Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2006

Kesahihan al-Qur'an dan Bible

Soalan Jika non-Muslim bertanya berkenaan kesahihan al-Qur’an, bagaimana kita boleh menjawab soalan itu dan apakah bukti yang boleh kita berikan mereka yang al-Qur’an dalam bentuknya yang asal sejak daripada permulaan dan tidak pernah dipinda. Juga, Jika non-Muslim bertanya apakah bukti yang kita (Muslim) ada yang Bible sudah diseleweng. Jawapan Oleh Shahul Hameed Wahyu ialah cara utama Allah mengatur alam ini. Terdapat dua aspek berkaitan wahyu. Pertama wahyu itu sendiri dan kedua bukti wahyu itu datang dari Allah. Buktinya datang dalam pelbagai cara. Tetapi, sebelum melihat kepada bukti-buktinya, mari kita secara ringkas berfikir akan wahyu itu dan kenapa wahyu itu penting dalam perancangan alam. Keperluan asas untuk wahyu adalah untuk menyediakan autoriti moral, untuk memimpin manusia kearah mencapai matlamat kewujudan, yang merupakan kehendak Allah. Tanpa wahyu, kita mungkin hanya akan menghukum apa yang berguna untuk keadaan kita. Tetapi, tujuan kita dalam penciptaan memerlukan sa

Hak Ibu Atas Gaji Anak Lelakinya

Soalan: Sila jawab soalan berikut berpandukan al-Quran dan Sunnah: Adakah seorang ibu berhak ada atas gaji anak lelakinya. Adakah anak lelaki mesti meminta kebenaran ibunya untuk membelanjakan gajinya. Bolehkan ibu menghalang anak lelakinya daripada berbelanja atas keluarga anaknya yang termasuk si isteri dan anak-anak ? Apakah hak yang ibu-bapa ada selepas perkahwinan. Adakah menantu perempuan mesti meminta kebenaran suaminya atau kebenaran ibu mertuanya jika dia perlu membelanjakan daripada gaji suaminya atau jika dia mahu menghadiahkan beberapa pakaian yang dia beli daripada gaji suaminya. Disini saya ingin memaklumkan yang ibu mertua saya telah memberitahu saya yang adalah haknya yang saya mesti meminta kebenarannya sebelum saya menghadiahkan apa-apa daripada gaji anaknya kerana dia ada hak atas gaji anaknya. Jazakum Allahu khayran. Jawapan Oleh Monzer Kahf Mesti di jelaskan yang perhubungan antara seorang perempuan dengan ibu-bapa mertuanya dan seorang lelaki dengan ibu-bapa mer

HAK ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

SOALAN: Apakah hak anak-anak? JAWAPAN : Allah telah memberikan anak-anak hak atas ibu-bapa mereka seperti ibu-bapa mempunyai hak keatas anak-anak mereka. Telah diriwayatkan bahawa Ibn ‘Umar berkata: “Allah telah memanggil mereka abraar (orang yang baik) kerana mereka menghormati (barru) bapa-bapa mereka. Seperti ayah anda ada hak atas anda, begitu juga anak-anak anda ada hak atas anda. Al-Adab al-Mufrad, 94. Rasulullah (SAW) bersabda, mengikut satu hadith yang diriwayatkan Abdullah ibn ‘Umar, “… dan anak-anak anda ada hak atas anda.” Muslim, 1159. Hak anak atas ibu-bapa mereka termasuk beberapa yang datang walaupun sebelum anak-anak itu dilahirkan, contohnya: 1 – Memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu yang baik. Adalah diriwayatkan dari Abu Hurayrah (RA) yang Nabi (SAW) bersabda: “Seorang perempuan dikahwini untuk empat sebab: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatan agamanya. Berkahwinlah dengan seseorang yang taat agamanya, semoga tangan anda di seliputi debu (iaitu se