Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2006

Mengucapkan Takziah Kpd Non-Muslim

Soalan: Apakah hukum dlm Islam mengenai perbuatan beberapa pusat Islam dan Sheikhs yg mengucapkan takziah kpd orang yg tidak beriman apabila bencana menimpa mereka? Adakah dibenarkan utk mengucapkan takziah kpd non-Muslims, ingatlah bahawa sebahagian Muslims gagal utk bertindak apabila saudara Muslim mereka di bunuh dgn kejam di serata dunia? Jawapan oleh Muhammad Muhammad Abu Laylah , Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti Islam mengarahkan Muslim membuat kebaikan kpd semua orang. Di sini, kita ingin menekankan tiada salahnya dgn mengucapkan takziah kpd non-Muslims, terutamanya bila mereka ditimpa bencana. Ini mesti di lakukan utk menunjukkan kebaikan, ehsan dan belas-kasihan antara penghuni dunia.Tidak keraguan, terdapat peristiwa tertentu, bila mengucapkan takziah kepada non-Muslims akan memberikan tanda kewujudan secara aman kita bersama mereka, yg di alu-alukan. Allah, SWT berfirman, (Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi

FATWA MENGENAI DEMOKRASI

FATWA MENGENAI DEMOKRASI Demokrasi Dlm Islam Soalan: Adakah demokrasi tidak sesuai dgn Islam? Jawapan : Muslims percaya yg kepelbagaian dan kebebasan politik adalah sebahagian asas dari ajaran Islam. Adalah penting utk ditegaskan disini yg kami menerima ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip demokrasi yg sesuai dgn ajaran Islam dan menolak prinsip-prinsip yg bercanggah dgn Islam. Dlm menjawab persoalan anda, Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shinqiti, pengarah Islamic Center of South Plains di Lubbock, Texas, menyatakan yg berikut: Demokrasi terdiri dari satu kumpulan nilai-nilai dan peraturan-peraturan. Satu dari nilai-nilai penting demokrasi adalah hak manusia utk memilih pemimpin mereka dan tidak diperintah dgn kekejaman atau keganasan. Ini adalah satu dari nilai Islam, yg kita namakan sbg shura atau mesyuarat bersama. Satu lagi nilai penting ialah pengawasan dan keseimbangan (checks and balances) dgn mana kuasa-kuasa adalah diagihkan dan dipisahkan dlm satu cara yg setiap kuasa mempun