Koleksi Fatwa & Artikel Terjemahan Zul Yusoff

*KHIDMAT PENTERJEMAHAN * TRANSLATION SERVICE* English - Bahasa Melayu Zul 019 6342017 mohd_zol@yahoo.com

12 December 2006

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit

Soalan:

Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit?

Jawapan:

Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya.


Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi, bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut:

"Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba.

Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-negara Muslim. Syarikat kad kredit membuat duit daripada yuran tahunan dan daripada komisyen mereka ambil dari pentadbiran. Sesetengah syarikat mengeluarkan kad kredit mereka tanpa sebarang yuran tahunan, kerana mereka mengharapkan boleh mengutip riba daripada pengguna yang menggunakan kredit kad itu dan kemudian pengguna akan membayar riba atas baki yang belum dibayar. Namun, seseorang tidak perlu membayar riba jika dia membayar bil kad itu tepat pada masanya.

Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan khidmat ini selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Jelas haram untuk membayar riba. Namun, seseorang dibenarkan menggunakan kredit kad itu untuk mengecaj jumlah yang seseorang boleh membayar apabila bil tiba nanti. Tetapi jika seseorang menggunakan kad kredit untuk meminjam wang dengan riba atau untuk membayar apa-apa yang dia tidak boleh membayar pada masanya, maka dia terlibat dalam Riba yang diharamkan dalam Islam."

Terjemahan daripada: Using Credit Cards
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543252

Fatwa 2: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit?


Soalan:

Apakah yang dimaksudkan kredit kad sebagai halal, apabila seseorang mengambil wang sebagai hutang daripada bank yang berasaskan Riba, walaupun kita membayar hutang itu dengan penuh (dalamm tempoh yang dipanggil grace period), sedangkan Islam melarang penglibatan pihak ketiga dalam sesuatu urusan, kerana setiap kali seseorang membuat urusniaga, ada pihak ketiga mendapat bayaran kerana urusan itu, dan hal itu haram. Kita masih mendengar beberapa Sheikh berkata kredit kad halal, sila terangkan dengan panduan al-Qur’an dan Sunnah?

Jawapan:

Dalam jawapan beliau kepada soalan anda, Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi islam terkenal dan kaunselor menjawab:

“Saya dengan yakin boleh menerangkan kad kredit berpandukan al- Qur’an dan Sunnah. Al-Qur’an melarang Riba, Sunnah juga melarang banyak urusan yang tidak bermoral dan tidak adil, tetapi wahai saudara ku, tiada larangan atas urusan yang melibatkan pihak ketiga! Adakah saudara dapatkan fakta itu daripada al-Qur’an dan Sunnah? Memang benar terdapat urusan tertentu yang melibatkan pihak ketiga yang diharamkan bukan kerana urusan itu melibatkan tiga pihak, tetapi kerana sifat urusan itu jatuh dalam sempadan yang haram. Contohnya, dibenarkan pemiutang memberikan diskaun kepada penghutang, tetapi memberi diskaun atas nota janji (promissory note) oleh pemiutang kepada pihak ke tiga iatu sebuah bank, dan bank itu mendapat nilai muka (face value) pada matang adalah haram kerana melibatkan riba.

Sebaliknya, dibenarkan memindahkan wang dan/atau hutang daripada seseorang kepada orang lain pada nilai muka (face value), jadi hal itu ialah jaminan diberikan oleh seseorang kepada pihak ketiga untuk pembayaran semula hutang atau menjamin tanggungan pihak lain. Terdapat banyak contoh berkenaan hal ini.

Kredit kad ialah ciptaan baru dan ulama menganggap kredit kad sama ada sebagai satu jaminan diberikan oleh pengeluar kepada penjual yang menerima kredit kad atau sebagai perpindahan hutang oleh penghutang kepada pihak lain iaitu pengeluar. Maka, kredit kad termasuk dalam urusan yang dibenarkan. Bagaimana, terdapat dua masalah, pertamanya bagi pengeluar dan yang lain bagi pengguna; hal ini berkaitan dengan fakta dalam kontrak disini biasanya mengandungi unsur riba jika pembayaran dilambatkan dan jika wang dikeluarkan. Mengeluarkan satu kad seperti itu dengan syarat riba tidak dibenarkan dalam Shari’ah. Bank Islam tidak boleh menerbitkan kredit kad dengan syarat sedemikian.

Menerima kredit kad dan menggunakan kredit kad bukanlah hal yang sama, khasnya jika kredit kad memudahkan dan membuang kesusahan. Contohnya,di kebanyakan Negara, anda menempah bilik hotel atau menyewa kereta atau membuat tempahan biasa tanpa kredit kad. Perhatikan yang syarat riba bukanlah penting dalam kredit kad, kredit kad mempunyai “jika”: iaitu jika anda tidak membayar dalam masa tertentu. Tetapi pembayaran dibuat diluar tempoh grace period, maka syarat riba dikuatkuasakan; dan jika anda mengeluarkan wang dari mesin syarat riba juga dikuatkuasakan.

Kita sebenarnya mahu syarat riba tidak dimasukan dalam kontrak, tetapi malangnya di kebanyakan Negara terdapat tiada institusi Islam yang mengeluarkan kad berkenaan, dan jika kad itu dikeluarkan di beberapa Negara, kad itu tidak memuaskan kerana ia terhad dalam skop dan penggunaan. Dalam kata lain anda tidak menandatangani kontrak pinjaman mengandungi riba tetapi anda menandatangani kontrak yang memberikan anda pilihan untuk menggunakan riba atau tidak. Maka, jika anda tahu dengan yakin yang anda boleh menggunakan kredit kad tanpa penglibatan sebarang riba anda menjadikan klausa riba tidak diguna pakai dan jadi dibenarkan menandatangani kontrak itu dan menggunakan kad kredit itu.”

Terjemahan daripada: Is It Allowed to Use Credit Card?

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545252

Fatwa 3: Kredit Kad Antara Halal Dan Haram


Soalan:

Saya ingin bertanya beberapa soalan berikut mengenai kredit kad:

1. Atas asas fiqh apakah kedua-dua penyokong dan penentang kredit kad meletakkan pandangan mereka yang menghalalkan dan mengharamkan?

2. Apakah kes darurat yang menjadikan penggunaan kredit kad halal?

3. Adakah hukum mengenai kredit kad berbeza di Negara-negara Islam dimana bank-bank Islam wujud, atau hukum itu bersifat umum? Jazakum Allah khayran.

Jawapan:

Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan kredit kad selagi seseorang tidak melambatkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Sudah jelas haram untuk membayar riba. Tetapi, seseorang dibenarkan untuk menggunakan kredit kad untuk mengecaj jumlah yang seseorang boleh bayar apabila bil tiba. Tetapi jika seseorang menggunakan kad itu untuk meminjam wang atas riba atau untuk membayar apa-apa yang seseorang tidak mampu bayar pada masanya, maka seseorang itu terlibat dalam riba, yang diharamkan dalam Islam.

Dalam jawapan kepada soalan anda, Dr. Monzer Kahf, seorang ahli ekonomi terkenal dan kaunselor menyatakan:

“1. Penentang kad kredit meletakkan pandangan mereka atas sebab ia kontrak berasaskan riba; maka, kontrak itu haram atas sebab melibatkan riba. Tiada keraguan yang mengeluarkan kad kredit berasaskan riba seperti itu tidak dibenarkan kepada mana-mana institusi Islam/Muslim. Atas sebab tadi, bank Islam mengeluarkan kad kredit yang tidak berasaskan riba. Pada dasarnya, bank Islam memegang dari akaun anda sejumlah wang sebagai jaminan untuk pembayaran pada hujung tempoh grace period kad itu, dan setiap bulan, jika akaun semasa anda membenarkannya, caj kad kredit akan ditolak daripada akaun semasa itu; sebaliknya , jumlah wang yang dipegang akan dikurangkan oleh jumlah yang anda berhutang pada kad kredit, dan anda akan diminta untuk menambah jumlah wang yang dipegang. Bank Islam tidak banyak membuat untung daripada kad itu sendiri, dan mereka menyediakannya sebagai satu khidmat kepada pelanggan kesayangan mereka. Bagaimanapun, mereka mendapat untung daripada deposit mudarabah yang dipegang sebagai jaminan.

Ini juga intipati resolusi Pertubuhan Persidangan Islam berkaitan kredit kad yang di keluarkan pada tahun 1999 atau 2000.

2. Penyokong yang berpendapat halal menggunakan kad kredit berasaskan riba meletakkan pandangan mereka berdasarkan sebab berikut:

a. Memang benar mengeluarkan kad kredit berasaskan riba oleh Muslims tidak dibenarkan, menerima kad kredit oleh muslim dibenarkan kerana kredit kad memberikan suatu pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan asas riba atau membayar dalam tempoh grace period tanpa riba. Kontrak itu bukanlah kontrak pinjaman; ia lebih kepada penerimaan awal hawalah atau ia merupakan kafalah oleh pengeluar kad kredit akan jumlah yang dicaj oleh pengguna.

b. Kebenaran menandatangani kontrak kad kredit dan menggunakannya tertakluk kepada dua perkara: 1) pengguna yang setia dan mampu membayar dalam tempoh grace period; 2) pengguna tidak mengeluarkan wang (kerana pengeluaran wang dikenakan riba dari hari pengeluaran dan tidak mempunyai tempoh grace period).

Dalam kata lain, kebenaran itu ialah bersyarat selagi tidak melibatkan klausa riba dalam perjanjian kad kredit atau menggunakan kad kredit dengan sewenang-wenang.


3. Halal menggunkan kredit kad tidak berasaskan Negara-negara Muslim/non-Muslim, bukan juga atas keperluan kad kredit berasaskan riba. Ramai orang boleh hidup tanpanya, tetapi ia menyediakan kemudahan utama untuk Muslim yang hidup di abda kedua puluh satu. (Perhatikan yang penentang kad kredit tidak hidup pada masa kini; mereka masih tinggal dalam ekonomi tertutup abad keempatbelas dan kelimabelas.) Sila ambil perhatian yang yuran tahunan atas kad kredit dibenarkan dan diamalkan oleh banyak bank Islam.”

Terjemahan daripada: Credit Cards between Permission & Prohibition
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503548038

Fatwa 4: Menggunakan Master Cards yang mengenakan Caj Tambahan


Soalan:

Di Negara-negara Eropah, anda boleh mendapatkan visa atau master card. Ia boleh digunakan untuk membayar di kedai, tetapi jika ia digunakan untuk mengeluarkan wang daripada cash points, anda dikenakan caj 1.5% (iaitu apabila anda menerima penyata untuk membayar semula apa-apa yang telah anda belanjakan, akan ada sejumlah tambahan sebanyak 1.5% dikenakan). Adakah ini dianggap Riba sebab mereka tidak memanggilnya riba dalam penyata, tetapi cuma caj untuk menggunakan kemudahan pengeluaran?

Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf, Pakar Ekonomi & Kewangan Islam:


"Masalah kad kredit ialah sejenis isu yang rumit. Perhatikan perenggan-perenggan berikut sebagai ringkasan:

1. Kontrak kad kredit mempunyai klausa Riba bersyarat . Kad kredit boleh digunakan untuk membayar pembelian dan mengeluarkan wang. Syarat itu tertakluk kepada pelanggan untuk diaktifkan. Jika anda membayar dalam tempoh grace period, tanpa mengeluarkan wang, maka tiada riba. Pengeluaran wang mengaktifkan klausa riba dari hari pengeluaran (anda tertinggal hal ini, anda boleh melihatnya pada penyata, ia tambahan kepada caj 1.5%) dan meninggalkan baki dalam akaun anda mengaktifkan riba dari tarikh penyata (bukan dari hujung grace period).

2. Hal di atas diharamkan kepada mana-mana Muslim atau Bank Islam untuk mengeluarkan kontrak kad kredit dengan syarat ini, dan diharamkan juga kepada mana-mana Muslim untuk menandatangani kontrak itu jika ada kemungkinan dia menggunakannya dengan cara itu yang mengaktifkan klausa Riba ( dengan cara sedemikian lebih mahal daripada pinjaman terus daripada bank berasaskan riba), dibenarkan untuk menandatangani kontrak itu dan menggunakan kad itu untuk pembelian sahaja untuk semua Muslim yang yakin akan diri mereka boleh membayar dalam tempoh grace period dan tidak menggunakannya untuk mengeluarkan wang (mereka mesti yakin akan ketepatan dan keupayaan mereka dalam pembayaran pada masanya).

3. Caj atau komisyen pengeluar kad kredit yang di ambil daripada peniaga dibenarkan, begitu juga dengan yuran tahunan. Tambahan lagi, masalah dalam pengeluaran wang bukannya yuran pengendalian (iaitu sebanyak 1.5% yang anda sebutkan) tetapi pengaktifan klausa riba seperti yang disebut diatas."

Terjemahan daripada: Using Master Cards that Entail Extra Charges
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544838

Peterjemah zulyusoff
http://zulyusoff.blogspot.com




1 Comments:

  • At 7:26 AM, Blogger Mart said…

    There is a bigger and more grave problem for the ummah than Credit cards!. It is about Syiriq, the unforgivable sin.

    What is Syiriq? In the heart, we have a yaqin that economy, power and makhluk can bring about benefits and without it, can bring about misgivings. This is in the hearts of all Muslims today. What is the proof? We stress the importance of economics!

    All Muslims are on the verge of Syiriq. There are signs of a Mukmin and there are signs of a Musyriq.

     

Post a Comment

<< Home