Soalan Jika non-Muslim bertanya berkenaan kesahihan al-Qur’an, bagaimana kita boleh menjawab soalan itu dan apakah bukti yang boleh kita berikan mereka yang al-Qur’an dalam bentuknya yang asal sejak daripada permulaan dan tidak pernah dipinda. Juga, Jika non-Muslim bertanya apakah bukti yang kita (Muslim) ada yang Bible sudah diseleweng. Jawapan Oleh Shahul Hameed Wahyu ialah cara utama Allah mengatur alam ini. Terdapat dua aspek berkaitan wahyu. Pertama wahyu itu sendiri dan kedua bukti wahyu itu datang dari Allah. Buktinya datang dalam pelbagai cara. Tetapi, sebelum melihat kepada bukti-buktinya, mari kita secara ringkas berfikir akan wahyu itu dan kenapa wahyu itu penting dalam perancangan alam. Keperluan asas untuk wahyu adalah untuk menyediakan autoriti moral, untuk memimpin manusia kearah mencapai matlamat kewujudan, yang merupakan kehendak Allah. Tanpa wahyu, kita mungkin hanya akan menghukum apa yang berguna untuk keadaan kita. Tetapi, tujuan kita dalam penciptaan memerlukan sa...
*KHIDMAT PENTERJEMAHAN * TRANSLATION SERVICE* English - Bahasa Melayu Zul 019 6342017 bloghebat77(at)gmail.com