Koleksi Fatwa & Artikel Terjemahan Zul Yusoff

*KHIDMAT PENTERJEMAHAN * TRANSLATION SERVICE* English - Bahasa Melayu Zul 019 6342017 mohd_zol@yahoo.com

15 October 2006

Hak Ibu Atas Gaji Anak Lelakinya

Soalan:

Sila jawab soalan berikut berpandukan al-Quran dan Sunnah:

  • Adakah seorang ibu berhak ada atas gaji anak lelakinya. Adakah anak lelaki mesti meminta kebenaran ibunya untuk membelanjakan gajinya. Bolehkan ibu menghalang anak lelakinya daripada berbelanja atas keluarga anaknya yang termasuk si isteri dan anak-anak ?


  • Apakah hak yang ibu-bapa ada selepas perkahwinan. Adakah menantu perempuan mesti meminta kebenaran suaminya atau kebenaran ibu mertuanya jika dia perlu membelanjakan daripada gaji suaminya atau jika dia mahu menghadiahkan beberapa pakaian yang dia beli daripada gaji suaminya.


Disini saya ingin memaklumkan yang ibu mertua saya telah memberitahu saya yang adalah haknya yang saya mesti meminta kebenarannya sebelum saya menghadiahkan apa-apa daripada gaji anaknya kerana dia ada hak atas gaji anaknya. Jazakum Allahu khayran.


Jawapan Oleh
Monzer Kahf

Mesti di jelaskan yang perhubungan antara seorang perempuan dengan ibu-bapa mertuanya dan seorang lelaki dengan ibu-bapa mertuanya berdasarkan persefahaman dan prinsip umum kebaikan (husn al-mu`asharah).

Walaupun seseorang Muslim diwajibkan untuk berlaku baik dan menghormati ibu-bapanya, ibu-bapanya tidak boleh mengikut hukum Shari`ah menentukan harta, termasuk gaji, anak-anak dewasa mereka tanpa kebenaran.

Dalam jawapan beliau kepada soalan anda, Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi terkenal dan kaunselor menyatakan yang berikut:

Wahai saudari seIslam, Saya ingin berterus-terang kepada anda kerana saya fikir yang melainkan kita sangat jelas akan hal-hal itu, kita akan tidak mampu menyelesaikan banyak masalah sosial dalam masyarakat dan umat kita. Kegagalan kita untuk berbuat demikian akan memberikan ruang kepada pihak sekular dan orang lain yang tidak membawa nilai Islam untuk mengambil peranan dalam cuba membawa penyelesaian yang bercanggah dengan budaya dan nilai kita. Perkara berikut ialah prinsip-prinsip yang menentukan hal-hal berkaitan soalan anda mengikut Shari`ah:

1. Seorang suami diwajibkan menanggung isterinya mengikut tahap pendapatannya dan kekayaannya. Ini dijelaskan dalam al-Qur'an dan Sunnah. Kewajipan ini disebabkan oleh akad perkahwinan dan diwajibkan sama ada si isteri kaya atau miskin atau mempunyai pendapatan sendiri atau tidak. Seseorang wanita berkahwin tidak diwajibkan untuk menanggung dirinya dari wangnya sendiri.

2. Seseorang isteri boleh mengambil daripada harta suaminya (kekayaan, pendapatan, gaji, dan aset-aset lain) walaupun jika dia tidak ada kebenaran yang jelas dari si suami dengan tujuan untuk membayar apa-apa yang diperlukan untuk perbelanjaan peribadi dan keluarga secara kebiasaan. Ini termasuk dalam memberikan sedekah apabila orang memberikan kepada si miskin dan yang memerlukan apabila berlaku sesuatu peristiwa. Hal ini dijelaskan sekurang-kurangnya dua hadith Rasulullah (SAW) yang menyatakan seorang isteri ialah pengurus rumah dan harta suaminya, dan isteri bertanggung-jawab kepada perbuatannya dan Hadith berkenaan Hindun isteri kepada Abu Sufian [ yang dia meminta kepada Rasulullah (SAW) kebenaran untuk mengambil wang suaminya untuk berbelanja untuk keluarganya tanpa kebenaran suaminya dan Rasulullah (SAW) membenarkan dia mengambil yang seadilnya bersesuaian dengan keperluan keluarganya].

3. Ibu-bapa berhak menerima khidmat dan perbelanjaan daripada anak-anak mereka, yang bujang atau berkahwin, jika mereka memerlukan. Kebaikan kepada ibu-bapa diwajibkan sama ada ibu-bapa dalam memerlukan atau tidak. Ini bermakna anak-anak diwajibkan untuk berbelanja untuk ibu-bapa mereka hanya jika ibu-bapa memerlukan, tetapi jika ibu-bapa tidak memerlukan, anak-anak diwajibkan juga membuat baik dan menghormati kepada ibu-bapanya, dalam kedua-dua hal kewangan dan sosial. Tetapi ibu-bapa tidak boleh mengikut hukum Shari`ah menentukan harta, termasuk gaji, anak-anak dewasa mereka tanpa kebenaran mereka. Ibu–bapa yang tinggal dengan anaknya, dan menerima wang daripada anaknya boleh memberikan sedekah mengikut keadaan mereka.

4. Harta suami dan isteri secara hukum tidak sepatutnya dicampur-aduk sekali.
Ini bermakna setiap orang daripada pasangan bebas daripada segi kewangan daripada yang lain. Suami tiada hak menentukan harta isterinya , isteri atas kehendaknya bebas menentukan apa-apa yang suka dengan hartanya (termasuk hadiah yang diberikan oleh suami), dia tidak perlu meminta kebenaran daripada suaminya, bahkan suami tidak perlu tahu akan hal ini. Tambahan lagi, suami dan ibu-bapa suami tiada hak mencampuri hal ini.

Walaupun lelaki berkahwin dan perempuan berkahwin diwajibkan untuk menolong dan berbakti kepada ibu-bapa mereka, perhubungan antara seorang perempuan dengan mertuanya dan seorang lelaki dengan mertuanya berdasarkan persefahaman dan prinsip umum kebaikan (husn al-mu`asharah). Isteri tidak diwajibkan mentaati atau berbakti kepada ibu mertuanya, dan suami tidak diwajibkan mentaati atau berbakti kepada ibu mertuanya. Tiada hukum dalam Shari`ah kita yang meletakkan kewajipan atas perempuan berkahwin kepada ibu-bapa mertuanya kecuali prinsip umum persefahaman, kebaikan, penghormatan, dan menghormati yang tua.

Terjemahan dari: Rights of a Mother Over Her Son's Salary

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1145175676533&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home