untukanak selepas anak itu dilahirkan; jika tiada kurma maka gunakan sebarang yang manis. Kurma itu harus dikunyah sehingga ia menjadi cukup lembut untuk ditelan, maka mulut anak itu dibuka dan sedikit kurma diletakkan dalam mulutnya.

Sharh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/122-123

2 – Anak-anak itu mesti diberikan nama yang baik, seperti ‘Abdullah atau ‘Abdul Raman.

Adalah diriwayatkan dari Naafi’ yang Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah (SAW) bersabda :
“Nama-nama kamu yang disukai Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdul Raman.”
(Riwayat Muslim, 2132)

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk memberi anak-anak itu nama Nabi:


Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik bersabda: Rasulullah (SAW) bersabda: “Seorang anak telah dilahirkan kepada ku malam tadi dan aku memanggilnya dengan nama bapa ku Ibrahim.”
Riwayat Muslim, 2315

Adalah mustahabb (digalakkan) untuk menamakan anak itu pada hari ke tujuh, tetapi tiada salah untuk menamakan nya pada hari kelahiran nya, sebab hadith yang dipetik diatas.


Telah diriwayatkan dari Samurah ibn Jundub yang Rasulullah (SAW) bersabda: “Setiap anak berada dalam tuntutan untuk ‘aqiqah nya yang sepatutnya disembelih untuknya pada hari ke tujuh, kepala nya harus dicukur dan dia diberi nama.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2838; disahihkan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 4541

Ibn al-Qayyim berkata:

Tujuan memberi nama adalah untuk mengenal-pasti sesuatu itu, kerana jika sesuatu yang tiada nama maka susah untuk merujuk nya. Jadi dibenarkan untuk menamakan anak pada hari kelahirannya, dan dibenarkan untuk menangguhkan memberi nama hingga hari ketiga, atau sehingga hari ‘aqiqah, atau sebelum atau selepas itu. Hal ini adalah besar ruangnya”

Tuhfat al-Mawlud, halaman 111

3 – Adalah Sunnah untuk mencukur kepala anak-anak pada hari ketujuh dan untuk memberi sedekah dengan perak seberat rambut itu .

Telah diriwayatkan yang ‘Ali ibn Abi Taalib berkata: Rasulullah (SAW) menyembelih seekor biri-biri untuk‘aqiqah bagi al-Hasan, dan baginda bersabda, “Wahai Faatimah, cukur kepalanya dan beri sedekah dengan perak seberat rambutnya.” Jadi Fatimah menimbang rambut itu dan beratnya adalah satu dirham atau sebahagian dari satu dirham.
.
Riwayat al-Tirmidhi, 1519; di kelaskan hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Tirmidhi, 1226.


4 – Adalah mustahabb (digalakkan) untuk si bapa untuk membuat ‘aqiqah, seperti dinyatakan dalam hadith yang dipetik diatas, “Setiap anak berada dalam tuntutan untuk‘aqiqah nya.”

Dua biri-biri dikorbankan untuk lelaki dan satu untuk perempuan.

Telah diriwayatkan daripada ‘Aishah yang Rasulullah (SAW) mengarahkan mereka (untuk mengorbankan) dua ekor biri-biri yang sama untuk lelaki dan seekor untuk perempuan.

Riwayat oleh al-Tirmidhi, 1513; Saheeh al-Tirmidhi, 1221; Abu Daud, 2834; al-Nasaa’i, 4212; Ibn Maajah, 3163

5 – Khatan

Telah diriwayatkan Abu Hurayrah berkata: Rasulullah (SAW) bersabda:
“ Fitrah ada dalam lima perkara, atau lima perkara ialah sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai.”

Riwayat oleh al-Bukhaari, 5550; Muslim, 257

Hak anak-anak dalam pendidikan dan asuhan:

Telah diriwayatkan daripada ‘Abdullah (RA) yang Rasulullah (SAW) bersabda:
“Setiap dari kamu adalah pengembala dan bertanggung-jawab untuk biri-biri nya. Pemimpin yang memimpin manusia adalah pengembala dan bertanggung-jawab atas mereka. Lelaki adalah pengembala untuk ahli rumahnya dan bertanggung-jawab atas mereka. Perempuan adalah pengembala atas rumah dan anak-anak suaminya dan bertanggung-jawab atas mereka. Hamba adalah pengembala atas harta tuannya dan bertanggung-jawab atas harta itu. Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu adalah bertanggung-jawab atas biri-biri kamu.”

Riwayat oleh al-Bukhaari, 2416; Muslim, 1829.

Jadi ibu-bapa mesti berhati-hati dalam mengajar anak-anak mereka tugas-tugas dalam Islam dan kebaikan lain yang di syaratkan dalam shariah, dan hal-ehwal dunia yang mereka perlu dengan tujuan untuk hidup secara sopan dalam dunia ini.

Manusia sepatutnya mula dengan mengajar mereka benda-benda paling penting, kemudian benda lebih penting. Jadi dia mula mengajar mereka ‘aqidah yang betul, bebas dari syirik dan bid’ah. Kemudian dia mengajar mereka tatacara ibadah, terutamanya solat. Kemudian dia mengajarkan mereka dan melatih mereka adab dan sifat mulia, dan semua yang baik-baik.

Allaah berfirman (yang bermaksud):

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."”
[Luqmaan 31:13]

Adalah diriwayatkan daripada ‘Abd al-Malik ibn al-Rabee’ ibn Sabrah dari bapa nya yang datuknya berkata: Rasulullah (SAW) bersabda:
“Ajarlah anak-anak bersolat bila dia berumur tujuh tahun, dan pukul dia jika dia tidak solat bila dia berumur sepuluh tahun.”

Riwayat oleh al-Tirmidhi, 407; Abu Daud, 494. Di kelaskan sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 4025

Telah diriwayatkan al-Rubayyi’ bint Mu’awwidh berkata:
Rasulullah (SAW) menghantar pesanan pada pagi Hari Asyura’ ke kawasan yang orang Ansaar tinggal (di pinggir Madinah), dengan bersabda: Sesiapa yang tidak berpuasa pada pagi ini, biarkan dia tidak makan sepanjang hari, dan sesiapa yang mulai berpuasa pagi ini, biarkan dia menyempurnakan puasanya. Dia berkata: Kami selalu melakukan puasa ini selepas itu, dan kami selalu mengajak anak-anak kami puasa dan membuat untuk mereka mainan dari kapas; jika seorang dari mereka menangis untuk makanan kami akan beri dia mainan itu sehingga sampai masa untuk buka puasa.

Riwayat oleh al-Bukhaari, 1859; Muslim, 1136

Telah diriwayatkan al-Saa’ib ibn Yazeed berkata: Saya di bawa untuk menunaikan Haji dengan Rasulullah (SAW) apabila saya berumur tujuh tahun.

Riwayat oleh al-Bukhaari, 1759

Mengajar Adab dan Sifat Mulia:

Setiap ibu-bapa mesti melatih anak-anak mereka dengan sifat mulia dan adab sopan, sama ada kepada Allah, Nabi Nya Rasulullah (SAW), kearah Qur’aan dan ummah mereka , dan dengan sesiapa yang mereka kenal dan ada hak atas mereka. Mereka tidak sepatutnya berperangai buruk dengan siapa yang mereka bergaul, jiran mereka atau kawan mereka.

Al-Nawawi berkata:

Si ayah mesti mendisiplinkan anak-anak nya dan mengajar mereka apa yang dia perlu tahu akan tanggung-jawab agama. Pendidikan ini adalah wajib kepada si ayah dan semua mereka yang menjaga anak-anak sebelum anak-anak itu mencapai usia remaja. Ini dinyatakan oleh al-Shaaf’i dan sahabatnya. Al-Shaafa’i dan sahabatnya berkata : Pedidikan ini wajib atas si ibu, jika tiada si ayah, kerana ia adalah sebahagian dari asuhan anak-anak dan mereka ada hak dalam hal itu dan perbelanjaan untuk pendidikan itu bolehlah diambil daripada harta si anak itu sendiri. Jika si anak tiada harta maka orang yang wajib menanggung dia hendaklah menanggung pendidikannya, kerana itu adalah salah satu perkara yang dia perlukan. Wallahualam.

Sharh al-Nawawi ‘ala Saheeh Muslim, 8/44

Si ayah mesti membesarkan mereka dengan adab mulia dalam semua perkara, makan, minum, berpakaian, tidur, keluar dari rumah, masuk ke rumah, memandu kenderaan, dan sebagainnya, dan dalam semua hal-ehwal mereka. Dia mesti mengasuh mereka dengan sifat manusia baik, seperti suka berkorban, mengutamakan yang lain, menolong orang, adab mulia dan sifat dermawan. Dia mesti menjauhkan mereka dari sifat buruk seperti sifat penakut, kedekut, adab buruk, kurang cita-cita, dan sebagainya.

Al-Manaawi berkata:

“Seperti ibu-bapa anda mempunyai hak atas anda, begitu juga anak anda ada hak atas anda, bahkan banyak hak, seperti mengajar mereka tanggung-jawab individu, mengajar mereka adab Islam, memberikan mereka pemberian yang sama , sama ada itu hadiah, wakaf, atau hadiah lain. Jika keutamaan di tunjukkan tanpa alasan, itu dianggap tidak sah oleh sesetengah ulama dan makruh oleh yang lain.

Fayd al-Qadeer, 2/574

Si ayah mesti melindungi anak-anak lelaki dan perempuan nya dari perkara yang boleh membawa mereka dekat kepada Neraka. Allaah berfirman (yang bermaksud)

“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
[al-Tahreem 66:6]

al-Qurtubi berkata

al-Hasan mentafsirkan ayat ini dengan berkata, Suruhlah mereka dan larang mereka. Seorang ulama berkata: (Frasa) peliharalah (atau lindungilah) dirimu termasuk anak-anak, kerana anak-anak sebahagian dari diri nya, seperti dalam ayat (yang bermakna): “…Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka atau sendirian …” [al-Nur 24:61], di mana saudara-mara tidak dinyatakan secara individu. Jadi si ayah sepatutnya mengajarkan anak-anak perkara yang halaal dan perkara yang haram, dan mengajarkan anak-anak menjauhi dosa, dan mengajarkan anak-anak hukum lain.

Tafseer al-Qurtubi, 18/194-195.

Perbelanjaan:


Ini ialah satu tugas si bapa terhadap anak-anaknya; maka dilarang si bapa dari mengabaikan atau cuai dalam hal ini, bahkan dia diwajibkan untuk melaksanakan tugas ini dengan sepenuh hati.

Telah diriwayatkan ‘Abdullaah ibn ‘Amr (RA) berkata: Rasulullah (SAW) bersabda:
“Cukup berdosa bagi seseorang jika dia mengabaikan mereka yang dia diwajibkan menanggung.”

Riwayat Abu Daud, 1692; di anggap hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 4481.


Hak utama yang lain ialah memberikan anak itu asuhan baik dan menjaganya dengan cermat – terutamanya jika anak-anak itu perempuan. Rasulullah (SAW) menggalakkan amalan mulia ini.

Telah diriwayatkan ‘Aishah isteri kepada Rasulullah (SAW) berkata:
Seorang perempuan datang kepada ku dengan dua orang anak perempuan dan meminta makanan dari ku, dan aku tidak menjumpai sesuatu kecuali satu biji tamar yang aku berikan kepada nya. Dia berkongsi tamar itu dengan dua anak perempuannya, kemudian dia bangun dan pergi. Rasulullah (SAW) masuk dan aku memberitahunya apa yang telah berlaku. Baginda bersabda: “Sesiapa yang menjaga anak-anak perempuan itu dan menjaga mereka dengan baik, mereka akan jadi pelindung untuk dia dari Neraka.”

Riwayat al-Bukhaari, 5649; Muslim, 2629

Satu perkara penting lain yang merupakan hak anak-anak yang mesti diberi perhatian ialah melayan anak-anak dengan adil . Hak ini ditegaskan oleh Rasulullah (SAW) dalam hadith sahih: “Takutilah Allah dan layan anak-anak kamu dengan adil.” (Riwayat al-Bukhaari, 2447; Muslim, 1623).

Tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada perempuan atas lelaki, sebagaimana tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada lelaki atas perempuan. Jika si bapa membuat kesalahan ini dan menunjukkan keutamaan kepada sesetengah anak-anak nya atas yang lain, dan tidak melayan mereka dengan adil, ini akan mendorong kepada banyak keburukan, seperti:

Bahaya itu akan menimpa si bapa itu sendiri, kerana anak-anak itu yang dinafikan atau ditekan akan membesar dengan membencinya. Rasulullah (SAW) memaklumlan hal ini dalam hadith yag diriwayatkan Muslim (1623) apabila dia berkata kepada Abu al-Nu’maan, “Adakah kamu mahu mereka menghormati kamu dengan adil?” Dia berkata, “Ya.” Dalam perkataan lain, jika anda mahu mereka semua menghormati anda dengan adil, maka jadilah adil dalam memberikan mereka hadiah.

Akibat buruk lain ialah anak-anak membenci satu sama lain, dan menyalakan api kebencian dan permusuhan antara mereka.

Wallahualam

Terjemahan dari: Rights of children
Sumber:
http://www.islamonline.com/
Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

1 Comments:

Post a Comment

<< Home