Skip to main content

Kesahihan al-Qur'an dan Bible

Soalan

Jika non-Muslim bertanya berkenaan kesahihan al-Qur’an, bagaimana kita boleh menjawab soalan itu dan apakah bukti yang boleh kita berikan mereka yang al-Qur’an dalam bentuknya yang asal sejak daripada permulaan dan tidak pernah dipinda. Juga, Jika non-Muslim bertanya apakah bukti yang kita (Muslim) ada yang Bible sudah diseleweng.

Jawapan Oleh
Shahul Hameed

Wahyu ialah cara utama Allah mengatur alam ini. Terdapat dua aspek berkaitan wahyu. Pertama wahyu itu sendiri dan kedua bukti wahyu itu datang dari Allah. Buktinya datang dalam pelbagai cara. Tetapi, sebelum melihat kepada bukti-buktinya, mari kita secara ringkas berfikir akan wahyu itu dan kenapa wahyu itu penting dalam perancangan alam.

Keperluan asas untuk wahyu adalah untuk menyediakan autoriti moral, untuk memimpin manusia kearah mencapai matlamat kewujudan, yang merupakan kehendak Allah. Tanpa wahyu, kita mungkin hanya akan menghukum apa yang berguna untuk keadaan kita. Tetapi, tujuan kita dalam penciptaan memerlukan satu autoriti yang lebih besar daripada pertimbangan dunia semata-mata. Apa yang betul? Apa yang salah? Ini ialah soalan-soalan berkaitan dengan ciri utama kewujudan dan hanya boleh dijawab oleh Sang Pencipta – Allah.

Al-Qur'an menerangkan perkara ini awal-awal lagi. Al-Qur'an bermula dengan bacaan asas solat al-fatihah – pembukaan. Ini satu doa utama kepada Allah untuk petunjuk . Surah seterusnya al- Qur'an mula menjawab doa ini dengan kenyataan berikut:


Kitab(Al Quran) ini tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa

Surah 2 Ayat 2


Apabila merujuk kepada bukti-bukti yang sesuatu kitab sememangnya datang daripada Allah, terdapat banyak pertimbangan. Pertamanya, kita boleh melihat kepada integriti teks dan fakta sejarah mengenai pengumpulan kitab itu. Ini menjelaskan realiti sejarah kitab itu. Kemudian kita boleh melihat bagaimana apa yang dikatakan menjadi bukti berasal dari kalam Tuhan. Pertamanya mari kita lihat pada bukti sejarah dan ketekalan (consistency) akan dakwaan yang dibuat atas setiap kitab.

Al Qur’an

Berkenaan dengan kesahihan al- Qur’an, kita perhatikan perkara-perkara berikut:
Allah memberitahu Rasulullah dalam al-Quran:

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya.



Surah 75 Ayats 16 - 19

Allah memberi jaminan yang pengumpulan dan penyebaran al- Qur’an adalah terjamin. al- Qur’an di hafal oleh Rasulullah (SAW), yang menerima wahyu ilahi itu, bukan sahaja membaca nya kepada sahabat baginda, tetapi mempelajari nya dengan hafalan. Bahkan, Rasulullah (SAW) mengambil sepenuh usaha untuk memastikan para sahabat juga mempelajari nya dengan hafalan. Rasulullah (SAW) bersabda:

‘Yang terbaik dikalangan kamu (Muslims) ialah mereka yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya.' (Bukhari, VI - No. 546)

Mengikuti arahan Rasulullah (SAW), ramai sahabat baginda mempelajari al-Qur’an dengan menghafal, serta-merta setelah ayat-ayat itu diwahyukan. Imam Suyuti menyebut – dalam Itqan beliau- lebih daripada dua puluh orang yang terkenal yang menghafal wahyu itu. Amalan menghafal al-Qur’an telah amat digalakkan oleh Rasulullah (SAW), bukan sahaja sahabat baginda, tetapi Muslim yang alim kemudiannya juga mengambil berat menghafalnya.

Benar yang al-Qur’an tidak dikumpulkan dalam satu buku semasa masa Rasulullah (SAW); tetapi ayat-ayat itu ditulis dengan cermat dan surah dibaca, bukan hanya semasa solat, tetapi juga pada peristiwa lain. Muslim diajar yang membaca dan mempelajari ayat-ayat al-Qur’an ialah amalan mulia dan mendapat pahala besar. Atas sebab ini, sahabat Rasulullah (SAW) bersungguh-sungguh mempelajari ayat-ayat itu, yang sebahagian besarnya bertanggung-jawab dalam menjaga al-Qur’an dalam hati manusia.

Kisah Omar memeluk Islam amat terkenal. Dalam riwayat Ibn Hisham kita boleh membaca bagaimana Omar meminta adik perempuannya untuk memberikan kepada beliau satu keping al-Qur’an yang tertulis, yang mereka telah baca. Perkara ini ialah bukti amalan menulis ayat-ayat al-Qur’an atas bahan-bahan yang ada sudah dilakukan pada masa awal turun wahyu.

Penulis-penulis riwayat hidup Rasulullah (SAW) dengan jelas mencatatkan yang baginda melantik ramai penulis untuk mencatat wahyu al- Qur’an. Hadith ini membuktikan yang para sahabat telah ada al-Qur’an dalam bentuk bertulis:



‘Daripada Ibn Omar: ... Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Jangan dibawa al- Qur'an dengan kamu semasa perjalanan, kerana aku takut ia jatuh ke tangan musuh’’.
(Sahih Muslim & Sahih Bukhari)

Jelaslah yang ini merujuk al-Qur’an dalam bentuk bertulis . Terdapat tiga hadith dalam Sahih Bukhari, memaklumkan kita yang Malaikat Jibril selalu membaca al-Qur'an dengan Rasulullah (SAW) sekali setahun, tetapi dia membacanya dua kali bersama baginda pada tahun baginda meninggal. Ini berlaku apabila Rasulullah (SAW) selalu beriktikaf (beribadah bersendirian) selama sepuluh hari setiap tahun (dalam bulan Ramadan), tetapi pada tahun baginda meninggal, baginda beriktikaf selama dua puluh hari. (Bukhari)

Jelaslah dengan sebab-sebab tadi yang tiada perbandingan antara al-Qur’an dan Kitab-kitab suci lain, dalam hal merekod dan menyebarkan kepada generasi kemudian. Sedangkan kitab-kitab dalam Perjanjian Lama dan Baru, contohnya, ditulis, diedit dan dikumpulkan dalam jangka panjang, kadang-kala berabad, kandungan al-Qur'an, biar pun wahyu sudah berakhir, masih kekal sama, sehingga hari ini.

Zaid ibn Thabit ialah ketua penulis, yang selalu mencatatkan wahyu, mengikut arahan Rasulullah (SAW). Selepas zaman Rasulullah (SAW), dalam perang Yamama, sebilangan besar huffaz (mereka yang menghafal al-Qur’an) syahid. Maka Abu Bakar melantik Zaid untuk mengumpulkan semua versi al-Quran yang ada bertulis dan membawa satu salinan utama. Disebabkan beliau ialah ketua penulis Nabi, maka beliau orang yang paling sesuai untuk kerja itu.

Apabila beliau menyempurnakan kerja itu, beliau memberikan koleksi al-Qur’an bertulis kepada Abu Bakar, yang Abu Bakar menyimpan bersamanya sehingga kematiannya. Selepas kematian Abu Bakar, Omar, khalifah kedua, akhirnya memberikannya kepada anaknya Hafsa – seorang daripada isteri nabi – untuk dijaga. Daripada koleksi bahan ini Khalifah Othman menyediakan beberapa salinan dalam bentuk kitab lengkap pertama Al-Qur’an. Beberapa salinan ini masih wujud.

Allah memberi jaminan kepada kita dalam al-Qur’an:

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.



Surah 15 Ayat 9

... sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.



Surah 41 Ayats 41 – 42

Untuk fakta sejarah lebih lanjut mengenai masa wahyu al-Qur'an sila baca ‘Ulum al-Quran - An Introduction to the Sciences of the Qur'an – oleh Ahmad Von Denffer

Bible

Apabila kita meneliti sejarah Bible, kita dapati kisahnya berlainan sekali. Pertamanya, Bible bukannya satu kitab; tiada orang Kristian yang boleh mendakwanya sebagai satu kitab, yang diwahyukan kepada Tuhan kepada seorang Nabi. Bahkan, mengikut kepada beberapa pendita Kristian, ia ialah “satu kumpulan kitab-kitab”. Ini bermakna yang Bible telas ditulis oleh ramai pengarang pada pelbagai peringkat dalam sejarah. Ini adalah perbezaan utama antara al-Qur’an dan Bible.

Semua Bible dibahagikan kepada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama terdiri daripada kitab-kitab yang ditulis sebelum Nabi Isa al-Masih. Kemudian, Perjanjian Baru terdiri daripada kitab-kitab yang ditulis selepas Nabi Isa al-Masih.

Mengikut kepada Encyclopedia Universalis (Paris, 1974 edition, Vol. A pp. 246- 263: Entri: Bible, yang ditulis oleh J.P. Sandroz, Professor di Dominican Faculties, Saulchoir), Perjanjian Lama muncul sebagai satu kesusasteraan agung bagi orang Yahudi, daripada asalnya hingga kedatangan agama Kristian.

Kandungan kitab itu ditulis, disiapkan dan disemak antara kurun Kesepuluh dan pertama Sebelum Masihi. Kitab itu ialah kumpulan hasil kerja pelbagai panjang dan pelbagai genre yang banyak. Kitab itu ditulis dalam beberapa bahasa, pada tempoh lebih sembilan ratus tahun, berdasarkan tradisi lisan. Banyak hasil kerja itu dibetulkan dan disiapkan, mengikut peristiwa atau keperluan khas, selalunya pada tempoh yang sanggat lama di antara satu sama lain.

Untuk memahami apa yang Perjanjian Lama menggambarkan, penting untuk mengekalkan maklumat ini, yang disahkan dengan tepat kini oleh pakar yang amat layak. ‘Satu wahyu dicampur-aduk dengan kesemua penulisan itu, tetapi semua yang kita ada kini ialah apa yang mereka lihat sesuai untuk ditinggalkan kepada kita. Mereka ini memanipulasikan penulisan itu untuk menggembirakan diri mereka, mengikut kepada keadaan yang mereka berada dan keperluan yang mereka hadapi.’ (The Bible, Qur’an and Modern Science - by Maurice Bucaille.)

Kita juga dapati dalam The Interpreter's Dictionary Of The Bible:

‘Naskah asal kitab Perjanjian Baru sudah pasti telah lama hilang. Fakta ini tidak sepatutnya menyebabkan kejutan. Pertamanya, kitab itu ditulis di atas papyrus, bahan yang sangat rapuh dan mudah musnah. Keduanya, dan mungkin bahkan lebih penting , naskah asal Perjanjian Baru tidak dilihat sebagai kitab oleh mereka dari masyarakat Kristian awal.’ (George Arthur Buttrick - Ed.: The Interpreter's Dictionary Of The Bible, Volume 1, p. 599 – under: ‘Text, New Testament').

Perjanjian Baru mengandungi 39 kitab. Empat kitab pertama dikenali sebagai Injil, yang menceritakan kisah Isa. Kitab yang lain ditulis oleh mereka yang dikatakan pengikutnya. Yang paling utama antara mereka ialah St. Paul, yang menulis tiga belas kitab. Yang menghairankan dalam hal itu ialah St. Paul ini, walaupun sezaman dengan Isa, tidak pernah berjumpa beliau, dia bukan dikalangan dua belas orang pengikut yang di pilih oleh Isa sendiri! Akan tetapi, ideanya, bukannya daripada Isa atau sebahagian pengikut beliau, yang telah memberi bentuk utama kepada agama Kristian moden!

Empat penulis Injil ialah Matthew, Mark, Luke dan John. Dikalangan pengikut Isa, kita jumpa semua nama ini kecuali Luke. Paderi-paderi Gereja mengajarkan pengikutnya yang penulis Injil ialah “saksi” kepada perbuatan Isa. Tetapi pengkaji moden menjelaskan yang penulis Injil dan pengikut itu ialah orang yang berbeza. Contohnya, ada pengikut yang bernama Matthew, tetapi Injil Matthew bukannya ditulis oleh Matthew ini ! Injil The King James Version menjelaskan fakta ini, lihat tajuk Injil-injil: Injil mengikut Matthew, Injil mengikut Mark… dan sebagainya, dan bukannya Injil oleh Matthew, Gospel oleh Mark dan sebagainya.

Ajaran Kristian ialah Injil-injil ini, sebagaimana Perjanjian Baru yang lain, adalah “kalam Tuhan”. Mereka berkeras mengatakan yang penulis Injil diilhamkan oleh Tuhan semasa menulis, dan supaya tidak berlaku kesalahan. Jika ini benar, bagaimana boleh mereka menjelaskan percanggahan dikalangan pelbagai Injil akan banyak perkara? Contohnya Matthew dan Luke memberikan dua salasilah Isa yang berbeza. (Lihat Matthew: 1:1-17; dan Luke 3: 23-38). Hanya beberapa nama dalam dua senarai itu sepadan!

Terdapat banyak lagi bukti dalaman dalam kitab Bible, yang membuktikan yang kitab ini tidak terkawal dengan pasti daripada penyelewengan. Tetapi bagi matlamat kita, saya harap maklumat tadi sudah cukup. Sudah jelas, dari fakta di atas, al-Qur’an yang kita ada kini, ialah teks yang sahih. Sedangkan dakwaan keaslian Bible (kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru) adalah palsu.

Beralih daripada realiti sejarah kitab-kitab itu, terdapat banyak maklumat mengenai kandungan al-Qur'an. Satu ujian utama terhadap sesuatu kitab yang boleh dijadikan pengukur yang kitab itu kalam Tuhan ialah ketekalan (consistency) kandungannya dan ketekalannya dengan sains sepanjang masa. Dakwaan itu tidak boleh di buat atas Bible dengan sains tetapi dakwaan itu boleh dibuat atas al-Qur'an dan benar.

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.



Surah 4 Ayat 82

Terjemahan daripada: The authenticity of the Qur'an and the Bible

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1123996015712&pagename=IslamOnline-English-AAbout_Islam/AskAboutIslamE/AskAboutIslamE

Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com



Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.