Skip to main content

Islam dan Pembangunan

Soalan:

Sesetengah orang menuduh Islam menjadi agama yang ketinggalan yang tidak sesuai dengan zaman moden. Ini adalah akibat suara yang menyeru kepada penerimaan prinsip- prinsip lama dan memboikot prinsip- prinsip moden. Bagaimana boleh kita membantah tuduhan itu?


Jawapan oleh Syeikh
`Atiyyah Saqr

Islam ialah agama yang menyeru kepada semua pengikutnya untuk menerima idea-idea & teknologi yang boleh menambah baik kehidupan, selagi ia dalam had-had yang ditetapkan dalam Islam. Pembangunan, iaitu, perubahan kepada bentuk yang lebih baik, ialah satu kecenderungan dalaman kearah kesempurnaan material dan moral.

Menjawab soalan, Sheikh `Atiyya Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menyatakan yang berikut:

Pertamanya, adalah salah untuk menghukum satu ajaran mengikut perangai sesetengah mereka yang mendakwa mengamalkannya, sedangkan amalannya mungkin salah tetapi ajaran itu boleh jadi benar. Musuh Islam boleh menghukum Islam dengan amalan manusia terutamanya pada masa ini. Ramai yang menganut Islam mengabaikan ajarannya atau patuh kepada beberapa hal kecil yang tidak sesuai dengan asas agama itu. Sebenarnya, ini berlaku pada masa ini, kerana terdapat kempen agresif menentang Islam, ini berpunca oleh perangai si sesat yang terlibat dalam kesalahan besar dibawah nama Islam.

Jika mahu menghukum satu ajaran mengikut kepada amalan mereka yang mendakwa mengamalkannya, ia seharusnya dilakukan mengikut mereka yang mengikutinya dengan betul. Islam ialah agama sebenar yang membawa manusia keluar dari kegelapan kepada cahaya. Muslim awal memahami dan menggunakannya secara tepat; jadi, mereka ada authoriti dan kuasa. Allah SWT berfirman [Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa.] (An-Nur 24:55).

Islam ialah agama terakhir dari agama wahyu dan Nabi Muhammad ialah rasul yang terakhir. Jadi Islam bersesuaian dengan semua masa dan tempat. Bukan rahmat dari Allah SWT untuk meninggalkan hamba Nya tanpa agama sehingga Hari Pengadilan. Maka di dalam nilai nya dan prinsipnya yang terbina kukuh, Islam mempunyai semua perkara yang berkaitan dengan pembangunan. Nilai dan prinsip ini tidak bertukar kerana masa atau suasana persekitaran.
Pembangunan ialah kecenderungan semulajadi untuk berubah kepada bentuk yang lebih baik. Kecenderungan ini diam-diam menjurus kearah kesempurnaan material dan moral. Secara umum, semua agama mengiktiraf kecenderungan yang tidak mampu ditolak dan di tahan itu. Misi semua agama, yang terpenting ialah memberi petunjuk. Lagipun, semua agama membawa banyak sifat pembangunan yang mudah dilihat apabila kita berfikir mendalam akan pelbagai agama sebelum Islam dan melihat setakat mana Islam datang sebagai agama terakhir untuk menyempurnakan nya.

Bagaimana Islam Berkaitan Dengan Pembangunan

1. Islam menyeru kepada mengambil yang terbaik dalam semua perkara. Allah SWT berfirman [bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya] (Az-Zumar 39:17-18).
Bahkan, Islam menggalakkan penganutnya untuk bercita-cita untuk matlamat besar dan tinggi. Rasulullah (SAW) dilaporkan bersabda, "Jelaslah, Orang Yang Beriman tidak pernah puas membuat kebaikan sehingga dia masuk Syurga " (At-Tirmidhi).

2. Islam memuliakan kekuatan dalam kedua-dua hal material dan spiritual. Rasulullah (SAW) dilaporkan bersabda, " Orang Beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah dari Orang Beriman yang lemah, dan terdapat kebaikan dalam setiap orang, (tetapi) hargailah yang boleh memberi kamu manfaat (di akhirat) dan mintalah pertolongan dari Allah dan jangan berputus asa " (Muslim).

3. Islam melarang mentaati kepada ajaran-ajaran lama jika ia korup. Allah SWT berfirman [Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak- bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka. (Rasul itu) berkata: "Apakah (kamu akan mengikutinya juga) sekalipun aku membawa untukmu (agama) yang lebih (nyata) memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya?" '] (Az-Zukhruf 43:23-24).

4. Islam bersetuju menggunakan kemudahan moden dalam konteks ajaran yang tetap. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda, "Sesungguhnya, Allah akan menghantar untuk umat ini pada setiap permulaan seratus tahun [boleh bermakna setiap generasi] seseorang yang akan memulihkannya (umat ini) agamanya " (Al-Hakim).

5. Islam menggalakkan Muslim untuk mencari dan menuntut ilmu, yang merupakan asas pembangunan dan memberi manfaat kepada individu dan masyarakat dalam kerangka agama. Allah SWT berfirman [Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah orang berilmu] (Fatir 35:28). Ilmu termasuk banyak bidang seperti astronomi, fizik, kimia, botani, geologi, perubatan, sosiologi, falsafah.

6. Islam mengarahkan Muslim untuk bekerja dan menggunakan ilmu ini dalam semua bidang, seperti pertanian, industri, dan perdagangan. Terdapat banyak dalil yang mementingkan fakta ini, dan anda boleh merujuk kepada hal itu dalam buku saya Dirasat Islamiyyahli Ahamm Al-Qadaya Al-Mu`asirah (Pengajian Islam Untuk Isu-isu Semasa Yang Terpenting).

7. Islam membenarkan pembangunan material dalam kerangka agama. Namun, Islam menyeru kepada pembangunan spiritual yang abadi, kerana ia menghalang pembangunan material dari kesesatan dan mengiringi umat manusia dalam kehidupan dunia ini dan di akhirat. Allah SWT berfirman [Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.] (Al-Kafh 18:46) dan [Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.] (Aal `Imran 3:14-15).

Melalui pembangunan ini, Islam membentuk empayar yang hebat dan kuat. Ramai ulama menyaksikan pembangunan Islam dan menekankan ajarannya dan usaha mereka yang menggunakannya banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia dalam semua bidang.

Jadi, kami tekankan kepada mereka yang mahu menghukum Islam sepatutnya menghukumnya mengikut kepada ajarannya dan amalannya yang betul. Maka salah untuk menghukum nya mengikut kepada perangai si sesat yang tiada ilmu berkenaan ajaran Islam atau mereka yang mengamalnya secara salah.

Terjemahan dari: Islam and Development
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1147955886860&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di...

Kenapa Perkara Haram Tidak Lagi Diharamkan Di Syurga?

Soalan: Majoriti orang Kristian berpendapat yang kepercayaan kita terhadap Syurga hanya adalah untuk melibatkan diri kita dalam keseronokan, untuk mempunyai seramai mungkin gundik dan untuk minum alkohol, yang Islam larang atas dunia. Sila beritahu saya bagaimana saya boleh menolak dakwaan mereka. Jazakum Allahu Khayran. Jawapan oleh Sheikh Muhammad S. Al-Munajjid Allah telah menyediakan untuk hamba Nya yang beriman dalam Syurga, nikmat yang tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, tiada siapa pernah terfikir, sehingga tahap orang yang mendapat paling sedikit nikmat dalam Syurga akan ingat yang dia mendapat paling banyak nikmat antara mereka. Abu Sa`eed al-Khudri, (RA), berkata yang Rasulullah (SAW) bersabda: "Serendah-rendah martabat manusia dalam Syurga akan ada seorang lelaki yang mukanya Allah palingkan dari Neraka ke arah Syurga, dan menunjukan dia satu pokok yang memberikan bayangan. Dia akan berkata, ‘Wahai Tuhan, bawalah aku dekat kepada pokok itu supaya...