Skip to main content

FATWA BERKAITAN BEKERJA DENGAN BANK KONVENSIONAL

Bekerja Dengan Bank

Soalan:

Apakah hukum dalam Islam berkaitan dengan bekerja dengan bank?

Jawapan:

Pertamanya, kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti berkerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh di capai dan tidak mustahil.


Menjawab persoalan tersebut , Ulama terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, menyatakan yang berikut:

"Sistem ekonomi Islam berdasarkan permusuhan terhadap riba. Islam mengisytiharkan riba sebagai satu dosa besar yang membawa bencana dan keruntuhan sosial. Riba mengakibatkan mala-petaka dalam kehidupan ini dan hukuman keras di akhirat, sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur’an: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah: 276)

Cukuplah dengan membaca apa yang telah Allah firmankan dalam al-Qur’an: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum diambil) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya..” (Al-Baqarah: 278-279)

Rasululllah (SAW) bersabda , “Jika zina dan riba berleluasa di satu kawasan, penduduk kawasan itu meminta azab Allah.” Hukum Islam dalam melawan kejahatan adalah dengan melakukan yang terbaik untuk menentangnya, mengubahnya dan tidak bekerjasama dengan yang lain dalam melaksanakannya. Maka, jika semua Muslims terlibat dalam membunuh satu nyawa yang tidak berdosa, Allah SWT akan menghukum mereka semua. Rasululllah (SAW) melaknat mereka yang menghasilkan arak, menjualnya , meminumnya, mempromosinya , mereka yang duduk dengan peminumnya, pembawanya dan mereka yang arak itu dibawa kepada. Dalam hadith lain, Rasululllah (SAW) melaknat rasuah, mereka yang memberinya, penerimanya dan mereka yang mendorong kepadanya atau mempromosinya. Begitu juga , Rasululllah (SAW) melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan mereka yang menjadi saksi kontrak itu.

Hadith Rasululllah (SAW) ini mengancam kehidupan sebahagian Muslims yang taat yang bekerja dengan bank dan institusi kewangan lain.

Bahkan, halnya lebih daripada menjadi saksi kontrak. Riba menyerap ke dalam segenap lapisan sistem ekonomi dan institusi kewangan kita. Malapetaka ini menjadi umum, seperti Rasululllah (SAW) pernah bersabda, “Akan datang satu masa yang setiap orang makan riba dan mereka yang enggan akan disentuh oleh debunya.”

Malapetaka ini tidak akan berubah dengan keengganan seseorang untuk bekerja di bank. Perkara yang mengubah ialah kemahuan masyarakat untuk mengelakkan kesan buruk system riba. Riba berpunca daripada eksploitasi sistem kapitalis. Perubahan akan datang apabila manusia mengubah nasib mereka dengan tangan mereka dan bertindak sewajarnya. Islam tidak melarang membuang penyakit ini secara berperingkat. Ini ialah Sunnah Rasululllah (SAW) dan Islam dalam membuang tabiat minum arak. Apa yang penting ialah manusia mesti di yakinkan akan kesan buruk riba. Melalui cara ini, apabila mereka mempunyai kemahuan untuk berubah, mereka akan berubah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Maka, setiap Muslim sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh dan menumpukan tenaga untuk membina system ekonomi kita mengikut arahan Islam. Matlamat ini boleh dicapai dan tidak mustahil. Terdapat banyak Negara dan berjuta-juta manusia yang tidak mengikuti system riba. Negara tersebut ialah Negara komunis. Jika kita juga melarang bekerja dengan bank dan institusi kewangan, maka non-Muslims akan mengawal ekonomi kita termasuk juga ekonomi antarabangsa. Biasanya, mereka yang mengawal ialah Yahudi dan ini tidak memberikan kita apa-apa kebaikan.

Secara umumnya, kebanyakan kerja di bank tidak dilarang, kecuali sebahagian kecil kerja yang terlibat dengan riba. Saya lihat tiada masalah dalam bekerja dengan bank.

Disamping itu, kita semua sepatutnya bekerja untuk menukar system itu dan melakukan yg terbaik dalam mengendalikan diri kita untuk disesuaikan dengan kerja kita dan keridaan Allah kepada kita. Bekerja ialah kewajipan untuk menyediakan rezeki kepada seseorang dan keluarganya. Maka, hukum darurat digunapakai disini. Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.".” (Al-An`am: 145)


Terjemahan daripada: Working with Banks
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543128&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Pandangan Islam Terhadap Bekerja Dengan Bank Konvensional

Soalan:

Adakah haram bekerja dengan bank atau berurusan dengan bank?

Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf Pakar Ekonomi & Kewangan Islam:


“Kita semua tahu yang faedah bank ialah sejenis Riba yang diharamkan oleh Shariah. Shariah juga mengharamkan memberinya, menerimanya atau mengambilnya, menulis kontraknya dan menjadi saksi atasnya. Maka, sebarang kerja yang memerlukan seorang Muslim untuk membuat kontrak Riba, atau menjadi perantara dakam melakukannya seperti berunding dengan pelanggan, mendorong kontrak ditandatangani atau menandatangani bagi pihak bank dan kerja-kerja lain yang berkaitan secara langsung dengan membuat kontrak berasaskan Riba yang berkaitan dengan simpanan atau pembiayaan dalam bank yang berasaskan Riba adalah diharamkan.

Terdapat banyak kerja dalam bank yang tidak berkaitan secara langsung dengan Riba seperti pengawal keselamatan, juruwang, bendahari, penyelidik, penyelia bangunan dan mesin, dan sebagainya., Saya ingin memetik pendapat dua ulama muslim terkemuka dalam hal berkenaan seperti berikut:

Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir dari Sudan dan Yang berbahagia Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami dari Tunis berpendapat yang pekerjaan seperti itu tidak termasuk dalam larangan itu. Bagaimanapun, mereka berpendapat yang kerja yang menyokong operasi berasaskan riba adalah haram.”

Terjemahan daripada: Working for Banks: Islamic View
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543480&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Bekerja dengan Bank Bukan Islam

Soalan:

Adakah dibenarkan untuk bekerja dengan bank bukan Islam dalam jabatan sokongan teknologi? Saya menetap di Amerika Syarikat, dan saya sedang bekerja dengan bank berasaskan riba. Saya ingin berhenti kerja. Semuanya disini berkaitan dengan Riba. Jazakum Allahu khayran.

Jawapan oleh, Sheikh `Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor Tafsir Qur'an dan Ulum Qur'an di Universiti Al-Azhar:

"Kita ingin menjelaskan dua perkara penting. Pertamanya, sistem ekonomi biasanya berkaitan dengan Riba. Jika anda terpaksa bekerja dalam bidang ini, maka tiada salahnya, dan anda dimaafkan kerana berbuat demikian. Bagaimanapun, anda mesti bertaubat kepada Allah, dan memohon Allah mengampuni anda semasa anda sedang berusaha keras mencari kerja lain yang halal untuk mencari rezeki.

Keduanya , jika anda terlibat secara langsung berurusan dengan Riba, dan ia adalah kerja dan cara mencari rezeki anda, maka anda tidak dibenarkan membuat pekerjaan jenis ini.

Kesimpulannya, bekerja dengan bank berasaskan riba bukanlah pilihan kerja biasa bagi seseorang Muslim. Anda dibenarkan bekerja dalam bidang itu hanya jika anda dapati betul-betul sukar untuk mencari kerja yang halal untuk mencari rezeki. Ingatlah yang anda mesti meninggalkan kerja ini pada ketika anda menemui kerja yang lebih sesuai. Jika anda berpandukan niat ikhlas untuk mecari kerja yang halal untuk mencari rezeki, Allah SWT akan mempermudahkannya bagi anda, in sha’ Allah."

Terjemahan daripada: Working for Non-Islamic Banks
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544116

Kerja IT Dengan Bank

Soalan:


Sila bantu kami mencari jalan yang benar dalam hidup kami. Saya seorang jurutera software bekerja dengan syarikat software. Syarikat saya dibiayai oleh sebuah bank Islam. Tumpuan syarikat software kami pada tahun depan ialah bidang perbankkan dan kebanyakkan pelanggan ialah bank. Masalah yang saya akan hadapi ialah projek yang saya sepatutnya bekerja selepas ini untuk perbankkan software dan kebanyakkan bank yang saya akan bekerja ialah bank bukan Islam. Saya memohon panduan sama ada bekerja untuk bank adalah haram (dilarang ) walau pun saya tidak secara langsung bekerja dengan bank itu. Jazakum Allah khayran.

Jawapan:


Menjawab persoalan anda, kami ingin menyatakan yang dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangai kontrak bagi pihak bank.Ini ialah fatwa yang diberikan oleh Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi terkemuka dan kaunselor, yang menyatakan:

Dibenarkan bekerja dengan sebarang jabatan dalam bank konvensional, jabatan kredit, jabatan IT atau software atau jabatan-jabatan lain, selagi anda tidak menyediakan sebarang kontrak berasaskan riba atau menandatangani kontrak bagi pihak bank.Ini ialah pendapat pakar Shari`ah yang terkemuka pada zaman kita, al-marhum Sheikh Mustafa Al-Zarqa (meninggal 1999), Sheikh Al-Qaradawi, Sheikh As-Salami dari Tunisia dan Sheikh Adh-Dhareer dari Sudan. Alasannya ialah pekerjaan itu di bank konvensional tidak termasuk dalam murka Allah yang disabdakan Rasululllah (SAW) atas pemberi riba, pengambilnya, penulisnya dan dua saksinya (riwayat Muslim). Disamping itu, larangan bekerja dengan bank meletakkan kesusahan keterlaluan dan kepayahan atas Muslim di kedua-dua negara majority Muslim dan masyarakat Muslim di Negara lain.

Dr. Monzer menambah :

Bekerja dengan bank konvensional tidak haram kecuali pekerja dalam bidang perlaksanaan kontrak pinjaman dengan pelanggan. Jika anda bekerja dalam IT, anda tidak membuat kontrak itu dan kerja anda dibenarkan. Untuk mendakwa yang berlawanan memerlukan dalil daripada Shari`ah kerana Rasululllah (SAW) mengisytiharkan murka Allah atas pengambil riba, pemberinya, penulisnya dan saksinya. Anda tidak perlu memperluaskan la`nah (murka) kepada jurutaip, juruwang, pekerja IT atau software dan pengawal bank. Disamping itu, tidak semua aktiviti bank konvensional berada dalam bidang riba; mereka juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain yang dibenarkan.

Terjemahan daripada: IT Job for a Bank
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503547406&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com




Comments

huzaifah said…
"Pertamanya, kita ingin menekankan yang setiap Muslim yang taat mesti berkerja keras dan menumpukan tenaga untuk meningkatkan sistem ekonomi Muslim. Yakinlah, matlamat ini boleh di capai dan tidak mustahil.."

Ini baru pertama kali ana dengar ayat nie.kalau kita tak berkerja keras dalam meningkatkan ekonomi umat islam adakah kita bukan seorang islam yang taat?

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.