Skip to main content

PERSAMAAN ANTARA NABI MUHAMMAD DAN NABI ISA

PERSAMAAN ANTARA NABI MUHAMMAD DAN NABI ISA

SOALAN:


Pada pemahaman saya Nabi Isa tidak pernah membunuh sesiapa. Adakah sama halnya dgn Nabi Muhammad? Bagi saya, Nabi Muhammad menumpukan kehidupan kepada Allah, bukannya perang.


JAWAPAN:

Berhubungan dgn soalan anda, adalah fakta jelas yang semua Rasul dan Nabi Allah (RA) dihantar sebagai pembawa cahaya kepada manusia; mereka semua datang dgn tujuan menegakkan kebenaran, mengekalkan keadilan, dan membawa manusia lebih dekat kpd Tuhan nya.Dalam menyempurnakan tugas ini, Nabi Muhammad (SAW), sebagaimana Rasulullah yg lain, mesti melalui pelbagai kesusahan, kepayahan, dan penderitaan untuk menjadikan manusia faham dan percaya kepada risalah yg dibawa kpd mereka. Tetapi tiada Rasul-rasul ini memulakan serangan atau keganasan terhadap umat mereka. Sebaliknya, mereka merasai semua jenis penyiksaan dan penindasan semasa misi mereka. Jadi sifat utama semua Rasul ini adalah menunjukkan ehsan dan berdoa untuk petunjuk bagi umat mereka.


Menjawab soalan anda, Dr. M. M. Abu Laylah professor Perbandingan Agama, dan ketua Jabatan Bahasa Inggeris di Univ. Al-Azhar, menyatakan yang berikut:


Sebelum kami menjawab soalan anda, kita ingin menerangkan bahawa dlm Islam kita di arahkan untuk tidak membezakan antara satu Nabi dgn yg lain. Kami percaya kpd semua Rasul dan Nabi diutuskan oleh Allah utk memimpin kita dan mengajak kita kepada jalan Allah. Al-Qur'an menerangkan:

[ Katakanlah (hai orang-orang mu'min): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'kub dan anak cucunya, dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan 'Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Rabb-nya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah 2: 136)

[ Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta'at". (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali". ] (Al-Baqarah 2: 285)


Oleh kerana ini, kita mahu anda ketahui yang kita menerima Isa sebagai seorang nabi Allah.


Mengenai apa yang anda katakan mengenai Nabi Isa tidak membunuh sesiapa, kita katakan kpd anda yang Nabi Muhammad tidak pernah membunuh sesiapa juga. Tetapi, misi Nabi Isa adalah utk memimpin manusia dengan aman dan di satu tempat, yang ditakluki satu kuasa asing, dan dibawah penjajahan, tiada kebebasan atau kebenaran untuk membolehkan Nabi Isa untuk bergiat dengan terbuka atau utk melawan pihak berkuasa. Adalah bukan matlamat Nabi Isa untuk membina Negara. Sebab itulah kita dapati pengikut beliau adalah kecil bilangannya dan tiada pengaruh. Walaupun dlm Perjanjian Baru dan dlm empat Injil, khasnya, Nabi Isa ada meminta pengikutnya untuk membawa pedang mereka dan mengikuti nya, baginda dgn jelas bersabda yg baginda datang bukan hanya untuk membina keamanan tetapi juga untuk memasang api. Baginda mengarahkan pengikutnya supaya bersedia untuk berkorban nyawa untuk nya.


Nabi Muhammad (SAW) tidak pernah mengangkat atau mengarahkan sesiapa dikalangan pengikutnya untuk mengangkat pedang melawan musuh baginda di Makkah. Bahkan, baginda mengarahkan mereka untuk kekal bersabar dan bertahan (walaupun dengan segala penyiksaan dan penindasan yang ditunjukkan oleh puak Quraish terhadap mereka). Tetapi apabila baginda berpindah ke Madinah, Allah mengarahkan baginda untuk mendirikan Negara Muslim, dan ini memerlukan sedikit kuasa dan pemerintahan. Bagaimanapun, baginda telah diarahkan jangan menggunakan kekerasan bagi berurusan dengan orang yang tidak beriman kpd baginda sehingga selepas gagalnya semua kaedah-kaedah aman. Sebagai contoh, baginda mengadakan satu perjanjian damai dengan orang Yahudi dengan mengiktiraf hak-hak agama dan politik mereka dan memberi mereka hak yang sama seperti Muslim untuk tinggal di Madinah dan menguruskan masyarakat mereka mengikut agama mereka tanpa campurtangan daripada Muslim. Tetapi ini tidak menghalang musyrikin Makkah, dgn dibantu oleh sekutu Yahudi mereka di Madinah, untuk melancarkan satu serangan kepada Negara Muslim, jadi terjadilah perang.


Disini, kami ingin membawa perhatian anda yang walaupun perang antara Muslim non-Muslim di tanah Arab adalah sangat terhad dan dibawah suasana kasar, ia adalah untuk mempertahankan diri dan dengan tujuan untuk menjamin akidah dan mempertahankan Negara yang baru didirikan.

Nabi Muhammad bukan hanya seorang rasul seperti Nabi Isa atau Musa (RA) tetapi baginda seorang rasul dan dan seorang negarawan dan misi baginda adalah bersifat universal. Bersama ini, Nabi Muhammad menyampaikan dakwah baginda di luar tanah Arab melalui cara keamanan. Baginda melaksanakan perjanjian damai dengan musyrikin Makkah, menerima rombongan Kristian dalam masjid baginda dan menyampaikan satu dialog dengan mereka dengan cara paling bersopan yg ada. Semasa di Makkah, baginda menghantar satu rombongan ke Negara Kristian, Habsyah, dan sejarah telah mencatatkan rajanya, Najasi, yang juga mengawal hierarki Kristian, telah dihormati oleh Nabi Muhammad (SAW).

Perang dalam Islam hanya sah kalau ianya untuk mempertahankan diri atau sebagai satu tujuan untuk mempertahankan agama, kepercayaan, dan cara kehidupan seperti yang dipercayai oleh Muslim. Jika peperangan terjadi antara Muslim dan non-Muslim, terdapat beberapa syarat agama dan kemanusiaan yang mesti diambil kira. Contohnya, orang awam tidak boleh diserang, tanaman tidak boleh dimusnahkan, dan bekalan air dan sumber-sumber kehidupan tidak boleh dimusnahkan.

Terjemahan dari: Muhammad & Jesus: Common Ground

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544732&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Terjemahan zulyusoff

Comments

Popular posts from this blog

FATWA BERKENAAN ROGOL

Hukuman Islam Berkenaan Rogol Soalan: Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam? Jawapan: Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya. Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut: Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan. Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (di

Fatwa Berkenaan Menggunakan Kad Kredit

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Jawapan: Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalan tersebut, Dr. Muzammil Siddiqi , bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: "Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara-ne

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU

MEMBACA ATAU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDU’ SOALAN: Adakah seseorang mesti ada wudu' untuk membaca atau menguruskan satu buku yang mengandungi beberapa surah seperti surah Yasin? Adakah ini sama seperti seseorang yang menguruskan al-Qur’an? JAWAPAN: Adalah amat digalakkan dan amat ditekankan yang kedua-dua Muslim lelaki dan perempuan ada wudu' untuk menyentuh al-Qur’an. Allah berfirman dlm al-Qur’an, “ yang tidak menyentuhnya melainkan yang suci .” (Al-Waqi`ah: 79) Menjawab soalan, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan: "Mengikut kepada majoriti ulama, adalah diharamkan untuk memegang atau menyentuh mushaf al-Qur’an tanpa wudu’. Kaedah yg sama dipakai kpd membawa atau memegang bahagian-bahagian drp al-Qur’an seperti surah Yasin atau surah-surah lain yg dicetak berasingan tanpa huraian atau penjelasan. Sebab mereka di anggap sebagai al-Qur’an, wudu' adalah wajib untuk memegang atau membawa mereka.