Skip to main content

Posts

Dua Peringkat Untuk Membela Muslim Yang Ditindas

Soalan: Saya ingin tahu apa yg Muslim mesti lakukan dlm berdepan dgn tindakan menindas yg dilakukan oleh kuasa penjajah kpd saudara Muslim kita ? Jawapan: Adalah tugas setiap Muslim utk membantu saudara Muslim nya dgn semua bentuk sokongan mengikut kemampuannya. Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: “ Muslim ialah saudara kpd saudara Muslim seagamanya. Jadi , dia tidak sepatutnya menindasnya atau menyerahkan nya (kpd musuhnya) atau meninggalkannya (pada masa kesusahan).” Adalah mesti ditegaskan yg Muslims terdiri dari satu persaudaraan dan satu badan; bila satu organ badan sakit, semua organ lain rasa sakit. Maksudnya, semua Muslim merasai kesakitan dari saudara yg lain dan cuba yg terbaik utk menolong mengubati penderitaan saudara Muslim mereka di setiap penjuru tanah-air Muslim yg luas. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis dgn maksud ini: “Kita semua Muslims seperti anda lihat, Tanpa mengira tempat kita berada. Saudara di India,di Magribi dan dimana-mana! Bagi aku anda adalah jantung dan...

Memasuki Tempat Ibadat Agama Lain

Soalan: Bolehkah Muslim masuk ke tempat ibadat agama lain, seperti kuil atau gereja, dan mengikuti amalan mereka dgn tujuan memberi penghormatan, seperti mana kita harapkan non-Muslim menghormati amalan kita apabila mereka datang ke masjid? Jawapan: Sebagai Muslim, kita menghormati orang lain dan kebebasan mereka utk beribadat, tetapi kita tidak bertolak-ansur dlm hal iman kita hanya utk menunjukan rasa hormat. Jadi bila Muslim melawat tempat ibadat agama lain kerana sebab yg boleh diterima, mereka mesti menghormati tetapi tidak melakukan sebarangan yg dilarang oleh Islam. Menjawab pertanyaan, Dr. Muzammil H. Siddiqi , president Majlis Fiqh Amerika Utara , menyatakan yg berikut: Setiap agama ada tempat ibadat mereka sendiri dan ia mesti dibiarkan kpd penganut agama itu. Org luar tidak sepatutnya pergi kesana melainkan ada sebab, seperti program antara-agama atau majlis khas, seperti perkahwinan atau pengkebumian saudara atau rakan. Bila anda melawat tempat ibadat penganut agama lai...

Memahami Politik dlm Islam - Fiqh al Siyasah

Artikel ini dipetik dari laman Islamonline.com. Ironinya, artikel ini adalah ringkasan dari pemikiran Dr Yusuf al-Qaradhawi tentang fiqh al-dawlah. Memahami Politik dlm Islam - Fiqh al Siyasah Ubahsuai dan disusun semula dari kitab Fiqh al-Dawlah tulisan Professor Yusuf al Qaradawi. 1. Apa matlamat politik dlm Islam? Mengikut kepada Al-Mawardi dlm kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, ia adalah hirasatud din wa siasatud dunya – utk menegakkan agama dan menguruskan dunia. Politik bukan munkar – bukan kejahatan - politik sejati adalah suci dan mulia kerana ia menguruskan hal-ehwal semua makhluk, membawa manusia lebih dekat kpd kebaikan dan lebih jauh dari fasad - kejahatan. Mengikut kepada Ibn al-Qayyim, politik adalah keadilan sebenar Allah SWT dan Rasul Nya (SAW). Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ahli politik juga nabi yg menyebarkan risalah, murabbi - guru, Qadi – Ketua Hakim, Ketua Negara dan Imam kpd ummah. Khulafa' al Rasyidun – pemimpin yg benar yg menggantikan baginda adalah...

Berurusan Secara Baik Dgn Non-Muslim

Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Islam tidak melarang Muslim dari membuat kebaikan dan kebajikan kpd orang yang beragama lain, walaupun jika mereka penyembah berhala dan musyrikin. Bagaimanapun, Islam memandang kepada ahli kitab, iaitu, Yahudi dan Kristian, dengan pandangan istimewa, sama ada mereka tinggal dalam masyarakat Muslim atau diluar. Al-Qur'an tidak memanggil Yahudi dan Kristian tanpa berkata, "Wahai Ahli Kitab " atau "Wahai Kamu yg telah diturunkan Kitab," menunjukkan mereka pada asalnya adalah manusia dari agama wahyu. Atas sebab ini, wujud satu perhubungan persaudaraan yg aman dan bersifat kerohanian antara mereka dan Muslim, semuanya mempunyai persamaan dlm ajaran satu agama yg diutus oleh Allah melalui Nabi-Nabi Nya . Dlm al-Qur'an, Allah berfirman, (Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu(Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,...

Bayi Tabung Uji Dari Pandangan Islam.

Soalan: Jiran saya mandul. Doktok menasihatkan dia mencuba kaedah bayi tabung uji. Adakah ini dibenarkan dlm Islam? Jawapan Dlm persidangan ketiga (diadakan di Amman, Jordan, Safar 8 – 13, 1407 H/October 11 – 16, 1986 CE) Majlis Fiqh Islam menyemak kajian yg di hantar kpd nya mengenai persenyawaan in-vitro dan berunding dgn pakar dlm hal berkenaan. Maka, pihak majlis mengharamkan lima cara persenyawaan in-vitro dan menetapkan dua cara lain sebagai halal. "Pihak majlis menetapkan seperti berikut: Pertamanya, lima cara persenyawaan in-vitro berikut adalah haram sepenuhnya kerana ia mengakibatkan kecelaruan keturunan: 1. Persenyawaan yg dibuat dgn memasukkan sperma dari seorang lelaki kpd ovum dari seorang perempuan selain isterinya dan kemudian di masukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus isterinya. 2. Persenyawaan yg dibuat dgn mensenyawakan ovum seorang perempuan dgn sperma dari seorang lelaki selain suaminya dan kemudian dimasukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus nya....

Bolehkah non-Muslim Masuk Ke Masjid?

Soalan: Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam? Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini. Sheikh `Atiyyah Saqr , bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut: Allah SWT berfirman, (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir men...

Membakar Mayat Si Mati

Soalan: Adakah haram membakar mayat Muslim? Bagaimana dgn hadith sahih yg menceritakan kisah seorang lelaki yg meminta anak-anaknya supaya membakar mayatnya menjadi abu selepas kematian? Jawapan oleh Professor Houcine Chouat, PhD, President American International University Kita memuji Allah dan bersyukur kpd Nya untuk nikmat yg tidak dapat dihitung dan berterusan & terutamaya Dia memimpin kita kepada Islam, agama anak Adam yg mempunyai martabat tinggi dan mulia, semasa hidup atau kematiannya, maka mayat manusia mesti dihormati dan dimuliakan, seperti kebiasaannya semasa hidup. Allah SWT berfirman, " Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam"[Al Israa'17:70] Adalah diriwayatkan yg Rasulullah (SAW) melarang keras daripada mencederakan mayat dgn duduk atas kuburnya atau menyiksa mayat nya. Aishah (RA) meriwayatkan yg Rasulullah (SAW) bersabda, "Mematahkan tulang seseorang yang telah meninggal dunia seperti dengan mematahkan semasa dia hidup” (Ahmad dan Ab...

Perempuan Dalam Haid Membaca al-Qur'an

Soalan: Saya selalu membaca al-Quran setiap hari walaupun saya berada dalam haid, tanpa menyentuh Mushaf, pada fahaman saya ini adalah pendapat Ibn Taimiyah. Tetapi baru-baru ini seorang kawan saya menunjukkan satu hadith yg diriwayatkan oleh Imam Tirmithi dalam kitab sunan beliau dan dikhabarkan oleh Ibn Umar, yg menyatakan yg perempuan dlm haid tidak sepatutnya membaca al-Quran walaupun dia tidak menyentuh Mushaf. Tolong tunjukkan kami secara terperinci pendapat tepat mengenai masalah ini. Jawapan oleh Hassen A. Laidi (Penerbit dan Editor Majalah Al-Jumuah) Hal ini adalah diperselisihkan dikalangan ulama dgn majoriti Fuqaha dari empat mazhab utama melarang perempuan dlm haid dari membaca al-Quran, dengan atau tanpa menyentuh mushaf sehingga haid itu tamat dan dia mandi wajib. Malangnya larangan ini terkenal di kalangan muslim tetapi tiada asas dari riwayat yang sahih. Secara umum, larangan ini berdasarkan dua alasan utama yg kami akan sebutkan dan bantah: Dgn anggapan melalui kaedah...

Fatwa: Mengucapkan Selamat Kpd Non-Muslims pada Hari Perayaan Mereka.

Soalan: Sila terangkan hukum mengucapkan selamat kpd non-Muslim pada hari perayaan mereka. Tolong huraikan isu ini dgn terperinci, spt mengucapkan selamat kpd mereka utk pelbagai perayaan mereka termasuk perayaan nasional dan juga bertukar hadiah. Jawapan oleh Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (European Council for Fatwa and Research) http://www.e-cfr.org/eng/ Pertamanya, kami menegaskan yg Muslims adalah diarahkan utk berurusan secara adil dan baik dgn jiran atau kawan non-Muslim mereka. Maka, tiada salah dlm bertukar-tukar hadiah dgn mereka. Muslims adalah dibenarkan utk mengucapkan selamat kpd non-Muslims pada hari perayaan mereka dan ini menjadi satu kewajipan jika non-Muslims itu mengucapkan selamat mereka pada hari perayaan Islam. Allah SWT berfirman: (Apabila kamu diberi ucapan dengan sesuatu ucapan, maka balaslah ucapan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah ucapan itu dengan yang serupa …) (An-Nisa’ 4: 86) Bagaimanapun , Muslims adalah tidak dibenarkan utk merayak...

Tajuk Fatwa: Adakah Mungkin Untuk Menghubungi Ruh Si Mati?

Soalan: Wahai Ulama, Assalamualaikum. Untuk 17 tahun perkahwinan saya, satu soalan belum terjawab untuk saya. Saya berharap untuk memperolehi jawapan dari anda. Soalan saya ialah: seorang bapa saudara dari sebelah bapa isteri saya mendakwa yg dia boleh menghubungi ruh syahid yang telah terbunuh beratus tahun dahulu dan dia boleh menyelesaikan sebarang masalah dengan ruh si mati itu Dia mendakwa semuanya itu dilakukan mengikut al_Quran & Sunnah. Sila berikan penjelasan anda ? Nama Mufti: Sheikh Ahmad Kutty Jawapan: Waalaikum mussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Dengan Nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. segala puji dan syukur kpd Allah, dan selawat & salam kpd Rasul Nya. Wahai Saudara se Islam, terima kasih atas soalan anda, yg menunjukkan anda mempunyai keimanan dan kepercayaan. Allah menyuruh org Islam untuk merujuk kpd orang yang berpengetahuan supaya memahami ajaran Islam dlm semua aspek kehidupan. Pertamanya, ianya adalah perbuatan syirik (menyekutukan yg lain dgn ...

Pandangan Islam Terhadap Isa

Soalan: Saya ingin anda menerangkan tentang ayat 27 dlm Surat Al-Hadeed. Adakah Isa (SAW) menulis sebahagian drp Injil? Adakah Isa buta huruf? Adakah Injil atau sebahagian dari nya disebarkan oleh Isa kepada sesiapa dari kalangan pengikutnya seperti al-Qur'an? Saya rasa yg pengikutnya menulis semua Bible selepas keberangkatan Isa ke syurga? Tetapi, apakah yg dimaksudkan dlm al- Qur’an oleh ayat ini “…dan berikan nya Injil” ? Jawapan oleh Panel Pengkaji Shari`ah islamonline.net Allah telah menurunkan banyak Kitab-kitab suci kpd Rasul-rasul Nya (AS) utk mengajar manusia kpd jalan kebenaran, dan memimpin mereka utk menyembah Dia dan menjauhi penyembahan berhala dan maksiat. Allah SWT menurunkan Suhuf kpd Ibrahim, Taurat kpd Musa, Zabur kpd Daud, Injil kpd Isa, dan al-Our'an kpd Muhammad (AS). Sebahagian dari Kitab-kitab Suci adalah diturunkan dlm bentuk penulisan seperti Taurat. Allah SWT berfirman, " Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) luh-luh (Tau...

Adakah Islam bersifat Kapitalis atau Sosialis?

Soalan: Saya dari Indonesia, dan saya selalu terlibat dalam debat mengenai Islam, sama ada ia golongan-kiri atau golongan-kanan, terutamanya dgn rujukan kepada situasi politik dlm Negara saya. Dgn bertujuan utk menarik pengikut Muslim, kedua-dua parti Sosialis dan Nasionalis disini mendakwa diri mereka sebagai parti Islam. Saya ingin tahu akan hal ini: Adakah terdapat sebarang bukti dlm Islam yg ia bukan golongan-kiri atau golongan-kanan, yg Islam adalah bukan Barat atau Timur, yg Islam adalah bukan bersifat sosialis atau kapitalis, walaupun saya tahu terdapat ayat-ayat tertentu yg berkaitan dgn sosialism or liberalism dlm al-Qur’an. Jawapan oleh Shahul Hameed : Utk menjawab soalan anda, saya ingin menerangkan pendirian Islam berkenaan golongan-kiri atau golongan-kanan secara umum. Ia terpulang kpd anda untuk mengkaji polisi-polisi dan aktiviti-aktiviti parti-parti politik dlm Negara anda berpandukan prinsip-prinsip umum yg diterangkan disini dan membuat kesimpulan parti mana yg lebih...

Apa itu Barzakh?

SOALAN: Apa itu " Al-Barzakh "? Saya telah mendengar yg Allah telah mencipta tempat khas utk orang mati. Adakah ruh mereka tinggal disana? Bagaimana dgn Nabi-nabi? Adakah ruh mereka tinggal di sana? Soalan kedua saya ialah: Adakah orang mati mengetahui apa yg berlaku dlm kehidupan ini dan apa yg berlaku kpd saudara-mara nya? JAWAPAN: Berkenaan dgn soalan pertama anda, Sheikh Hamed Al-Ali , pengarah di Warisan Islam di Fakulti Pendidikan, Kuwait dan Imam Masjid Dahiat As-Sabahiyya menjawab: “Secara harfiah Al-Barzakh bermakna tempoh masa atau penghalang antara dua benda. Allah SWT berfirman: “antara keduanya ada Barzakh (penghalang) yang tidak dilampaui masing-masing.” (Ar-Rahman: 20) Dgn lebih tepat, ia bermakna satu tempoh peralihan antara hidup ini dan kehidupan lain di akhirat; ia adalah satu tempoh masa antara kematian dan Hari Kebangkitan. Allah berfirman: “ Dan di hadapan mereka ada Barzakh (penghalang) sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100) Ini tidak...

Keberangkatan Nabi Isa (AS)

SOALAN: Sila terangkan kpd kami berkenaan hukum Islam mengenai keberangkatan Nabi Isa (SAW) dan kedatangan kembali baginda kpd kehidupan? JAWAPAN: Berkenaan dgn soalan anda, al-marhum Sheikh Jadul-Haq `Ali Jadul-Haq , bekas Sheikh Al-Azhar, menjawab yg berikut: "Allah SWT telah memberitahu kita akhir hidup Nabi Isa (AS) dlm tiga surah-surah dlm al-Qur’an yg spt berikut: 1) Dlm surat Al `Imran, kita dapati: “Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)."Orang-or...